I Love U Adik Contest

Puan Lea Khalid dengan suka citanya menganjurkan satu contest posting di blog memasing.."I LOVE U ADIK"...syarat-syarat dan keterangan lanjut boleh klik ni LINK!

Mudah sajer dengan syarat tepek jer gambar yang menunjukkan kasih-sayang antara adik-beradik (max 3 keping ajer)... Jom-jom join tarikh akhir buat posting adalah pada 1 feb 2010..
Gambar Yana (7 tahun), Anaqi (8 tahun) dan Akid (5 tahun)...yang begitu teruja menunggu mummy di klinik...huhu masa ni rasanya hubby tengah try handphone baru die :)

2 budak comot yang begitu happy...Akid (5 tahun) yang begitu gagah mengangkat si Afiq cenggeng (3 tahun)...
Kasih-sayang antara adik-beradik adalah sesuatu momento yang terindah terutama apabila mereka sudah pandai mengambil berat, prihatin dan sentiasa gembira apabila bersama. Ibarat isi dan kuku , air dicincang tidak akan putus...sesungguhnya ikatan kasih-sayang yang dibina bukan hanya berdasarkan nama persaudaraan bahkan silaturahim menjadi lebih kukuh pabila mereka dibesar serta didik bersama dengan kasih sayang diberikan sama-rata tiada beza.
Harapan ayahnda bonda moga persaudaraan tanpa sengketa ini kekal bahagia selamanya.

Comments

Popular Posts