Penyampaian Hadiah Pertandingan SMS 1Malaysia

Saya di sini hari Sabtu...di Menara KL...secara sendiri...
Walaupun cuaca agak panas dengan keadaan diri yang perlu menghadirkan diri ke kursus namun disebabkan saya telah berjanji dengan menyatakan persetujuan untuk ke Menara KL pada hari tersebut maka saya gagahi jua. (poyo jer ayat)

Saya ke Menara Kl kerana majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan SMS 1Malaysia..
Kalau tidak silap saya menghantar 2 sms untuk menyertai peraduan ini..
Memandangkan saya paling tidak gemar menyertai mana-mana peraduan yang mengunakan sms sebagai medium. Dan seingatnya saya telah menyertai 2 hari sebelum tarikh akhir tutup peraduan tersebut. Ni menangpun hanya kerana bernasib baik ajer.. Lebih 3 ribu yang menyertai, 400 disenarai pendek dan akhirnya 8 orang terpilih..
Kriteria pemilihan berdasarkan bahasa, unik, maksud jelas dan tatabahasa yang lengkap.
Saya antara pemenang saguhati...
Walaupun dalam hati ini sering mengidamkan hadiah blackberry tapi tak dapat...

ipod shuffle 4G...oklah..
ni kali ketiga saya dapat ipod shuffle...
so kali ketiga ipod akan dihadiahkan kepada Akid since dia anak no.3...
plus abang dan kakak dia dah ada sorang satu...huhu

Comments

mama zharfan said…
congrats ayu!! u memang superb!!! i tak pernah pun menang gadjet2 mcm ni :P
mng tapi anak yang guna...i bukan suka sangat dengar walkman ke, ipod ke...suka dengar terus dari cerombong radio :)