Program Splash, Aku Sungguh Malu..

Ngeh ngeh nilah padahnya bila sesuka hati mendaftarkan nama untuk menyertai games yang berbentuk cabaran. Konon adventures person type lah...adeh..malu bengong tahap tapir punya pemikiran dah ni...duk terfikir bila dah ditayangkan di TV esok lusa, tahun depan dan seterusnya mesti pecah muka..kehkeh..ni baru intro (luahan perasaan)
act..huhu saya mengada2 nak masuk cabaran yang dianjurkan oleh pihak A Famosa..pada mulanya serius tak tahu bentuk cabaran yang bakal dilalui..rupa-rupanya Rancangan Splash ni ala2 game show Ninja warrior, Istana Takeshi, Wipe Out...tapi Splash anjuran A Famosa taraf budget murah ..heheh...cabaran dia kalau orang yang lasak cam makan kacang pagoda...tapi kalau untuk saya, adehhh....
Pengacara untuk program ini ada Naz, Sangheta dan Cindy..(rasanya yang pompuan ni semua dari RTM, tapi tak sure juga). Setiap siri ada 3 pasukan yang mana setiap pasukan ada 3 orang..Pasukan merah (me punya), biru dan kuning..Lepas tu kena buat lagu2 promo kumpulan.."Merah Hebat".."Merah Memang Hebatlah"...ntah apa2..**Afiq kalau tengok mak die buat lawak promo mesti dia gelak tergolek2..adoiyai
ni antara sedutan halangan yang ada dalam Rancangan Splash!
setiap peserta dibenarkan mencuba 3 kali...jika 3 kali jatuh kira "out" lah dan markah diberikan pada tempat yang terakhir jatuh. Makin dekat dengan tempat penamat lagi tinggi markah (max 7 markah)..kes saya halangan pertama tu jer...2 kali jalan 2 kali jatuh..hampeh..kali ketiga saya merangkak...serius buruk gila..hahahah...tapi dek sebabkan saya kesian 2 lagi team saya yang berjaya menyudahi semua cabaran dengan cemerlang..saya gagahi jua...(tapi memang lepas buat tu duk pikiq bakpelah saya buat kerja merangkak tu sah2 kena rakam dan masuk tv)
so cabaran ni ada pemenang individu (yang dapat buat semua cabaran dengan pantas) dan juga kumpulan...dan saya penyebab kumpulan saya kalah walaubagaimanapun salah seorang team saya dapat hadiah untuk pemenang individu...
1. Productian team yang diupah memang bagus, cekap sebab mereka ni berpengalaman. Cuma saya ada terasa terkilan dengan pengurusan a famosa (penerbit)....hmmm cam takde sistem, kelam kabut, tak sediakan kebajikan kepada para peserta (air ke, kuih-muih), postponed waktu shooting tak beritahu awal(asalnya kul 12.30 bila sampai baru cakap kul 2.00~dah penat menunggu) mungkin gak budget kecik :(
2. Heran betul kena pakai seluar hawai bunga2 ni...dah cam badut sarkas saya..berseluar panjang, bertudung, baju lengan panjang alih pakai seluar pendek kat luar (ni superman generasi baru ke apa tak tahuler)
3. Masa team no. 2 saya melaksanakan cabaran tiba ketika dia berpaut didinding kayu itu..dashhh pecah u...nampak sangat buat dengan papan nipis..sangatlah bahaya. Jatuh dalam air peserta tu dengan kayu tu sekali..sakit woooo...gara2 insiden itu shooting tu tangguh 1 jam...mood saya hilang terus tu yang punca kekalahan yang disebabkan oleh saya sebenarnya....hahaha (alasan: sah2 diri tu tak terror+penakut+gayat etc)..
apapun pengalaman baru buat diri..(berdoa agar rancangan ni tiba2 tak diluluskan lembaga penapis filem/tv saper2 sajalah kehkeh~sebab saya malu)

Comments

Wansteddy Tales said…
k.ayu buat wan gelak panjang je hahaa... kalau k.ayu dah tau bila waktu siaran tu maklumkan la kat wan. boleh tgk aksi lasak k.ayu pulak :)
Mama Zharfan said…
me baca pun sambil gelak terkekeh ni..hehehe

mesti fun!!
wan- rasanya dia akan kuar kat RTM 2 awal thn depan..ala serisu malu...heheheh

suzz- u tak smpt tgk hehehe...sebabnya rasanya awl tagun tayangannya..tapi klu ada ulangan aderlah..tu la...seminggu dah ..tapi perasaan malu masih menebal dlm jiwa me lagi ni heheheayuar
shaffique said…
best gila la game ni. macam rancangan wipeout tu. ;)


My latest entry : Tension ? Marah ? Tumbuklah Panda Ini
shaffique-...best..ada cabaran gak arrr heheh

Popular Posts