Arwah Tok Yem Sentiasa Dalam Ingatan Semua

Pada pukul 11.30 pagi, hari Sabtu 19 jun 2010
Atuk saudara yang paling rapat di hati saya telah kembali ke ramatullah...
Saya tidak tahu kembalinya beliau sehinggalah pada pukul 3 petang saya mendapat informasi dari abah yang Tok Yem sudah tiada..
Tok Yem agak rapat dengan saya dan suami..
Malah beberapa nasihat daripada arwah menjadi pegangan saya sehingga kini..
Antaranya..
"Kalau mula bekerja jangan "give-up" terus nak berhenti, sekurangnya bagi masa 30 hari, kemudian 3 bulan dan akhirnya 3 tahun. Selepas 3 tahun baru decide nak tukar kerja atau stay. Masa tu pengalaman kerja dah ada"
Ni pula nasihat masa beliau dah jatuh sakit n tapi masa tu saya lihat beliau masih bersemangat..
"Memang dah tanggungjawab kita menjaga, membesar dan didik anak2 tetapi bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga kita. Maksudnya kita jangan lari tanggungjawab sebagai ibubapa tapi andaikata anak kita tidak menjaga kita bila dah tua jangan ungkit atau salahkan mereka"
Sebab tu sebelum beliau pergi, beliau sudah menyediakan tempat tinggal dan simpanan secukupnya untuk isterinya. Walaupun tidak dinafikan beliau mempunyai 3 cahayamata, menantu yang sangat baik dan penyayang. Arwah juga ada mewasiatkan agar tidak diadakan majlis tahlil.




* lokasi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara KL
Sebenarnya banyak lagi kenangan arwah Tok Yem bersama saya, suami dan keluarga..
Terlalu banyak hendak diluahkan...
"Moga Tok Yem ditempatkan dalam golongan orang yang beriman" amin
Al-Fatihah**

Comments

Ayu,

Bukit Kiara PJ kat mana? ada ye?...ke Bukit Kiara KL?...dekat Taman Tun tu....harap moga ditempatkan di kalangan orang yang beriman....
i igt die kawasan pj...kl ya...i igt nak buh taman tun...tapi kat taman tun pun ada, tapi perkuburan kecik...thanks ezz..will be edited...hehe..

amin...
mama zharfan said…
al-fatihah ..
4 hari jer beza dgn arwah my dad :(
suzz :( ... takpe walaupun ayah u dah tiada...tetapi die tetap di hati anak2nya selamanya
Ayu i suka kata kata itu "DIA TETAP DI HATI ANAK2NYA SELAMANYA" wah bole cilok untuk kata2 untuk future contest nanti...hee hee hee
Hermit said…
Arwah Tok Yem memang org yg baik & berilmu... suka menolong & have my highest respect... selalu pinjamkan buku2 (still ada balance belum pulangkan).. he was one of my great 'sifu's in life.. Abah guide me in hukum-hakam, BB in business-PR, Hj Jamal in technical work & arwah guide me in work attitude & ethics... semoga arwah dibangkitkan dalam golongan org2 yg beriman, amin..

Popular Posts