Dusun D-Paradise~Destinasi Ronda-Ronda Satu Keluarga

Hari Ahad 21 Nov 2010 pukul 3 petang, Encik Hubby dan anak2, Mak, Mak Sha dan Mak Biq ke Dusun D-Paradise yang letaknya di Alor Gajah, Melaka Maju(jarak dari A FAmosa 15 minit ajer). Kebetulan Mak Biq ada dapat 4 tix free untuk dewasa (lucky draw) dan alang2 saya ada program di A FAmosa, D-Paradise adalah pilihan terbaik untuk berjalan-jalan sambil menghabiskan masa.
Pintu masuk utama D-Paradise..Besornya la itu Nenas...dah rasa cam kat Pontian Johor ajer :)
kawasan ini 90% adalah dusun. Kalau musim buah-buahan kita boleh petik dan makan kat situ. Tapi silap time datang bukan musim buah, so dapat cuci mata tengok buah yang baru nak membesar. Ada juga kawasan khas haiwan yang dipelihara disini~antaranya buaya, ostrich dan lain-lain... untuk dusun yang keluasannya 60 ekar (betul ke?) memang jenuh jugaklah berjalan.. tertulis kat situ memerlukan 3 jam utk lawat keseluruhan dusun.. juga disediakan tempat penginapan kat situ..wohooo...cam banyak nyamuk jer nak tidur kat dusun.
masuk dusun...dedet amik apa tuh?...hoho gagah ke nak mengangkatnya hehehe
ostrich...jinak tapi apasal diaorang tak naik ostrich tu..kalau tak mesti gempaknya..
antara kawasan tanaman, bak kata pepatah "Hidup segan mati tak mahu"...mungkin juga keadaan cuaca yang panas terik menampakkan kawasan itu kelihatan kusam dan gersang :p
antara yang menarik di sini ..
bila kawasan dah luas macam ni...my kids mmg takleh controlnya..berlarilah mereka ke sana sini..adoilah

taman...dan sang buaya size s
teratai layu di tasik hempedu...
tempat ni boleh tahan menarik cuma kalau pergi waktu musim buah lagilah meriahkan..bayangkanlah kalau jejalan nampak buah rambutan..petik terus makan...lalu nampak durian, kopek terus makan...kenyang jer duk hidup kat dalam dusun tu..
tiket masuk kalau tak silap dewasa: RM49, kanak-kanak:RM29.
keterangan lanjiut klik PARADISE!

Comments

Mama Zharfan said…
kalau musim buah pic pun lawa sbb warna warni kaler rambutan masak etc :)
suzz- tu lah kan...hehehe...ni cam musim kemarau

Popular Posts