Full Review-Nuffnang Friso Gold Family Day Out on 2nd January 2010

Sabtu 2hb Januari 2010, dengan suka-hatinya kami sekeluarga telah dijemput untuk menghadiri Nuffnang Friso Gold Family Day Out anjuran Nuffnang dengan kerjasama Friso Gold di Kizsports & Gym 1 Utama Petaling Jaya. Acara dimulakan pada pukul 10.30 pagi dah berakhir kira-kira 2.30 petang. Kali kedua event ini dianjurkan oleh pihak Nuffnang dan Friso Gold dan ianya merupakan acara tahunan yang sentiasa mendapat perhatian hangat dari pihak bloggers terutamanya yang sudah berkeluarga. Pembukaan acara oleh bro Marcus dari Nuffnang....
Antara kanak-kanak dan ibu-bapa di kawasan Kizsport & Gym...selain daripada anak-anak dapat bermain dan melakukan pelbagai aktiviti disitu. Para ibu-bapa yang kebanyakan terdiri daripada bloggers mengambil kesempatan untuk berkenalan dengan lebih rapat lagi (al-maklumlah kalau sebelum ini hanya mengenali melalui blog hoping, takpun masukkan url blog sebagai blog list ajer)...
Antara perkara yang menarik yang saya perhatikan sepanjang program disitu..hmmm
1. kebanyakan bloggers teutama para suami menggunakan kamera DSLR (pehh I guna kamera cabuk tu pun dapat free keh keh)...
2. So sepanjang event berkelip-kelip pancaran flash dari kamera mereka dengan pelbagai aksi dan teknik...sangatlah hebat..terasa pergi ke majlis award takpun majlis yang sememangnya dipenuhi para artis gamatnya...jadi bloggers boleh jadi pamous..huhu...
3. Kebanyakan bloggers yang berstatus ibu...30-40% PREGNANT..inilah kajian rawak daripada mataku ya...so mungkin lebih atau kurang...
4. Saya mengenali hampir 60% bloggers yang datang menerusi wajah-wajah anak mereka yang sering dipublisiti di laman blog masing-masing. contohnya wajah Izzah anak little mama aka kak rose, ammar anak babyibu, ezna n damia yang comel, asyraf n afriena anak yatie+kheirul dari sawanila, lyna dari mysuperkids dan ramai lagi.
5. Marcus dari Nuffnang suka sangat dengan budak...dah kahwin ke belum si Marcus ni...huhu...
6. Sungguh tak sangka para bloggers terutama para ibu apabila dilihat secara "Live" sangat manis-manis dan cantik orangnya....
7. Bila event yang melibatkan "talk" tak ramai berkesempatan untuk menghadirinya..al-maklumlah kena melayan anak-anak yang begitu teruja untuk melakukan aktiviti yang disediakan oleh pihak penganjur. Nasib baik I bawa anak yang dah besar, so pandai-pandailah dieorang main aktiviti sendiri. i ngan relaksnya dapat mendengar talk dari mula sampai habis...
8. First-time I tengok magik show live dan secara dekat...kot terpikir banyak kali betul ke semua ni..adakah "ADA" yang disebalik atau dikaburi oleh pandangan kasar manusia.
9.Jumpa red mummy live...die sangat cool dan peramah..walaupun I tak tegur die...hehe...memang ramai yang kenal kak Red kita....balik tu terpikirlak apsal tak tegur takpun amik gambar ngan Red ni...huishhh
10.Makanan yang sedap dalam suasana yang begitu santai..buat anak-anak dan ibu-bapa. Cuma yang I perhatikan bahagian kanak-kanak tidak banyak dipenuhi masih banyak ruang kosong...maybe anak-anak yang hadir lebih kepingin makan bersama ibu-bapa mereka daripada makan sendirian dengan rakan-rakan yang lain...
Antara gelagat kanak-kanak yang sempatku rakamkan disitu....

Jeng-jeng...simple...sedap dan kenyang...I makan tanpa bertambah...cam pelik makan tak menambah luar biasa daripada tabiat diri I...sebenarnya masa tu dok rasa diri tu kenyang...tapi sampai rumah terus cari roti...huhu

Semasa acara penutup ada persembahan daripada saudara Hafidz (magician), aktiviti untuk kanak-kanak dan juga pengumuman pemenang blog posting.

Kanak-kanak yang menyertai acara menari...ikut suka tempo...

antara pemenang saguhati dapat voucher Toy'Rus...antaranya biskut keras...
alamak...cam lupa lak nama blog die....tapi pemenang saguhati

sawanila yang unggul...last year keluarga ni menang grand prize....tahniah ya

amik gambar dari belakang..so tak sure saper nih...tapi pemenang saguhati...

sumijelly rasanya ni.....mintak ampun kalau tersilap...huhu...

dan ramai lagi..antaranya Huda dari kambing bujang...dan...lagi dan lagi..so jumlahnya 10 bloggers semuanya....
dan inilah pemenang grand prize....little mama akak kak Rose...tapi memang masa I baca posting Kak Rose mengenai event ini amatlah hebat..seperti telah dijangka oleh akalku ini...CLAP CLAP...
Bagi "PENGALAH" cam I..huhu still tak balik tangan kosong....semua yang menghadirinya mendapat goodies bag yang dipenuhi barang-barang diatas...paling penting dapat menghadiri satu acara yang terdiri daripada bloggers dan bukan itu sahaja dapat mengenali antara satu sama lain bahkan dapat menghabiskan masa bersama keluarga tercinta dengan aktiviti yang berfaedah dan meriangkan...Terima Kasih Nuffnang dan Friso Gold...muah muah...

Comments

Huye Huye....sudah kuar ka ini posting. I KIV lagi...tadi call Nuffnang dia kata akan umumkan nanti kat email atau web soh anta blog entry pasal Family Day Out nih!!!
Hermit said…
kambing bujang???? hahahahaha... ROFL
ezz...i buat jer dulu selagi ada masa....takut masa akan datang jadi terlalu sibuk huhu...

dedet-aderlah kambing bujang citt
Ada-lah Kambing Bujang.....tapi segan plak i nak tanya u ni Kambing ke?....Sungguh la tak senonohnyer....:-)
ariz azali said…
red mummy tu jenis pemarah eh?
pelik gak yea...
sebab saya pernah buka blog dia sekali, masa program alpha dulu,
nampak dia macam cool jer...
Hermit said…
This comment has been removed by the author.
Hermit said…
bukan pemarah...peramah... madam korang tu silap taip... hehehe
aah silaplah y aampun....kena betulkan balik ni..kan kontroversi lak...adoila
yatie said…
yang mana satukah awak... saya dok carik gak ..ingat tak datang...
ada yatie...I datang...tapi biasalah orang tak glamour nyorok belakang tiang jer...huhu

Popular Posts