@Yana Graduation Day

Graduation Day kat Gombak 14 Nov 2009- dah hampir 2 minggu berlalu..tapi maknya yang terkial-kial baru nak update..huhu..dek masalah ngan memory card reader...yess mari menyalahkan segala bentuk bantuan yang ada...gambar diatas ketika yana menerima scroll huhu...cam konvo betul-betul ajer..Yana juga dianugerahkan pelajar terbaik bahasa Melayu untuk aliran kelas die....oklah anak mummy ni sorang yang sangat suka membaca...
Yana dengan pakaian seragam putih...tinggi benar Yana kat tengah-tengah tu.. I ngan hubby time tu asyik nak tergelak je bila melihat kebesaran yana dibandingkan dengan rakan kelas die yang lain...hahaha...saiz keturunan belah hubby la ni...

antara gambar Yana dan kengkawan baiknya dia atas pentas dan dibawad pentas...Amirah, Husna Umairah dan ramai lagi...


ni la anak2 laki I yang dipakaikan sedondon...senang kalau hilang nak carik..hahah...t-shirt ni hadiah dari mak biq dieorang...jarang pakai sama-sama masing-masing ada selera tersendiri...tapi hari ni I arahkan semua pakai baju sama..nampak comel lak...

afiq cenggeng cam biaserlah...2-3 jam pertama oklah..dah nak masuk kul 5 ..huishh berantakan la emosi die..huru-hara kat dalam dewan..nasib baik dah nak balik....so kira kurangla sikit stress nak melayan si cenggeng ini...

walaupun program berlangsung setengah hari..tapi agak penat jugaklah..balik ingat nak singgah Giant Batu Caves..cancel straight balik umah...semuanya terbongkang kepenatan...huhu

Comments

Hermit said…
kesian Yana... jubah pun singkat hehehe
saiz awak masa kecik cam tu jugak kot
Hermit said…
tak tahulah... saya tak sempat grad Tadika mah... 3 bulan je, lupa meh? hehehe

Popular Posts