Sukan Tahunan SK TTDI (2) 2010

Saya memang tak de mood hari ini..
Hubby keluar out-station..
Saya kena bawa anak pergi sukan tahunan..kat Stadium di area Kelana Jaya
Pagi-pagi dah keluar, memandangkan surat jemputan kata acara bermula seawal 7.45am
Punyalah lama menunggu VIP...
Dalam pukul 9.40pagi baru acara sukan bermula..
Memang hanginlah, walaupun VIP kenalah menepati masa..
dah cam tunggul batu stadium jer I kat situ... 2 budak kecik ni awal2 dah request tak nak pergi sekolah..
semangat nak tengok sukan sekolah abang dan kakak depa..
angkut sekali...
inilah rupa ibu-bapa yang sabar menanti acara sukan bermula..
si Afiq dan Akid pulak sibuk main lompat kijanglah, lompat jauhlah, lompat pagarlah dan segala sukaneka kat stadium tu ya...tak kuasa nak marah dan bebel...
so end-up bila jumpa I muka dah cam ni...
duk main tepi dinding...ni bukan bedak..ni kesan cat kering..
sebab dah tak kuasa...nak berangin...
suka hati korang lah nak buatlah stadium cam umah sendiri ya memasing..
Anaqi masuk persembahan kawat..
Yana terpilih untuk lari pecut 50 meter Tahun Satu wakil rumah Merah...
disebabkan Yana dapat nombor 3 dalam acara itu..
I pun dengan rela hati sabar menunggu sehingga acara habis..ahaks
Sebenarnya kalau ikut sejarah I dulu..
I memang selalu masuk acara balapan terutama 100m dan 4x100m
tapi setakat peringkat sekolah, peringkat daerah tak pernah lepaspun..
Paling I nak gelak semalam masa acara 4x100m, lumba dengan sekolah jemputan..
Antara sekolah yang dijemput SKTTDI (1), Sekolah Bandaraya dan Sekolah Kg Penchala..
Paling bergaya Sekolah Bandaraya..wahh memang tengok cara praktis kat tepi padang dengan jersey takde lengan, seluar ketat pendek..hoho cam atlet Sekolah Bukit Jalil...SK TTDI(1) spike sponsor, cantik beb dan Sekolah Kampung Penchala-reserved jer, bertudung elok, ada satu pelari tu I tengok seluar die siap koyak kat lutut...hmmm keputusan nya...
SK Kampung Penchala (laki dan perempuan)- lari laju meninggalkan punyalah jauh bermeter2..tu ler orang bandar menang bergaya...tapi untuk 4x100 lelaki SKTDDI(2) menang, sengit tu ngan penchala...moral of the story...biar kalah dalam bergaya..ahaks
Ada gambar I amik semalam, tapi guna handphone takde lawa mana...
2 medal Yana (Acara larian dan sukaneka), 1 Anaqi (tarik tali)

Bersukan adalah bagus terutama dalam membentuk keperibadian positif dalam diri anak-anak..I tak pernah force anak2 untuk bersukan tapi I sangat menggalakkan mereka bersukan..
Selagi mereka happy dan cuba yang terbaik buat diri (work smart, play hard)

Majulah Sukan Untuk Negara!!

Comments

Irenelim said…
Wah, dapat banyak pingat! :)
mama zharfan said…
bagus kalau instil semangat bersukan ni sejak dari kecik ;)
suzz...membentuk atlet peringkat famili ajer
sya pun nak anak saya rajin bersukan walau saya ne dulu mmg tak bersukan hehe
mama amana dan arieff..boleh..mak tak bersukan takpe...anak2 zmn sekarang memang biasanya diberi pendedahan bersukan dari mula...maknya boleh tumpang hepi bila dapat piala (macam saya hoho)

Popular Posts