Adehh Gigi Yana Yang Sudah Berlubang

I perasan sejak last two weeks Yana tak berapa nak makan...katanya nak diet. Peliklah jugak sebab badan die tu bukannya debab pun. Makan pun sikit jer. So last Monday, die tersasul cakap gigi die sakit kat belakang tak boleh nak kunyah makanan..hmm..hari ni I pontengkan sekolah agama Yana dan Anaqi sebab nak bawak jumpa dentist kat Klinik Gigi UIA. Nasib baik student cuti so tak perlulah beratur menunggu.
Sementara menunggu nama dipanggil, Anaqi dengan khusyuknya bermain PSP. I bawa gak die jumpa doktor untuk pemeriksaan gigi.

Yana pulak hepi bukan main. Duk main lari cam kanak-kanak ribena. Tak reti duk diam betul.

Doktor komen gigi Anaqi ok...tapi gigi Yana...aduhhhh

mengeluh Doktor tu tengok gigi Yana...banyak sangat karies...

dah bengkak gusi rupanya. Doktor kasi antibiotik untuk dimakan selama 5 hari, then next week kena cabut....hmmm..pengajarannya "Makanlah gula-gula selalu ya Yana"...

Comments

Popular Posts