StreetSmart exhibition, Mickey Mouse Clubhouse: Road Rally

Wokeh! Saya dan anak-anak dapat invitation event diatas pada hari Sabtu 13 Nov 2010 pukul 2.00 petang dekat Petrosains KLCC

Perancangannya Dedet dan Amani ikut serta sekali tetapi last minute Dedet kena siapkan 3 tender di hujung minggu + Amani yang tak berapa sihat (so saya tinggalkan Amani bersama Mak~ bukan main best Amani dapat urut dan layanan esklusif khas dari nenda terchenta :p)
So cam biasa 4 orang anak meronggeng dengan maknya yang gigih di KLCC yang betapa ramai umatnya pada hari Sabtu huhu

Wahhh ada sesi bercerita dari pihak Playhouse Disney...Banyak ilmu dan info ringkas yang mudah difahami oleh kanak-kanak. Ianya lebih seronok apabila diceritakan dalam kisah Mickey Mouse dan rakan-rakan. Ini kerana semua karektor tersebut sememangnya dikenali oleh kanak-kanak...Contohnya bila Mickey nak lintas jalan...ada 4 cara STOP, LISTEN, LOOK LEFT and LOOK RIGHT...ehhh jap betul ke ( maknye dah lupa hoho)...lepas tu anak2 I duklah praktis tepuk 123..12..123...kat dalam kereta, kat rumah, lepas mandi dan sebelum tidur...ni ilmu dari sudut disini ya..bukan main happy adik-beradik iteww...

Rasanya nama pencerita ni Kak Mimi (sudah tak hengat)..wakil dari Petrosains...buckle...buckle your seat belt, wear helmet...macam2 lagi...kalau sebelum ni Akid dok pikir helmet basikal dipakai untuk bergaya seperti pelumba basikal sekarag tak lagi coz dia dah tahu fungsi..cuma Akid ada cakap ngan saya "Siapa suruh bear tu turun laju2 tak tekan break kan dah jatuh". Ni kesan tengok demo yang ditunjukkan bila tak pakai helmet kalau jatuh teruk jadinya..keh keh...
betul gak kan?
macam biasa bagi merancakkan lagi event ada diadakan kuiz. Cam Anaqi dan Yana memang suka dapat souvenir macam ni~ apa lagi bersungguh2lah angkat tangan nak jawab soalan..Afiq sangat low profile manakala Akid pemerhati tetap dalam acara menjawab kuiz (kes tak tahu jawapan maknya duk jauh huhu)

antara blogger dan anak masing2 yang hadir..saya jumpa ramai Hot Mama disana..Antaranya Yati + famili ~sgt comel Rayyan(Sawanila.com), Sumijelly, Amira +Emir +hubby, Azzamoro, Jona + famili, babyibu + Ammar +ayah, Ros dari Mombloggers, paling hot auntie ezna dan Dania (serius lupa langsung hadiah besday Dania sila buat tuntutan dari auntie selewat2nya akhir tahun hahaha p/s ezz I malam tadi pegi beli :p ) dan ramai lagi....

tidak ketinggalan di Streetmart Exhibition ada macam-macam permainan interaktif yang mampu meningkatkan pemahaman kanak-kanak mengenai kesedaran dalam menggunakan jalan raya.

banyak sangat! cuma saya ambil 2 gambar ini sahaja...
di booth aktiviti ini anak saya paling suka main~ lempar dadu lepas tu ikut arahan di papan.

konon2nya lepas habis acara di situ nak masuk kejap Petrosains since saya dapat voucher beli tix dewasa percuma tix kanak2...tapi tiket nak masuk Petrosains habis lah pulak...cam hampa jugaklah anak2 saya...so next time ya beb!

cam biasa goodies...dari goodie beg + hadiah jawab soalan kat pentas...anak ramai tu yang nampak cam banyak heheh
Amani yang sangat kaypoh dan teruja tengok barang mickey mouse :)

sebelum balik rumah singgah kedai mamak pekena roti canai dan teh tarik. Lapo lah pulok huhu..Apapun anak-anak saya gumbira bukan sahaja dapat beraktiviti bahkan mampu meningkatkan pemahaman mereka tentang aspek keselamatan di jalan raya.

"We have a great Meeska Mooska experience "
Thanks to Sophia for inviting us :)

Comments

mama tisya said…
ingt nk p gk tp clash ngan event busday my dada..kalo tk leh jmpe kn...nk2 plak ada Meeska Mooska sure tisya suka...hehehe
Mama Zharfan said…
wah, event ni nampak sgt fun + educational :) and goodies pun best :) i like!
wah bestnye..u selalu dapat invitation event kan??
Masa i daftar, i nampak nama u. i cakap dania...dania...aunty friso datang la. hehehe :-)
Sumijelly said…
hallu.....tak sempat nak chit chat hari tu...
anak bongsu sudah memasak kek..harus cr kedai kek berhampiran.....hahaha

next time kita bergmbr yek...

Sumijelly.com
mama tisya- oo ya ke takpe next time kita jumpa...

suzz- o yess za

baby (mama amana n arieff) - ada gak sekali dpt invites :)

ezz- hrp auntie friso dapat jumpa dania lagi kehkeh

sumi- tu less....ramai gak blogger yg menghilang lps tu heheheh...oo buat kek tak dapet nak nolong :)
Anonymous said…
Hmm it lοοκs likе yοuг site ate my
first comment (it was ѕuper long) ѕo I
guess I'll just sum it up what I had written and say, I'm thorοughly еnjoying your blοg.
I too am аn aspiгing blog wгiter but I'm still new to the whole thing. Do you have any tips for first-time blog writers? I'ԁ rеаlly
aρpreciate it.

Аlso ѵіѕіt my web blog .
.. fast way to lose belly fat
Anonymous said…
My partner and I abѕοlutely love your blog аnԁ finԁ аlmost all
of youг post's to be just what I'm lοoking for.
Would you offеr guest writers to write content for
yourself? ӏ wouldn't mind writing a post or elaborating on a number of the subjects you write concerning here. Again, awesome web log!

Here is my web-site - Easiest Way To Lose Belly Fat

Popular Posts