Dedet, Tolong Baiki Anaqi Punya Basikal!

Anaqi menghantar surat chentanya kepada Dedet menerusi e-mail... kah kah kah kah
Sebenarnya basikal Anaqi dah lama tak guna sebab tayar dia bocor dan beberapa kali Anaqi request kat Dedet dia untuk baiki tayar yang bocor itewww... Me dan Encik Hubby duk rasa yang basikal Anaqi itu terlalu besar untuk disumbatkan ke dalam kereta.... disebabkan e-mail Anaqi saya pun respon dengan pantas. Saya terus membawa Anaqi dan basikalnya ke kedai Basikal Sea Park PJ untuk dibaiki :) ... Nasib baik muat masuk kereta.
Kat kedai di mana Anaqi membeli basikal bersama my MAK..(nenda Anaqi)
Pehhhh besar gak kedai ni dan fofulor sebab agak ramai customer..
So bro ni dia tolong tukar tiub tayar...charge RM15
Dan siap servis lagi... terbaekkk... beberapa kali bro ni buat ujian brek depan dan belakang. Disebabkan basikal ini dibeli dari kedai sini, so tiada servis charge dikenakan. Kalau tak kena bayar lagi RM20..dah macam tempat servis kereta lak. Huhu
Anaqi yang hepi bersama basikal yang dibaiki...
Mainlah puas-puas minggu depan nak bersunat dah... huh :)

Comments

CERITA LEBAT said…
anaqi dah darjah berapa?beli la kereta satu utk dia..haha
darjah tiga nak masuk 4...banyak dah beli keta untuk dia..keta mainan kah kah
Hermit said…
wahahaha.. sy memang perasan e-mail dia kat sy aritu tapi malas layan.. mana tahu dia c/c kat awk.. bertuah sungguh... hahaha
tu ler pasal sejak terror main komputer dan network terlebeh advance sudah...
Mama Zharfan said…
anak2 zmn it ni hehe
suzz- tu ler cam dah kena pakai cctv :)
SuMaiYaH said…
lawaknye entry nih. hihihi
like parents like son
ekin said…
hehe. kalaka la anak madam :D
sumaiyah- ya ke hahaha...like father like son kot

ekin- tu less