Friday, July 31, 2009

Bye Teacher E-In dan Terima Kasih di atas Segalanya...

hari ini 31 Julai 2009, hari terahir teacher E-In mengajar di IIU Educare...Teacher E-in bukanlah asing bagi anak IIUM Educare terutama yang kat PJ. Seorang bekas siswazah Law Syariah dari UM masih bujang (hehe)...mengambil keputusan untuk berhenti sebagai guru tadika kerana hendak memfokus pada bidang bisnes sambil mecari peluang lain sebagai Peguam Syariah (mungkin)...hmmm..Terima kasih banyak ya Teacher E-in...sebab ajar Yana, hasilnya dalam usia 5 tahun Yana sudah fasih mebaca Bahasa Melayudan Inggeris....sangat menghargainya..rasanya I pun tak mampu nak buat (I kurang sabar)....wakakaka
so antara gift yang I kasi...(patung ni boleh berdengkur...cute jer)

selipar PINK....untuk teacher E-in pakai kat bilik tidur...

so semuanya dibungkuskan dalam beg hadiah...so hadiah semua tu walaupun berkonsepkan "tidur" tapi bukannya bermakna mengharapkan secara tersirat agar teacher E-In untuk mendapat tidur yang secukupnya...heheh... I harap Teacher E-In akan terus sukses dalam bidang yang diceburi dan sihat sentiasa....

Thursday, July 30, 2009

Afiq- antara Finalist Baby Cute Calender Ayam brand

act..amik gambar kat studio De'One..3 minggu yang lepas so hari ni I kiranya datang untuk mengambil album dan gambar yang dah siap....alang2 pergi kat situ ada Guardian Clearance..cam biasa menyinggah cuci2 mata sambil tangan ni mencapai satu dua barang..heheh (beli hadiah untuk cikgu e-in...cikgu Yana..dia nak berhenti akhir bulan ni)
so inilah album nya...tadaaaaa......

antara gabar afiq cengeng...ahahah..meragam masa tu..mana taknya I bawa pergi shooting time tidur die....
antara gambar dalam album...cute kan..si afiq cengeng (maknya yang perasan)..so ada dalam 23 keping..hmmmm..so ikutkan syaratnya peserta kena pakai baju yang dikhaskan so ada tiga jenis baju...baju lebah, mengtadak (hijau yang afiq pakai) dan buah pisang....uduh jer I tengok buah pisang tu hahaha....tapi kenapa mesti MENGTADAK...time tu I MAIN LANTAK jerlah..janji bereh..wakakaka..Si Afiq Cengeng yang banyak Cengkadak...boleh ke...(korang jangan tanya ye BM masa SPM I dapat berapa)...chow

yang tak suka costume pisang;

Wednesday, July 29, 2009

Jom tukar tin kosong 100 plus kepada air 1.5 l Revive

ni namanya penjimatan berganda...haha...so sekiranya anda ternampak mana2 air tin isotonik seperti 100 plus..selain dari Revive....bolehlah kutip dan tukarlah di pintu hadapan Carefour (selected)..contohnya Carefour Wangsa Maju, Subang....minggu ni ader lagi...

so gambar diatas...gambar Yana dan Anaqi setelah berjaya menukar 5 tin kepada 5 botol Revive...tapi diingatkan minuman ni untuk orang tua2 je...orang muda cam Yana dan Anaqi serta mummy die tak layak minum BANYAK....hahaha...

Tuesday, July 28, 2009

Cinta Perlu Waras

Yeah....jarang benar I beli majalah ni...tup2 satu hari I beli dan rajinlak nak menghantar karya dalam ruangan kata wanita....kebetulan hadiah yang dijanjikan agak lumayan...so mengambil masa kira2 1 jam 10 minit...I ekspress apa yang tersirat melalui penceritaan pengalaman dari kaca seorang wanita...ceh ceh....dapatlah lebih dari 900 pp....
so hasilnya...korang bacalah dari Majalah Eh Edisi Ogos...nama tu semua samaran ya...

Salam Merdeka...

Monday, July 27, 2009

bila semua dah kena "block"

hmmmm...
hmmmm...
abih semua kena block....
taklehh bukak blogspot..
takleh chat...guna gmail...
wahhh wahhh

sedey..sedey...

takpe nak kerja cara halal..so ni lah caranya...

aduhh

Saturday, July 25, 2009

IEEP di Avillion Coral Bay - Club House

antara gambar yang sempat ku mengambilnya..snap..snap...korang layan jerlahhh
Bermula 21.7.2009 - 23.7.2009, di Avillion Club House Port Dickson...
Penceramah semua best dan gamat...yang paling best Dr Latif (suka sangat dengar doktor ngomel2)..so group I menang untuk Ice Breaking challenge..dan juga team 4 (team I la tuh)..menang untuk destressesd session (cam telematch)...best2...ku kaut 2 hamper sekaligus..

wahhh..famili I antara finalist Pencarian Keluarga Ceria Hari-hari Bahagia!

2 hari sebelum press conference, Shirley dari rangkaian Hari-hari telefon inform yang famili I antara 10 finalist yang terpilih dalam pencarian Keluarga Ceria Hari2 Bahagia....terkezut yang amat....sebab I hantar penyertaan dan rasanya gambar famili tak adalah gempak mana..hehehe MC untuk hari itu, David Teo...fasih sungguh David in berbahasa melayu..lagu bagus dari I rasanya...hehehe
ni Finalist Hari-hari Idol- komposer lagu dan lirik...

Finalist Pencarian Keluarga Ceria Hari-hari Bahagia...meriahkan...
tapi agak stress hari itu...
1. majlis start lambat sebab tunggu VIP shila OIAM ..hmm anak dah meragam time tu
2. lepas tu kena buat pemilihan baju kat Pusat Hari-hari Taman Permata...Akid hilang...dia meragam masa tu...
3. Hubby terpaksa balik awal sebab projek boiler tengah "on"...itu pun banyak kali telefon berdering2...
4. finalist show event on 8.8...wahhh..time tu I ada course kat Sebak Bernam...dah la I pegang PC..wahhh...I inform ngan kat Mimi (pengarah)..nasib baik my team committee..begitu baik dan bertimbang rasa...dan Kak Yah too..Thanks so much....hopefully suksess la program kitaorang hari itu...
5. my hubby tak nak pegi on 8.8....kat SSM..."TAK NAK CATWALK, MALU"...sedeylah I...
so maybe..ni last lah I nak masuk contest macam ni...hmmmm

Bila selipar dah hilang rupa-paras, BATA pasti ku tuju..

Jangan pengsan apabila selipar anak anda dah tak serupa selipar...kalau tak putus tali atau tercabut tapak...pasti hancur di bahagian hadapan ini maknanya anda kuat main "break" depan...dah cam konsep tayar kereta lak ye... ni "sandal" Anaqi....tak putus, tak tercabut tapak...tapi tapak bahagian depan cam haus..tempoh guna hampir 2 tahun...so kira agak lasak gak "sandal" ni...dari BATA...
yang ni selipar Yana dan Akid...ok lagi...walaupun tapak kasut memasing dah haus dan licin...untuk gi jalan-jalan..dah hilang serinya.. so selipar ni I suruh die guna untuk aktiviti dekat rumah jer...untuk selipar jalan..ke kedai mamak dan lain-lain akan I belikan yang baru. Kedua-dua selipar lama ni juga dari BATA

Dipendekkan cerita Jumaat 24.7.2009 (semalam), I, Anaqi dan Padilah so seh pergilah kedai BATA kat kompleks 1 utama.....dapatkan selipar2/sandal baru..

so yang ni Akid punya...comel gambar kucing...

Sandal Anaqi..disebabkan dia lasak so kena cari tapak yang keras..warna seminumum mungkin memandangkan dia budak lelaki...kena cari warna "simple" dan macho gitu...

selipar princess Yana...cam biasalah kena pilih warna "pink"...sweet gitu cari size besar tapi tak ada..kalau tak mesti I dah kaut satu...ahha
Variasi pilihan penuh gaya,
Harga berpatutan jimat belanja,
Rangkaian BATA memenuhi citarasa,
Satu keluarga pasti teruja.

Jom gi BATA!

Thursday, July 23, 2009

Kesah Seekor Dugong

Pak Dugong (Hero cerita)

Pada suatu hari pak dugong keluar berjalan2 kat area umah dia (dugong ada kaki ke?lantak la cerita aku so suka-suki mak sedara akulah hahahaha). Tengah jalan2 tetiba rasa hari nak gelap walhal aritu siang lagi... so automatik dia jeling Tag Heuer percuma dia "Kompim siang lagi mah, what happen?"tengah dok tertanya2 tu dia baru teringat kat tv3 semalam orang kecoh2 cerita pasal gerhana matahari... dia ingat balik dulu cikgu dia cakap gerhana matahari nih berlaku bila bulan melintasi matahari i.e berada sebaris diatas paksi masing2. so bulan ni block sinaran matahari menyebabkan siang bertukar menjadi malam.(note: ya adik2, ini dugong jenis educated punya, belajar bertingkat2 cam selulitnya yg berlapis2 hahahaha). "Agaknya inilah dia fenomena yg cikgu mona-liza cakap dulu tu" pikir pak dugong... disebabkan rasa ingin tahu yg mendalam (read: jakun) pak dugong pun decide nak jengok keluar dari laut nak tengok sendri gerhana matahari tersebut... so pak dugong pun menyaksikanlah sendri setiap detik gerhana matahari tu sampai akhir buat pertama kali dalam hayatnya... lepas dah tengok tetiba pak dugong rasa lapor la pulak. "eh, kalau g Old town kopitiam ni syok gak, pekena thick toast ke haper.. nasib baik mak dugong takde, kalau tak gerenti kena ketuk ni " pikir pak dugong... tanpa berlengah2 lagi pak dugong pun tarik napas dalam2.. belum sempat pak dugong menyelam tetiba dia ternampak satu objek kat tepi pantai... ngan mata yg masih berpinar2 (sebab tengok gerhana tak pakai proper filter mah!) pak dugong pun 'zoom' objek tu... "la dugong mana lak lepak sana sorang2 nih?" tanya pak dugong dalam hati... pak dugong yg sememangnya ramah g la tegur... "salam cik adik, buat apa kat sini sorang diri?"... no respon... "yo beb, wassup???"... still no respon... "Chou sang, ni-hou leng lui?"... senyap jugak..."Vanakkam, ada bagus ka macha? ".. still sunyi sepi.. "Ohiok... nii-chan ,thoste?"... silent..."Sawaddikap, kap kun kap"... langsung tiada jawapan..."ceh apalah sombong bongkak.. malaih aku layan... baik aku blah je" cakap pak dugong dalam hatinya... so pak dugong pun berlalulah dari situ menuju kopitiam kegemarannya... lalalalalala.... THE END.



Dugong yg sombong (Innocent bystander)

Monday, July 20, 2009

Baby Bottle Giveaway- Tiny Tapir's

I love to read this poem-got from one website (can't remember the url)..touching and funny..

On the Day That I Was Born
by Bruce Lansky

On the day that I was born,
My father was so proud.
No other baby in its crib
could scream and cry so loud.
No other baby kicked its covers

to the nursery floor.
No other baby drank its milk then yelled, “I want some more!”
And when I messed my diapers,
nurses rang the fire bell.
Then firemen with hoses
would spray the nursery well.
I would have been so boring—so quiet and well-bred,
if the clumsy doctor hadn’t dropped me on my head
Back to the heading story...yay..the owner of Tiny Tapir (sound so cute) is giving away these lovely bottles for those who are lucky (I guess)...

Set 1 : 3 x Siliskin & Evenflo Glass Bottles (size of our choice) - value up to RM150
features:


  • extra grip to avoid slippage when feeding from a glass bottle.
  • Colorful nubbly siliskins are instantly attractive to babies
  • Microwave safe, keeps heat from transferring from bottle to hands, hypo allergenic and dishwasher safe.
  • The translucent sleeve also allows you to see measurements and liquid in the bottle.
    Cleaner than any plastic, glass bottles are the best! Unlike plastic (which should be discarded when cloudy or scratched), glass bottles will literally last for generations of babies.
  • Available in a selection of colors can switch the skin!...
And other prize...


Set 2 : 1 x set of Thinkbaby BPA Free Bottles & a Thinkbaby Sippy Bottle Conversion Kit (size of our choice) - value up to RM137..I like the medium size...




features:


  • Includes Anti-colic Nipple & Travel cap
  • Bottle has been specifically formulated to be free of Bisphenol-A and toxic Chemicals
    Stage I (slow flow) nipple - for 0 to 3 months
  • packaged in recycled materials

features:
  • Includes 2 spouts & 1 trainer cup handle
  • Designed to fit either the thinkbaby 160ml or 260ml bottles (i might choose this size)
    packaged in recycled materials
You also need to leave comment HERE...(tiny tapir's blog)..for a chance to win one of these two sets...wahhhhhhhh...I hope can win one of this set..coz I know that my lil' baby will LOVE the bottle n this might be one the best gift for his coming birthday...(hehe..baby or mother wish? :P)

Children are our most valuable natural resource. -Herbert Hoover

many thanks...to TinyTapir..for organizing this such amazing contest.....muah muah

me, myself..n milk bottle;

Kenapa I nak sangat Kek Lapis ni...hmmm

Terkezut I....sebab empunya blog ni salah satu gambar die cam muka Faizal Yusuf...wooohh abang detektif dalam siri Manjalara....ada iras kan...kan.....ni klon ke apa...(bukan sedara ke??)
so...sempena nak menyambut Hari Kemerdekaan takpun nak sambut Hari raya (boleh je)...pemilik blog EzLife...dengan "easy"nya nak memberikan kek lapis sebagai hadiah kenapa mereka yangberminat sahaja...yang tak berminat tak yah masuk...hahaha...anyway nak buat kek lapis memang leceh...so antara resepi kek lapis Horlicks dalam simpanan I dan cara pembuatannya adalah seperti ini:
Bahan-Bahan:10 biji telur16 oz mentega220 gm gula kaster240 gm tepung gandum (saya gunakan tpg HK)200 gm Horlicks1 tin susu pekat (397gm)
Cara:Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masuk telur satu persatu, pukul lagi hingga pekat dan rata. Masukkan susu pekat, kacau rata. Kemudian masukkan tepung dan horlicks. Kacau/gaul rata-rata. Bakar dgn suhu abt 200 darjah Celsius (api grill je) selapis-selapis hingga selesai.
Wah berlapis-lapis peluh bila membakarnya...
so kenapa I nak sangat kek lapis ni...hmmm
1. sebab percuma
2. kek kegemaran ialah kek lapis
3. tak reti buat kek lapis sarawak
4. sebab sebab...saya memang NAK kek lapis ni...huaaaa

peminat kek lapis sarawak:

Thursday, July 16, 2009

Kisah Afiq & baby cat, HP baru & Selipar Bilik Baru!

KISAH 1
weeee...comelkan anak kucing ni..
sian die terbiar...
so..
I ngan Afiq...kasi die makan...
amik susu afiq (yang tak habis dari botol susu die)...
bagi minum..n ikan bilis mentah....
tapi baby cat tak makan ikan bilis mentah...
I pun goreng(takdenya I nak cari Friskies petang2 ni weh)

Afiq n Baby Cat...(si Comolot)

KISAH 2
Semalam...duk tengah stress masuk satu email...
dari GoMobile..ni posting dari blog I (klik)
weeee...
dapat handphone W209 Motorola...
ni HP basicnya takde kamera..ada radio jer....
so hari ni dah amik..(cepatkan...)
I ngan hubby decide nak kasi HP ni kat Anaqi...
coz HP die dah rosak...
(ni namanya men"spoil"kan anak)...

KISAH 3
weee
Posting yang lalu...antara kaedah yg ke 3 utk hilangkan stress
adalah SHOPPINGkan...
disebabkan budget yang kecik...hahaha
I pegi kedai Guardian kat Mont Kiara...
die buat Clearance...I belila kasut bilik yang baru...
PINK kaler...like it very much....

P/S: Kepada student I yang bernama Razali, Mr X danTuan..TQ daun keladi, di atas teh ais dan roti John semalam ya....moga korang panjang umur dimurahkan rezeki, n moga makin bermurah hati untuk belanja madam lagi...jasamu dikonang sehingga jumaat ni jer....wakakaka

Wednesday, July 15, 2009

..bila menggagau kestressan teramat maksima..

ada 2 perkara yang dapat pulihkan I dari segala masalah diatas:
1. siapkan kerja secepat mungkin;
2. tidur secukup mungkin;
3. paling berkesan..."shopping sehabis mungkin"...aduss mungkinkah terjadi..waaaa

Monday, July 13, 2009

@Toast Box Food Republic Pavillion

wahh pepagi sudah ku heret Padilah So seh bersama Afiq ke Pavillion..gara-gara nak kutip Goodie Bag dari Majalah Eh dan Female..So setelah sauk 2 goodie bag baru gi cari breakfast..kali ni kitaorang try kat Toast Box Food Republic kat Medan Selera Pavillion

Pandangan dari belakang.....bznya pekerja2 melayan orang beratur nak beli sarapan pagi...


ni teh tarik (Rm2.50) dan Nescafe padilah


Nasi lemak I yang cinonit ni harganya RM2.50...sikit, telurnya nipis dan kecik saiz 20 sen...tapi sambalnya sedap...


Plain toast bersama kaya n butter..rasannya RM2.80 (tak sure rasanya laa)


Set padilah "French Toast Set"- RM7.50


Afiq yang sabar menunngu..bab ni dia memang sabar sikit....(atas didikan mak die..sabar itu separuh dari iman)..hahaha...so total I belanja untuk makan pagi itu sahaja RM15.30...mujur hubby hulur kat Atmnya sebelum I pergi..dan paling I suka sangat bilatengok medan selera ni..betul2 berhadapan ngan tempat cucuk duit berjenama RHB...wakakak

Peminat Seta ATM RHB;