Saturday, August 29, 2009

Pesanan Kepada Dedet

I've received these messages last night (by hand... LOL);


I'm not sure if you all can read it but basically it's Anaqi's notes requesting me to fix his toy car (& also akid's car)... sungguh sopan tajuk dia "Pesanan Kepada Dedet Dari Anaqi"... kelakar giler coz siap ada diagram on what faulty & what to fix hahaha... disebabkan 'usaha' dia melukis ala2 AutoCAD (hahaha) & juga adik2 dia dok sebok & bising2 tanya bila nak repair so i terpaksalah layan repair (walaupun malas)... aii...

Thursday, August 27, 2009

Jemputan Berbuka Puasa Bersama Fara Fauzana

Sangatlah syok dapat invitation dari Cosmo untuk berbuka bersama Fara Fauzana aka Fafau..yebayeba...so temanya : Timur Tengah..so semua yang hadir memasing melaram ngan jubah dan baju ala2 orang arab....
di sinilah tempatnya...so kitaorang kena berkumpul dari pukul 6.30 petang lagi...

antara artis yang hadir..fafau, liyana jasmay dan irma hasmie...team cosmo n pihak Kewaja...

so sempatlah snap beberapa keping..Padilah So Seh macam biasa la...dimana ada kamera disitu ada dia...tapi celecriti yang hadir memang sporting habis...paling gila2 tentulah Kak fara kita..Irma not bad lembut macam tu...tapi rasa rugilak tak bergambar ngan Izza Editor cosmo..minat gaya tulisan dia nih...

ada make-over lagi (dari Maybelline)...siap beratur panjang...hehe
antara makanan arab yang sempat I sental malam tu...wahhh..cam naik berkilo jer berat badan I...wakaka

kat sini I jumpa semua peminat2 Cosmo yang tegar...wah sungguh seronok..berbual, berkenalan dan bertukar2 cerita....best2..

antara barangan goodie bag yang diperolehi...kan ku godek mekap itu di muka ku ini...(sampai la ni tak lulus pakai mekap camana tu?)

selingann sepit I yang kaler pink dan Yana kaler hitam...biasalah habis acara dalam kul 8.45pm, dalam perjalanan ke kereta nampak kedai kat Sunway..banyak barang2 comel I pun sambar la...huish...wanita cosmo sungguh!
So Malam Yang Hebat dan Padat...
Best2...Cosmo Memang Best!

Wednesday, August 26, 2009

“PROGRAM WALL’S VIENNETTA : MEMBERI SERIBU KENANGAN”

Selasa 25.08.2009 I dijemput menghadiri berbuka puasa dan buat satu aktiviti di Rumah Amal Kasih Bistari si Subang Bistari Selangor. So I angkut sekali segala angkatan tentera-kapten (hubby) jer I tinggalkan atas sebab yang tidak boleh elakkan (kes selalu balik kerja lambat la ni)
so inilah penaja dan rumah anak yatim dituju...mula2 sampai my kids semua tak nak turun kereta...dieorang cam pemalu sikit....tapi bila nak balik dieorang pulak tak nak naik kereta...dah syok main kat sana..hmmm
gambar diatas owner rumah kasih.kitaorang panggil ustaz namanya I dah lupola pulok..short term memory hehe..seorang sukarelawan secara persendirian menubuhkan rumah kasih ini atas niat untuk membantu sesama insan...kanak-kanak disini seramai 40 orang berumur dari 4 tahun hingga ke 17 tahun...Baby kecik bersama ngan I n afiq tu namanya Shahida (ank bongsu ustaz)
antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan- ice breaking "ali kata" "tiru macam saya" "buat greeting card""menyanyi lagu raya" dsbnya....so my kids really enjoy and joined all the activities..
Ni kira nak masuk berbuka dah...so yang dapatnya gambar yang agak kelam...penat tapi seronok....kitaorang berbuka sama-sama, dan sembahyang berjemaah bersama-sama..bila berada disini, rasa sangat kita sebahagian daripada mereka..keluarga yang besar, saling membantu dan sebagainya...
Inilah kad raya I lukis dan demo kat anak-anak kat situ...huishh udahla kutuk kehuduhan kad I ini bulan pose weh...wakaka...ok la 15 minit kerja....dan hasilnya sebegini rupa..
dan hari ini I masih teringat kat anak-anak kat situ...n my kids berapa kali pesan nak datang lagi rumah ini lain kali....hmmm
Sekalung kasih buat anak-anak disana..
Terima kasih Miss Chen dari Walls..
Team Walls esp abang superman..
Nas (dj on that day) n the geng..
Kerana Vienetta Kemesraan Kita Terjalin;

Tuesday, August 25, 2009

Dugaan, Cabaran, Keseronokan dan Kenangan di bulan pose...

hmm rasanya tidakle sesuai bercerita pasal topik diatas memandangkan baru nak masuk empat hari kita berpuasa..tapi bila duk baca posting kebanyakan bulan pose I nak gak layan topik yang sama mentera yang berbeza...

So nak lihat perbandingan sikit zaman masa belajar time belum kahwin n dah kahwin...

Sebelum kahwin:
Sahur ala kadar biasanya dah makan siap awal2 kul 12 tengah malam takpun kul 1 pagi onwards...

selepas kahwin:
Harus bangun...kalau tak laki I akan membebel dan ayat tipikal yang biasa didengar "Tu la awak tidur mati", "Tak kunci jam ke?", bla bla...yo lah dedet nak harapkan bini awak jerla yang bangun dulu..ecece

sebelum kahwin:
terutama masa zaman belajar kat U...buka puasa memanjang kat masjid..buka puasa free wakaka n then sebenarnya I nak buat solat terawih terus....:P

selepas kahwin:
masak selagi ada kedrat...biasanya I masak simple...tapi biasalah satu rumah selera pelbagai..kadang2 I masak jer ikut selera I...tak pueh hati diam2 wokeh...ponet weh

sebelum kahwin:
tak kisah baju raya janji ada...tapi biasanya I beli last minute...sebab masa tu harga cam murah sikit..

selepas kahwin:
paling kurang sebulan start puasa siap udah baju anak segala bagan...tapi biasanya walaupun ada tema tapi mesti larinya la.....hahah..(angkara hubby yang tak suka pakai sedondon ingat kumpulan koir ke apa)...

sebelum kahwin:
I dapat duit raya...

selepas kahwin:
kena huluq duit raya...

sebelum kahwin:
Ada gak masa I berbuka ngan kawan2 kat luar...wah banyak kenangan manis...time berebut buah kurma dsb...

selepas kahwin:
Sebenarnya sejak I bermaustautin kat KL ni rasanya tiap-tiap tahun bulan pose mesti paling kurang satu jemputan ke majlis berbuka puasa...I like...heheh

kesimpulan sebelum ke selepas kahwin ke...puasa tetap puasa banyak kenangan banyak kenikmatan semoga tahun ini bertambah kerahmatannya...

Monday, August 24, 2009

Special Merdeka Giveaway


Bersempena dengan kehadiran Ramadhan dan juga Malaysia Menyambut Kemerdekaan ke 52 ini..Liltte Mama dengan suka citenya (I lagi suka) menganjurkan contest untuk semua para bloggers yang kenal atau tidak kenal...
^^
^
hadiahnya merupakan..jeng jeng

Beg Laptop Helen Keller Lady Laptop Tote dari AliceWonders.com yang bernilai RM119!
Cantik woo..nampak elegan bila bergaya dengan beg ni!
Baru terfikir2 nak tukar beg lap top sandang ku yang dah lusuh..
ada rezeki..takde takpe...
so u all kalau nak join mudah jer...
meh meh singgah kat Little Mama Diary Blog
^
^
then bagi lah komen yang bernas mengenai blog Little Mama diary..di komen box wokeh..
Untuk keterangan lanjut sila baca syarat2 seperti mana I copy n paste dari blog little mama;

1. Tell me what you think of this blog content by leaving a comment here. Komen mesti pasal blog entry sahaja (bukan pasal teknikal macam layout ke… kaler ke, header ke…he..he)…. clue: apa yang me tulis ni best sebab apa, kalau tak best pulak pasal apa, bahasa yang dipakai boleh faham ke, apa lagi you all nak me tulis etc… komen & cadangan so that I can improve my writing in future. - yo done! - I dah letak komen I so yang lain silalah memasing buh komen...wokeh

2. Write an entry in your blog about this contest (with link back here). Jangan lupa mention pasal entri anda di sini.
That’s all. Easy peasy! - yo done! senang jo..

Syarat tambahan:

Contest starts from 17th to 31st August 2009.
Contest opens to Malaysian only (tak kira la duduk kat Malaysia ke, Jepun ke, Kutub Utara ke, Afrika ke… janji rakyat Malaysia) - confirm I rakyat Malaysia ic ended 5190, duk Malaysia lagi tuh
Winner(s) will be selected by a Lucky Draw. - Fuhhh
Confirmed prize is the Laptop Bag but I would consider adding more prizes later on (balik godek harta karun dalam study room…he..he) - godek2 la haha


Pencinta beg lap top tegar;

Friday, August 21, 2009

Selamat Berpuasa Ye...


antara aktiviti normal buat anakndaku di bulan puasa..
selamat berpuasa moga segala amal yang dilakukan mendapat keberkatan darinya..amin

Wednesday, August 19, 2009

Jom Memasak Bersama Cik Ayuarjuna

Sangatlah suka contest ini...hihi..
sebab I suka masak...dan I paling suka masak-masak yang kena membakar sebab die kurang minyak dan kita perlu lama berada lama di dapur (gaulkan semua bahan then bakar tinggal jer sehingga masak...mudah jer kan...so antara resepi sendiri yang I suka masak terutama untuk hidangan waktu berbuka ialam AYAM PANGGANG CITARASAKU..(citarasaku sendiri ewahh)
bahan-bahannya (semuanya yang basic pasti ada kat dapur memasing):
1 ekor ayam sederhana – dibasuh bersih
Bahan-bahan untuk digaul/rata pada ayam:
· Sesame Oil –2 sudu
· Kicap sos tiram – 2 sudu (ikut citarasa)
· Kicap cair – 2 sudu (ikut citarasa)
· Kicap biasa – 2 sudu
· Halia (sedikit, tumbuk halus)
· Bawang putih (7 ulas ditumbuk halus)
· Lada hitam (sedikit untuk rasa pedas, tumbuk halus)
· Asam jawa – 1-2 sudu
· Garam dan gula secukup rasa

Bahan akhir untukk ditabur atas ayam sebelum di bakar:
· Mentega lepa (sedikit ditabur atas ayam sebelum dibakar)
Cara nak membuatnya (senang jo even u all penjam mata tahu nak membuatnyo...:P)
· Gaul semua bahan untuk digaul pada ayam.
· Tabur mentega lepa di atas ayam
· Bakar selama 45minit hingga 1 jam atau sehingga ayam berwarna kekuningan keemasan.
· Makan ketika panas bersama nasi ataupun salad sebagai menu sampingan. (utk bulan puasa makan setelah mendengar azan maghrib wokehh)

ni rupanya...takde lawa benor tapi sedap wooo..tryla...


antara sebab menyebab I post pasal resepi ni..pertama nak share ngan u all antara lauk yang I gemar sediakan terutama pada bulan puasa...yang kedua sebab..nak menyertai...
****
***
**
*
Ni contest anjuran owner blog Kambing Bujang sila-lah jengah ya...
Contest Title : Jom Memasak Bersama.......
Contest Period : 5/08/09 - 4/09/09
Hadiah :Barangan dari Tupperware (sangatlah syok kalau dapat lagi2 boleh guna utk hari raya)

Term & Condition:
1.Buat satu enrty berkenaan resepi masakan yang paling simple tuk disediakan dalam blog anda. (Tak kisah la masakan tuk breakfast ker, lunch ker, dinner ker, supper ker, western ker, masakan kampung ker as long ikut criteria yg dinyatakan) - ..sudah..
2. Upload gambar masakan anda. ..sudah.. (kat atas)
3. Upload pic giveaway diatas di sidebar anda dan jangan lupa linkkan ke " Jom Memasak Bersama... Contest" (tak yah jd follower,tapi kalu nk jd follower dialu2kan) ..sudah..
4. Tinggalkan komen anda dan link blog anda supaya saya boleh menjengah ke blog anda. ..sudah..
5. Pemenang akan dipilih secara random/lucky draw. (Gambar hadiah akan di-upload later,)--amin..puh..puh

selamat mencuba, selamat berpuasa, tidak lupa kambing bujang diatas inspirasi contest yang dapat kita share resepi bersama bloggers yang lain...

Monday, August 17, 2009

Meh Lawat Muzium Polis...

Antara student2 I yang hapening aka gonjeng mak limah ...wakaka
(sedap sungguh mengutuk secara manis terhadap student sendiri..haha)

Sabtu yang lepas 15 Ogos 2009, I bawa 2 kelas ke Muzium Polis, Planetarium, Memorial Park segalanya..Jangkakan bertolak seawal 8.00 pagi...dipendekkan segala panjang cerita..kul 8.35 baru bas bertolak (drebar bas lambat...ya ke....korang paham2 kan sendiri)...walaupun begitu banyak yang dilawat...tapi student I kebanyakannya mampu melawat 3 tempat jer..Muzium Polis, Planetarium, Tamn Tasek Perdana (apa ke hee..korang nak melawat taman bunga ya idok)...tapi ada gak yang sempat melawat taman rusa..(ntahler..aktivitinya memberi makanan kepada Rusa...)hmmm...sepatutnya pagi tu kitaorang piknik dulu tapi disebabkan ada yang dah lapaq benar (ni geng2 haizir la nih) dieorang dah siap2 makan sebelum bas bergerak lagi...so dah piknik dalam bas memasing...


ni antara aktiviti yang digemari...bergambar...pantang berhenti mesti nak bergambar....tabiat ke apa...anak I dah rasa cam celebriti lak..

..model kereta kebal...


ni pose..ntah apa2...ada gaya ke polis melampau aksi...wakaka

tolaklah segala kedrat...


**model meriam**

banyak sebenarnya gambar..malaslah nak masuk semua kat sini...so antara koleksi yang menarik minat I ...segala bentuk senjata, kereta kalis peluru dan sejarah peperangan yang pernah berlaku di negara kita...
So balik dalam pukul 3pm setelah puas makan dan menerima hadiah memasing (harap korang sukalah ya)
Enjoy, happy tapi penat sangat..harap-harap student I dapatlah sedikit sebanyak pengetahuan mengenai segala maklumat mengenai sejarah dan informasi mengenai yang sepatutnya mereka tahu...bukan I tak tahu student I tu...kalau lawatan ke Mid Vally, KLCC...tu memang dah wajib setiap minggu...(jgn lupa hantar project report ya)
cikgumu yang patriotik;

Friday, August 14, 2009

Neo Geo Hanging Basket Giveaway

BabyIbu dengan kerjasama leanalittleshop.com
*
*
*
menganjurkan satu contest buat semua bloggers..
*
*
*
wah wah wah...
*
*
*
apa yang perlu dilakukan..ANDA semua dikehendaki memberikan komen yang membina bagaimana hendak meningkatkan website dan servis mengenai leanalittleshop.com (boleh rujuk pada banner dibwah untuk maklumat lanjut).
*
*
*
Antara cadangan yang ingin saya lontarkan (I lontar slow2 wahh):
  • Kalau diadakan jualan secara"bundle" menarik juga
  • Promosi item seperti beli satu percuma 1...
  • Kad diskaun untuk ahli "loyalty"
  • Kempen melalui "member get member"..
  • Bengkel ataupun Hari Terbuka anjuran Leanalittleshop.com
  • boleh luaskan pasaran dengan menyertai expo-expo khas untuk para ibu dan anak..

*

*

saya dah...so bloggers yang lain tak nak join ke...?? :P

*

*

Untuk maklumat silalah layari laman blog babyibu

*

*

ok sekian terima kasih...



Thursday, August 13, 2009

Hari-Hari Ceria Hari-Hari Bahagia

Ha..Ha..saja-saja hanta famili gambar famili untuk contest Hari-hari Ceria Hari-hari Bahagia...terkedu dapat panggilan dari Shirly Pusat Pakaian Hari-Hari yang mana famili antara 10 finalist yang terpilih..dari 500 penyertaan lebih boleh percaya ke?...Hadiah tempat pertama Rm2000 dan Voucher Hari2 Rm500, tempat ke-2 Cash Rm1500 voucher Rm300, Ketiga cash Rm1000 voucher Hari2 250..dan saguhati cash Rm500 dan Voucher rm200...so I dah letak aim nak saguhati jer...mana taknya kena buat persembahan catwalk segala bagan kat atas pentas...huishhh...laki I kan lelaki malaya terakhir...pemalu yang amat...confirm dia tak nak nya...
Antara fakta2 yg menarik yang berlaku pada hari itu:
1. berkumpul kul 10 pagi..untuk sesi make-up segalanya...wah banyangkanlah ke"stressan" ngan anak-anak seawal pagi.. Majlis start kut 2pm...
2.Hubby ada kerja emergency so die kena datang kemudia, dia datang dalam kul 12pm..
3. kitaorang lasatu keluarga yang tak hapa-hapa masa rehearsel...tak pernah practice...so duk berdiri tersengih cam kerang busuk kat atas pentas...
4. I demam hari tu....wahhhh
5. Memandangkan pagi Sabtu padat ngan cerita kartun dan kebetulannya kat The Summit ada Panasonic road show...ke semua anak I duk bertenggek depan tv tengok kartun...(kat tengah2 shopping complex)...I dah tak peduli dah..wakakaka
6. Kitaorang kena posing guna baju yang dah dipilih...yang sedihnya baju hubby I dah ada orang lain amik...tension wohhh tinggal baju sendat dahlah lain kaler...
7. Ikut perjanjian mula2 kami dapat baju yang kami pilih dan pakai hari tu..alih2 die suruh pulangkan balik..sia2 jer I pilih baju paling mahal...wakakakaka...
8. family I dapat giliran nombor 6 untuk buat persembahan
9. since famili I jer tak ada buat preparation apa2, so I last minit buat sajak....janji aderla...
10.suspen sebab nama family I antara keempat last sebelum dia panggil grand prize...tapi memang dah pikir lojik kami tak akan menang gp punya....last2 saguhati seperti yang dijangka...alhamdulillah.
Yana ketika di make up kan...
ni lah wajah Yana setelah disolekkan

haha...tak tahulah apala yang berlaku kat atas tu...

ni antara peserta akhir Hari2 Idol...namanya faizal..
so gambar masa hadiah tak ader...padilah soseh jurugambar ntah mana ntah...hahah so tak adalah gambar kenangan masa amik hadiah dan gambar beramai2 ngan pemenang yang lain...

keluargaku memang ceria dan sentiasa bahagia...amin

Wednesday, August 12, 2009

MomBloggersPlanet Cutest Baby with TOYS Contest

Empunya diri diatas diberi nama: Afiq Ziqry bin Zulhazmi
Nama panggilan di rumah: Pi Toq
Nama panggilan di nursery: Pipiq
Mula melihat dunia pada pukul 12.05 pagi 18 hb Ogos 2007.
Ini ada item mainan kegemaran: Big Chicky (seperti gambar diatas) dan game boy (main picit tak paham pun konsep permainan tu)

Big Chicky memang besar....tapi ringan dan tidak merbahaya...Afiq selalu menggunakan Big Chicky sebagai salah satu bahan pemahamannya mengenai deria anggota. Sebagai contoh...Mummy see mouth...sambil menunjukkan mulut dia dan mulut chicky...begitu juga dengan mata, kaki dan sebagainya. Disebabkan Big Chicky mempunyai warna yang cerah dan terang seperti kuning, merah dan biru ianya sangat membantu terutama dalam tumpuan dan fokus mata Afiq... warna ini juga anatara warna awal yang Afiq kenal dengan jelas,

Permainan yang digalakkan dan sesuai untuk kanak-kanak adalah seperti berikut:

A: Aplikasi yang menarik dan kepelbagaian. Contohnya barangan Skool dan Fisher Price yang mempunyai aplikasi yang pelbagai sesuai mengikut usia kanak-kanak.adakalanya

F: Fungsi yang sesuai dengan perkembangan kanak-kanak. Seperti daya tumpuan, muzik, pemahaman dan sebagainya.

I: Ingatan, mampu memberi tempias kepada ingatan atau memori yang baik. Contohnya sekiranya kanak-kanak kecil terlalu didedahkan dengan barangan mainan seperti pistol, parang plastik dan sebarang senjata mungkin ia tidak membantu dalam membina personaliti yang baik dalam diri kanak-kanak tersebut. Ingatan si kecil mungkin tertumpu kepada permainan tersebut yang tidak mempunyai manfaat secara lansung kepada tumbesaran mereka.

Q: Quality dan Quantity...Kualiti perlu ada dalam setiap barangan mainan kanak-kanak. Barang yang mudah pecah merbahaya terutama kanak-kanak yang masih kecil kerana ada kemungkinan barangan yang pecah dan rosok boleh menyebabkan kecederaan kepada kanak-kanak. Quantity tidaklah begitu penting...barangan banyak tidak semestinya bagus untuk kanak-kanak (membantu menyepahkan lagi rumah adalah). Namun ianya bergantung kepada kesesuaian, dan fungsi setiap barangan mainan kepada kanak-kanak tersebut. Dan tidak dinafikan ekonomi keluarga jua pendorong kepada banyaknya "Quantity" barangan mainan...

So...
Pada mereka yang lain yang sudi untuk kongsi sama cerita, gam bar mahupun pendapat mereka mengenai barangan mainan kanak-kanak dan segala berkaitan dengannya...sudi-sudikanlah...untuk keterangan lanjut boleh lawat momblogger site...dan juga terima kasih kepada PhotoBook Malaysia (memang chantek2 bila gambar2 diabadikan dalam album ni!) dan Alice Wonders (I wonder why I never won one beg from Alice..huhu)..

Barang mainan pilihlah jangan merbahaya,
demi anak-anak membesar dengan ceria,
Alice dan Photobook pelengkap keluarga bahagia,
Mombloggers tumpuan ibu-ibu yang berjaya....

Tuesday, August 11, 2009

Malam Jula-Juli....

Ni la hisbah jagaan I level 6 Mahallah Khadijah- so hujung minggu lepas hisbah I adakah sesi gotong royong mengecat dinding hisbah kasi lawa sikit al-maklumlah nak raya...selain itu sebelah malamnya kami adakan Malam Jula-Juli...makan-makan, bagi hadiah dan tonton movie "Syurga Cinta"...wahhh sakan bebudak ni... i pun tumpang sekaki..heheh....

so malam tu kitaorang makan chicken chop, koko krunch (ni ganti cikidies ke apa..baguih2) dan brownies..(sedap woooo)

antara anak-anak jagaan I...anak ke..heheh (cam I muda lagi jer..wakakaka)...adik-adik terchenta....

Disebabkan malam tu Afiq cenggeng sudah pandai mengeluarkan pertanyaan yang berbau bentak..."Mummy nak aliekkkkk"...lebih dari 5x...so I terpaksalah angkat kaki,,,walaupun I sungguh syok menonton cerita "Syurga Cinta"....n kat atas ni souvenir dari adik aka anak hisbah I...tengkayu so much.....love u all...n jugak tak lupa berbillion terima kasih kepasa semua line-up hisbah yang begitu "independent" menjayakan aktiviti yang best ni...muah2...nanti kita makan pizza ok...sumaiyah presiden hisbah belanja...wakakaka