Kedai Ais Krim Special di Bentong

Dalam perjalanan balik ke KL, singgah Bentong pekena ais krim terbaek dari Pekan Bentong yang sememangnya famous dikalangan penduduk tempatan di situ..
4 dari 5 beradik di depan kedai ais krim...dengan keadaan cuaca yang panas terik memang best dapat makan ais krim :)

ada lebih 8 perisa ais krim dan ada 4 jenis ais krim yang dijual...harga sangatlah berpatutan..

ramai gak yang duk makan kat situ..dekorasi dalam kedai memang menggambarkan kedai lama yang diwarisi...gambar mural ais krim pun simple ajer..

Anaqi dan Yana duk tekun tengok ais krim mereka disediakan..

kitaorang try semua jenis ais krim yang ditwarkan...tapi rasanya paling best ais krim mocktail..banyak buah-buahan campur

piknik anak beranak di bawah pokok...dengan angin sepoi-sepoi bahasa melayu...

sampailah cuaca bertukar nak hujan lebat....makan2 cepat..masuk kereta terus pecut balik KL..ais krim tu best sebab teksturnya memang lembut..buatan tuan punya kedai sendiri so memang lain dari lain..walaupun tak sehebat Baskin Robbins ataupun Haagen Dasz..tapi ais krim special dari Bentong memang terbaek dari ladang!

Comments

mama zharfan said…
nak kena try ni..nampak sgt best!!
suzz- sedap suzz homemade aiskrimni...

Popular Posts