Selamat menyambut Ramadhan Al- Mubarak 1431H!

Hari pertama puasa saya sudah demam...rasa tak larat sangat tapi gagahi jua..
Anaqi dan Yana sudah berpuasa penuh sejak berusia 5 tahun lagi. Cuma Anaqi semasa 5 tahun dia ada tertinggal berberapa hari...
Dan hari ini Anaqi, Yana dan Akid bangun untuk bersahur.
Namun melihatkan Yana dan Akid yang demam kesian pula nak suruh mereka berpuasa...
Tetapi semangat nak berpuasa tetap ada dalam diri mereka so saya biarkan..
Cuma sekiranya mereka tidak larat,mereka perlu ambil ubat maka berbukalah bila2 sebelum waktunya..

Sedikit ingin dikongsi mengenai beberapa fakta menarik dari KOSMO sempena hari pertama berpuasa...
1. Harga juadah hidangan berbuka dijangka meningkat memandangkan harga minyak naik.
2. Setakat hari ini hanya 50 hotel yang mendapat sijil halal dari Jakim.
3. Tiket bas dan keretapi sempena musim raya belum dijual lagi.
4. Jabatan Meteorologi meramalkan cuaca lembap sepanjang bulan ramadhan di Malaysia (iya ke cam panas jer ahaks)

p/s: kepala berpusing..memang nak cari bantal nak tidur...adehhh

Comments

mama zharfan said…
moga cepat sembuh yer ayu. selamat berpuasa dan berbuka :)
ruha said…
selamat berpuasa kak ayu
suzz- terima kasih suzz..i kena demam viral...huhu

ruha- selamat berpuasa Ruha!
PutraRocker said…
salam 2 ramadhan..waka waka
putrarocker...salam ramadhan waka waka 2