Corat-coret di Pulau Pangkor - Part 2

Gambar ketua rombongan cik kiah dan anak2 pusing pulau~kak Rose the Diva
Pehhh...pusing-pusing pulau dengan bot hari kedua.. Saya dan sebahagian geng2 "trekking shopping" (kes kena tinggal dengan team jungle trekking so kitaorang pakat2 gi sewa teksi n then shopping sampai pokai kat pekan Pangkor). Lepas tu kitaorang pakat nak pusing pulau dengan bot yang agak laju..satu bot dikenakan caj RM150, naik ramai then share2 le bayaq...(plus minus RM15 sekepala, anak FOC)
Hulubelalang Pulau.. hahahha... nasib baik saya dan rombongan Cik Kiah bersama anak2 pusing pulau tak naik bot ni... sebab terlalu padat nampak begitu berat... hahaha....ramai sangat hulubelalang gagah perkasa didalam bot itewww....kahkah (gelak jahat)
Bersama rombongan Cik Kiah... ada Yana dan Afiq.. Afiq dari awal sangat beria nak naik bot... bila dah naik dah jadi keras cam batu... samada Afiq terkezut @ terlalu teruja @ sangatlah takut..
Tak hengat nama tempat ni...tapi batu disini menyerupai rupa penyu... nampak tak??
Yana yang sangat syok naik bot, sikit2 menjerit... wohooo wohooo... terutama bila bot ni buat corner lipat dan speed cam F1 boat racing udah...
Yang ni batu menyerupai kaki...hahaha...serius sayapun tak tahu rupa kaki saper..kaki Suhaizan kah? Ikut pandangan mata kasarku takdelah rupa kakipun...rupa batu adalah...ngeh
Ni namanya Monkey Beach, biasanya budak2 muda suka datang sini berparti... huishhh... tempat ni ditutup kul 4pm....hmmm jauh dari orang takde JAIS, JAWI, takde ofis Jabatan agama Islam so ramailah budak2 muda dan yang tua cam perasan muda lepak kat sini berseronok2.. mana yang nak betul piknik oklah, yang sebaliknya entahlah.. No komen... (bak kata bro yang bawa bot)
Me dah cam maskot kat Coral Island :p
Lepas tu berhenti jap kat Coral Island... mandi2 tengok air yang sangat jernih...hijauan sangat fresh.. See Yana dan konco-konconya.. tak lepaskan peluang... main tak hengat..apapun mereka sangatlah gumbira lagi2 berenang guna safety jaket, terapung-apung giteww...
Ada satu port..tak hengatlah lagi nama...airnya sangat cantek..banyak sangat ikan yang colourful... kitaorang berhenti bagi makan dan ramai gak orang datang sini untuk snorkeling.. saya teringin gak tapi malas nak basahkan baju...
Habis segala aktiviti di sepanjang pantai di pulau pangkor.. kitaorang gerak balik Bayu Beach Resort.. :)
Maknya yang excited bersama anakanda terchenta...
Kat sini berlaku gak kejadian yang mana kerana terlampau excited masuk dalam air, beg yang dibawa pun basah dan handphone ku turut terminum ngan air laut masin.. serius sedey hp takleh on langsung.. sebab saya ni jenis biar takde lipstik, pemerah pipi dan bedak muka asalkan hpku ada dalam beg... dan ianya wajib dibawa ke mana-mana... tapi saya sedey tak lama malam tu kami dijamu dengan barbeque terus hilang segala kesedihan... apatah lagi malam kedua disitu saya bermimpi cik hubby belikan saya hp baru hahaha...
sekian part 2..
Corat-coret di Pulau Pangkor - Part 2 Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on December 08, 2010 Rating: 5

6 comments:

  1. apesal muka afiq 'kejang' je? hehehe.. takde2, sbb mula2 awk ckp kononnya 'terjatuh' so saya takmoh belikan blackberry, xyah demand2... ingat nak belikan jenama 'strawberry' je tapi takde la pulak, tapi takpe dah belikan yg murah tadi wahahaha...

    ReplyDelete
  2. dedet- kejang abis muka dia...tapi lepas abis tour mmg dia bagi remark best sangat...
    yo la tu dedet takpe janji hp free heheheh

    ReplyDelete
  3. Afiq betul betul terkezut haha.. should frame his expression kasik dia tengok besar2 nanti.. but anyway, tetap comel

    ReplyDelete
  4. afiq sgt comel
    bestnya cuti2 pangkor ni

    ReplyDelete
  5. amira- yep banyak I amik gambar muka dia yang kejung...new experience for him

    suzz- :) cuti sambil bekerja suzz

    ReplyDelete
  6. Asyiknya liburan, akan menjadi pengalama yang tidak akan terlupakan.

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.