Restoran Cafe de Sky Garden

Wokeh, disebabkan menyokong ruangan ‘Makan Places’ isteri terchenta maka, hari ini dengan berat hati (konon) kawe pergi makan tempat best la sket. Semata-mata nak ambil pictures & post dalam blog ni. Restoran nih salah satu tempat biasa my colleague & I go for lunch. Dah biasa makan sana, staff sana pun dah friend2 mah. It’s a Vegetarian Foods Restaurant meaning that segala jenis binatang or minyak dari binatang tidak digunakan sama sekali dalam semua masakan. Sesetengah tempat still guna bawang & telur dalam masakan tapi restoran ni tak guna semua tu. Senang cerita, truly vegetarian loh, sesuai untuk Amitofo punya olang loh, kapish? Restoran Café de Sky Garden ni terletak di Taman Petaling Utama, nun dekat Jalan Klang lama tu. Tak jauh pun dari PJ state.
I’ve ordered a plate of Nanking Rice for today lunch (RM8.80). Lebih kurang macam nasi ladna. Tu yang nampak macam udang tu sememangnya udang. Tapi udang tipulah, dibuat dari taufu. Ikan, ayam, lembu or kambing semua pun ada tapi semuanya tipu punya, dibuat dari taufu. Dah nama kedai Vegetarian takkan nak pakai yang betul2 kot. Kang kena sue kat ‘sayur’ people lak. Yang best-nye, semua binatang2 fake nih rasernya almost the same dengan the real thing. Tak caya pergi la makan sendiri (& bayar sendiri-tak boleh claim hahaha). I like kari kambing, best woo... tapi hari ni tak raser nak makan kambing so no picture loh.



Yang kuning tu ‘Nasi Yogurt’ (RM7.50). Best juga, I pernah try dulu. Tak masam sangat, very nice. Sangat nyaman kata orang Indon. Yang sebelah kanan ni namanya ‘Szechuen Rice Noodle’ (RM6.50).Hari ni ntah apesal sampai 3 orang order mee nih. Sedap ke tak I tak tahu sebab I tak pernah order. Diorang cakap sedap, next time I try loh. Seterusnya, ‘Thai Satay’ (RM5.00). Dapat 5 cucuk satu plate, sangat sedap. One of my favourite, kuahnya bukan kuah kacang cam biasa tu. Warnanya putih & rasanya macam ada campur mayonnaise sket.
Minum lak I order ‘Banana Ice Latte’ (RM5.90). My colleagues ‘Choc Mint Shake’(RM8.90), Ice Peach Tea (RM4.90) & Drinking Water (RM1.00-mahal eh untuk air kosong). Lupa lak nak ambil pic Ice Peach Tea tapi rupanya biasa je, ada campur hirisan lemon. Sorang lagi tak mau minum, dia telan air liur pun cukup (dasar kemut hahaha).

Yang kat bawah ni pencuci mulut yang kitorang order. Start dengan 'Green Tea Gelato' (RM6.90), Banana Boatito (RM9.90) & 3 slices of cake (RM4.90, RM5.00 & RM5.50). Apa nama kek tu pun dah lupa tapi semuanya tidak menggunakan telur. Diorang pakai special flour from Germany. Apa nama tepung & mana beli tu malas ambil tahu sebab bukannya I nak try buat sendiri pun.



















Dulu diorang ada kenakan service tax tapi sekarang dah takde. Tak caya tengok resit kat bawah. Total 5 orang makan RM94.70. Oklah, bukan mahal sangat pun. Yang tak syoknya lepas makan ada bunyi suruh I bayar sebab boleh claim ngan boss kalau bawa staff makan. Cis. Suka hati koranglah. Asyik nak makan free je.

Comments

haiyo...yo...dedet bawak family makan takleh claim dari boss ke...ahaks...part of staff ma...(kat umah)
osh said…
aiyoo.. semua claim kang bengkrup company.. family claim ngan saya loh.. ops lupa, dah tak leh claim ek hahahaha

Popular Posts