Preview Jumbo Gajah Biru

Saya telah menerima undangan untuk menonton preview Jumbo Gajah Muda pada 4 Mac 2010, di GSC Mid Valley. Sampai dalam pukul 8.00 malam, collect tix dan pihak Astro ada menyediakan jamuan makan malam. So memang dah prepare perut untuk makan huhu..ada bihun goreng, fish fillet, roti jala, kuih-muih...n jus orange....best makan malam tuh!
Ni lah orang kuat Jumbo Gajah Biru yang berada di kaunter. I dapat 4 tix dan 4 goodies bags barangan Jumbo Gajah Biru. Masa kat kaunter ada seorang staff tanya my kids..."Nak jumpa Mila ke Akeem?"...Yana jawab "Nak jumpa Stacy"...Cam nak tergelak I...sah2 mana ada Stacy dalam movie ni...anak I bukan kenal sangat ngan Mila dan Akeem...:P

Jumbo Gajah Biru adalah animasi dari negara Thailand (Khan Kluay II). Di pasaran Malaysia suara latar menggunakan Mila (AF5) sebagai Luna dan Akeem (AF7) sebagai Jumbo. Cerita agak menarik dan lawak- pasal peperangan, cinta dan kasih-sayang keluarga.

Mila kat preview..."stunning" yang amat...cam over-dressed lak Mila malam tu.. Akeem sempoi jer...

Emcee untuk malam tu ialah D-Almasyur DJ dari Era.Fm...

My kids kat dalam panggung..ngan Mak Cah
(dedet tak dapat ikut sekali sebab dia pergi Temerloh ada meeting hari tu)

sebelum movie start..ada persembahan dari Mila dan Akeem..die orang nyanyi lagu tema filem Jumbo Gajah Biru

Ni lah goodies yang dapat..notebook JGB dan pen Astro
Secara peribadi cerita ini menarik..tapi yang jadi lawak bukan hanya pada skrip dan karakter..pemilihan Mila dan Akeem sebagai suara latar utama pun cam agak lawak..
Mila dan Akeem cam suara budak2...pegang peranan sepasang couple gajah yang berkahwin, bercinta n dapat anak...kalau kasi artis yang dewasa sikit ok kot...
tapi memang best kalau tengok kat movie...
Anaqi dan Yana bersungguh2 tengok movie ni..ada part die gelak sakan..ada part die orang menangis..betul2 menghayati...hahah..
kul 10.45 movie abis...terus balik...

Comments

ruha said…
semalam pun saya pergi jugak, citer ni memang best, rase macam tgk animasi omputeh
la...ya ke...:)...kalau tgk famili yang kelam kabut tu akak ler...huhu...best kan citer die...
Anonymous said…
bukan Khun Kuang, tp "Khan Kluay". ertinya "tangkai pisang" ;)
haha...ok...tu ler cam main tembak jer (agak2 bila dgr org Astro tu haha)...tq ya...:)

Popular Posts