Anaqi Selamat Berkhatan

Jeng Jeng Jeng... Projek 9 Tahun Kedewasaan (actually lagi 11 hari baru genap umur 9 tahun Anaqi)...
Saya, Dedet dan Abe Anaqi disini pagi Isnin 13hb Disember 2010..
Di Poliklinik PUSRAWI SMC Seksyen 14 PJ...
Kerana Anaqi nak berkhatan a.k.a bersunat... ngehngeh :)
Muka control macho jer sebelum disunatkan.
Jom-jom skodeng peralatan apa yang akan digunakan, siap ada set lengkap 'Smart Klamp' lagi.
Uishhh ada gunting pelbagai saiz huhu. Pakej untuk smart klamp kat sini ialah RM180.
Anaqi bersama Dr Hisham

Siyes Anaqi memang semangat sekali nak bersunat. Dia yang sememangnya bersungguh request nak bersunat tahun ni siap minta nak guna "Smart Klamp" lagi. Jangan tak tahu Anaqi dah google dan tengok youtube camne rupa "Smart Klamp" iteww. Saya lak yang cuak apapun saya kenakan syarat pada Anaqi kalau nak bersunat; iaitu mesti "Tahu malu". Dalam seminggu ni memang saya perasan bila Anaqi mandi dia akan terus pakai baju kat dalam bilik air. Ngeh ngeh..

Tapi yang lawaknya bila dah time nak bersunat punyalah gabra semacam. Mula2 Anaqi cam bengang apesal ada nurse pompuan kat bilik nak bersunat. Kemudian 1001 soalan dia lemparkan kat Dr. Contohnya "Sakitke bersunat?", "Guna pisauke?", "Kena jahitke?" dan macam2 lagi. Tapi Dr. Hisham memang terbaek la. Dr ni siap psycho Anaqi, mula2 dia suruh baca doa. Segala ayat keluar; bacaan Al-fatihah, 4 Qul dan tak boleh tahan Doa Makan pun Anaqi bantai baca... baca kuat pulak tu. Nurse kat situ pakat gelak slow2 kat Anaqi... kehkeh... Lepas tu Dr. Hisham suruh Anaqi kira sampai 60, sampai kiraan 45 siap dah proses "Klamp" iteww... hohoho
Ni la Abe Anaqi Lampard berkain pelikat jalan terkotek-kotek... :p
Masuk kereta terus baring rehat, Mummy n Dedet kena gi SKTTDI (2) nak pergi beli buku sekolah. Merondalah Anaqi bersama kain pelikat lalalala..
Lepas beli buku singgah rumah Mak tanam kulit yang dipotong dari proses "Klamp" tadi. Selamat sudah proses berkhatan untuk Abe Anaqi.. :)
p/s: Pagi2 Akid duk sibuk nak bersunat gak. Bersungguh-sungguh dia dengan alasan; NAK CUTI SEMINGGU huhuhu. Tapi dia kecik lagi, so saya rasa cam nak tunggu dia besar sikit la.

Comments

alahai anaqi...x sama taww macam sakit bersalin...ouchhh lagi sakit dari bersunat....
ezz- kan kan ezz....sikit jer tu huhu
Wansteddy Tales said…
remaja sudah en.anaqi :)
wan- remaja tapi tak leh kahwin belum akil baligh keh keh
Hermit said…
tensen tol la tgk Anaqi tido 1,2 ari ni.. ganas semacam, x macam org baru bersunat.. sampai meniarap lagi, ntah tak sakit ke haper... lambat sembuh baru padan muka.. aii...
Wansteddy Tales said…
hahahha... yg penting nk masuk fasa itu dah dua tiga tahun nnt :)
Assalam, tumpang tanya...kaedah smart klamp nie dikatakan sukar semasa menanggalkan klamp tu selepas hari ke-7, betul ke?
kesukaran disebabkan klamp tidak tanggal sendiri @ klam melekat pada kulit anu. pohon nasihat bagi mengatasi klamp melekat dengan kulit anu yang menyukarkan klamp dikeluarkan.
terima kasih atas perhatian.