Moody...Monday Blues

Hari Isnin semalam saya dan encik hubby EL gara-gara Amani tidak berapa sihat. Amani cirit-birit sejak Ahad dan saya tidak tahu apa punca. Mungkinkah saya salah makan takpun saya merasakan (tuduhan liar heheh) adik beradiknya sangatlah rajin bagi Amani menghisap benda bergetah seperti puting dan macam2 lagi dan confirm kekadang tak dibersihkan terlebih dahulu walaupun saya bagi warning berkali2. Al-maklumlah Amani sudah gatal gusi dan salah satu aktviti yang paling digemarinya ialah menghisap. Saya telah membawa Amani berjumpa dengan Paed di PPUM dan yang peliknya apabila berada di hospital Amani tidak menunjukkan langsung tanda2 beliau sedang sakit. Mood happy nak rak, tak berak langsung walaupun berada di hospital selama 3 jam, tersengih-sengih tapi bila berada didalam rumah asyik menangis dan membuang air besar beberapa kali (semalam sahaja dah 15 kali), nak berpeluk sambil bergolek2 atas katis, nak tidur bersama kalau saya bangun ketika dia tidor maka secara automatik dia akan tersedar. Dan yang pelik bin ajaib bila kami bawa Amani keluar berjalan dia akan jadi sihat sejahtera~ macamana tu...huhu (rumahku ada viruskah?)


Saya sedang gigih menyiapkan nota2 untuk kelas yang sudah bermula minggu ini. Selain dari soalan mid term yang sepatutnya kena hantar untuk "moderating" minggu ini. Semuanya tak siap lagi huhu. Gara-gara minggu lepas hidup saya pernuh kursus dan anak saya lak ada exam..Dan menambah mood sedey saya untuk hari Isnin~Yana result dia semuanya ok, 90% peratus kecuali subjek english dia B. Anaqi lak semua subjek dapat A walaupun kebanyakannya 80% kecuali BM pemahaman dapat B. Rasa sedey sebab saya sangat bersungguh suruh anak saya belajar tapi saya langsung tak check apa yang dia belajar. Anak saya akan tanya bila dia tak paham. So ada konflik kat situ. Agaknya diaorang belajar ajer dan mengandaikan apa yang dimentelaah semuanya paham..:( Saya lak terover sedey sampai hubby saya duk sound..Cik Ayu oii your daughter and son...baru standard 3 and 1 ...don't push them so hard..so cam nak kena lempang muka ni..Saya sendiri tak duk dan monitor apa yang diaorang belajar so cam rasa BAD MOTHER ajer huhu...
dan semalam Akid warnakan rambutnya dengan water color merah. Habis bilik air dan baju tidonya dan juga leteran Dedetnya yang memecah kesunyian malam..Hahaha
Saper suruh anak ramai...ha jawab hahahahahahah

Comments

Mama Zharfan said…
me anak 2 pun ada gak kerenah...u lagi lah...kena kuat semangat utk jd better moms :)
anak ramai murah rezeki, anak sorang kurang sikit budgetnya tapi nanti2 sunyi :-(....huhuhu
suzz- tu lah dugaan semua tu nak membesar dgn mcm2 ragam

ezz- takpe ezz...dania tupun dan menceriakan :) insyaallah ada rezeki ada...no worries
Anonymous said…
amani tu sukaaaaaaaaaaa duduk luar rumah! dia tak suka dlm rumah!
pelik bin ajaib!!

ni mesti awak ligat kluar rumah ms pregnant dulu

-mak sha
hahahah....

kaki jalan nak buat camne...
tak yah sediakan bilik lps ni ..belikan khemah sorang satu huhu
Hermit said…
hangin betul malam tadi.. ntah apa akid buat sorang2 dlm bilik tengah, tetiba masuk bilik tidur terus sembam muka meniarap tido, abis satu kapla penuh cat merah, baju tido toksah citer la... terus mandikan & syampu rambut, nasib baik kaler turun.. ni idea dari mana nih? uih.. still hangin lagi..
rafiqaheliza said…
salam..bloghop dari Amira (Ibu Emir)'s blog..
Nama kita samakan?:)

Alhamdulillah, ramai anaknye...tapi betullah kecoh, saya yg 3 pun dah tak menang tgn..apa lagi pulak 5!
Mama Zharfan said…
ayu, nak jwb komen u
digital weighing scale tu i beli harga 10 pound :)
kat msia pun--i pernah belikan utk adik i :) tp dh lupa plak berapa harga, dulu2 dlm rm50 kot kalau tak silap
salam kenal rafiqaheliza, nama kita seakan2lah.. :)

suzz- thanks ya for the info

Popular Posts