Mohd Asmady bin Zakaria dalam kenangan (6.4.1978-3.4.2009)

Allahyarham Mohd. Asmady Zakaria (6.4.1978-3.4.2009)

Allahyarham,
Seorang bos yang amat prihatin kepada pekerjanya,
Seorang kawan antara paling baik yang pernah kukenali...
Sahabatku,
Seperti semalam kita bertemu,
Bercerita, berbual kisah silam dan akan datang tanpa jemu,
Sepertinya tiada apa yang akan berlaku...

Sahabatku,
Kuterima berita tanpa diduga,
Kau pergi tanpa dijangka,
Meninggalkan kami semua,
Tanpa pesan ataupun tanda..

Sahabatku,
Sesungguhnya kau adalah antara sahabat yang paling istimewa,
Mempunyai semangat dan aspirasi pada semua,
Tiada jemu membantu kala senang atau duka,
Sesungguhnya pemergianmu amat dirasa...

Sahabatku,
Damailah kau di alam sana,
Sesunguhnya pemergianmu bukan hanya meninggalkan nama,
Bahkan jasa dan kenangan bersamamu terpahat dijiwa,
Moga kau ditempatkan digolongan yang beriman dan paling istimewa..disisiNya...

Amin...

Alfatihah...

Buat Lela isteri arwah dan keluarga...takziah dari kami semua...

Comments

osh said…
Al-Fatihah...
SuMaiYaH said…
arwah memang seorang yang sangat baik.. moga beliau ditempatkan bersama mereka yang beriman dan beramal soleh. Ameen. Al-Fatihah..
mama zharfan said…
takziah utk keluarga arwah, dan al-Fatihah....semoga arwah ditempatkan dlm golongan mukmin yg terpilih..
KerusiMaLas said…
Al-Fatihah untuk Arwah..semoga rohnya dicucuri rahmah..

saya pun rasa kehilangan sahabat karib sejak di bangku sekolah lagi..

http://kerusimalas.blogspot.com ....sedikit nukilan cerita bersama arwah..

Popular Posts