Saya Trauma Angkara Benda Asing di Telinga Akid

Kul 2.30 petang saya bergegas membawa Akid ke Dataran Trauma, Bahagian Paedetrik Kecemasan Untuk Kanak-kanak. Ini adalah kerana dalam telinga Akid ada cebisan bunga plastik yang dimasukkan sendiri olehnya. Okeh, ini dinamakan takde penyakit cari gak penyakit. Sebelum ke Dataran Trauma PPUM saya telah merujuk Akid di klinik kat opis saya. Hampehler saya tengok makin dalam objek tu kat dalam telinga aderlah selain dari Akid meraung sakit angkara Dr. yang syok mengorek telinga tanpa perasaan sensitif. Terus eh Dr kata "anak awak ni kena bius ni, dalam ni objek kat dalam telinga dia". Act Akid takdelah sakit walaupun objek tu ada dalam telinganya tapi cara Dr. tu buat menyebabkan dia sakit. Adeh. Shian gak..hmm Memang Akid tak sakit, sikitpun tak. Tapi hati ibukan mana boleh lihat perkara pelik berlaku kat anak die. Sampai kat Bahagian pendaftaran kecemasan, nurse tu pun reviewlah keadaan Akid. Takde demam, tak sakit semuanya OK. So diapun suruh saya datang esok ke Klinik ENT sebab klinik ni tutup kul 11 pagi. Aiks. Walaupun PPUM kalau jalan kaki dari rumah saya tak sampai 1 jam tapi saya datang ngan teksi (ni kes malas nak cari parking kat PPUM yang agak sukar nak dapat tempat dan mahal). Saya pun balas balik kat nurse di kaunter tu "Dik akak ni tengah TRAUMA ada benda asing kat telinga anak dah lah makin dalam, kalau jumpa Dr Paed kat sini dulu taklehke". Dalam hati saya kalau datang sini then kena datang balik tanpa apa2 cam sia2 jer~dahler saya cancel kelas 2 jam, masa, duit tambang teksi RM5 (hoho berkira ni), tak lunch lagi...dan banyak lagilah. Last dapat gak jumpa Paed kat situ yang kelakornya dalam kalut saya tak bawa langsung pengenalan Akid kecuali surat GL dari Klinik UIA. Nasib baik Akid lahir kat PPUM so ada rekod bagi membuktikan Akid ni sememangnya warganegara Malaysia. Siut betul huhu.
Masa sampai kat tempat tunggu untuk dapatkan rawatan adalah 7 pesakit kanak-kanak. Yang sakit ala-ala Akid ~budak 2 tahun (dari Semenyih) kesnya dia masukkan batang mancis dalam telinga dan sorang lagi lak masukkan guli kat lubang hidung. Shian tengok budak yang ada guli dalam lubang hidung, hidung jadi kembang dan merah lepas tu kena operate lak asap. Kebanyakan pesakit kanak-kanak kat situ kena demam dan sawan. Tapi serius tak rasapun Dataran Trauma tempat kecemasan, nurse ngan dr kat sini sangatlah cooooool..eheh..ada satu kejadian yang mana budak kena sawan mak die terlompat2 dah "Dr2 anak saya kena sawan"..panik..saya kat situ pun panik gak...ada sorang Paed kat situ boleh dengan lemai gemalai siap cakap "Ok...jap ehh" . Duk sengih-sengih :) Ni belum lagi dikira situasi kat situ pesakit 7 orang jer tapi tunggu untuk rawatan kat 1 jam lebih..Aiseh. Tapi saya Ok jer. Saya kan penyabor janji dapat rawatan yang terbaik untuk anak.
Akid cam biasalah gi mana-manapun dia buat tempat tu cam rumah dia. Main sana main sini tu belum kira dia buat terjunan kerusi ke kerusi. Ada gak saya lak kena High Blood Pressure kat situ.

Akhirnya Paed refer kami kat Dr ENT yang sedang bertugas di wad (al-maklum klinik ENT udah tutup). Berjalan beberapa meter saya, Akid, ibu+anak yang masuk mancis dalam telinga diiringi seorang nurse yang sangat dedikasi. Sampai kat wad, specialist ENT dah sedia menunggu. First masa nak try buat keluar Akid cam takut sangat so dia banyak gerak plus nangis tak tahu sebab. Then datang seorang Dr ENT lain dia duk psycho Akid layan borak sambil pakar tu buat kerja membuang..Dr tu tanya kat Akid "Kenapa Adik masuk barang ni dalam telinga?" Mula2 Akid senyap, lepas tu dia jawab perlahan (takut saya dengar kot hoho) "Nak tahu muat ke tak kalau masukkan dalam telinga"..Hampeh betoi...Habis jer penyataan Akid tu...jeng2 dah keluar pun bendanya..Dah namanya pakar memang expert ler keluarkan objek apatah lagi peralatan dia banyak..
ni lah bendanya...warna hijau butir dari pokok bunga plastik..
nilah pokok bunga die

******
****
***
**
*
*
*

Pokok perhiasan kat atas meja kat ruang tamu

Since telinga Akid banyak "tahi" (ceh) so Dr suh amik ubat dan datang balik next week (pemeriksaan sekali lagi). Ni lah ubat untuk melembutkan "tahi" telinga...Biar betik' Akid..keh keh...
Nak kena jumpa Dr lagi sebab banyak "tahi" telinga...Adeh penat maknya ehh

Comments

@e_da said…
cerdik jawapan akid.. budak tengah membesar dia byk explore tp tak sangka jd menyakitkan dia.. ehhe sian mama dia..
e_da : tgh membesar banyak tul cabaran nak membesarkan anak2...kena byk bersabar :)
Mama Zharfan said…
me baca pun jd nerveous heheh bahay betul
tp cute plak jwpn tu hehhe
nina said…
saya wkt kecik2 lagi nakal madam.. masukkan tisu dalam hidung..
sampai bengkak hidung.. hahahah
suzz- i panik suzz, maknya yg terlebih risau anak die rileks n steady jer

nina- keh keh sampai besarpun nakal ni... :)
Hermit said…
rasa nak seligi je si Akid tu kaw2.. apa punya jawapan, hangin tol.. buat org risau..
Jurainy Yusdy said…
kak, brp kos jumpa ENT tu?

Popular Posts