Coloring Contest Alice in Wonderland at Mid Valley

Gambar kenangan berlatar-belakang Alice in Wonderland..bilalah nak gi tengok cerita ini ...nak guna 4 tix percuma Alice kena tunggu filem ni jadi list dalam * free movie, so lagi seminggu lah gamaknya kena tunggu..
Hari ini I cuti semata-mata nak bawa Anaqi, Yana dan Akid ke Mid Valley sebab ada event untuk coloring contest. I sebenarnya last minute register nama dieorang itupun dalam senarai antara peserta yang akhir.

sangatlah cantik dan menarik props Alice in Wonderland kat Centre Point Mid Valley. Paling suka tengok set meja makan..macam real jer makanan dan minuman kat situ...

sampai dalam kul 10.30pagi terus jer start mewarna..so Anaqi kategori 9 tahun ke atas, Yana dan Akid kategori 5 tahun ke atas..Semua peserta yang hadir memasing dengan meja dan set mewarna..wahhh memang membuat persiapan yang hebat..kebanyakan mereka ni memang ada talent dan dihantar kelas art oleh ibu-bapa masing2...klu tengok anak2 I bawa diri sehelai sepinggang dengan pensil color yang memang amik dari beg sekolah memasing..haha

Gambar diambil selepas habis mewarna...minum berdiri ya Anaqi..amboi..

lepas tu ingat nak gi tengok movie...punyalah ramai makhluk alam kat GSC Mid Valley siap beratur yang amat panjang...tak kuasa den ehh nak beratur...gi shopping jap kat Jusco..huhu beli seluar jeans untuk Yana, Anaqi dan shirt untuk Akid..2 dvd set cerita animasi jepun untuk Dedet...murah semuanya 70% off..abis dalam RM60++ jer..

keluar Mid Valley dalam kul 12.45tgh..terus ke Kota Damansara tolong amik hadiah member Cik Cicada..then kitaorang makan tengahari kat Restoran Sambal Hijau Sungai Penchala...Heaven sungguh lauk pauk tengah hari kat situ...

Bestkan isi goodie bags yang dapat hasil dari menyertai coloring contest..so boleh buat stok stationaries untuk next year...jimat belanja...

Comments

bestnyer goodie beg itewww....i loike...... (^o^)
huhu.. i pun tak tahu die nak kasi goodie bag..alih2 masa reg die kasi...sukaler

Popular Posts