Saturday, January 30, 2010

Nak masuk bulan Febuari dah..

Mula-mula nak guna voucher RM50 kat Kedai Emas Tomei...memang nak kena tambah duitler..manaler ada harga emas RM50..beratus2 aderlah...since die valid sampai 10 Mac 2010 so bolehlah I survey untuk hadiah besday..kehkeh

Agak dah menyampah dengan wallet Jaspal I...walaupun beli guna voucher...tapi dah buruk..aderlah setahun wallet ni berkhidmat dengan I..huhu..sebab die besar so macam2 I sumbat dalam die...


so semalam kebetulan tolong amik barang member kat Sunway Pyramid..so I belilah satu wallet kat kedai THe Mist..cam cute jer warna pink n coklat..cam pesen budak2 pun ader..I suke so beli ajer lagipun harganya murah RM28 jer..(Gambar kat bawah tu terbalik..maleh ler nak upload balik, layan ajer lah)

ni tix wayang free (utk dua orang) dapat dari uip.com.my..cam nak ajak dedet tengok movie Case39 takpun Ju-On...whohooo...
ni lah perancangan nak dibuat untuk awal minggu di bulan Febuari...

Thursday, January 28, 2010

Lycra Hairband Giveaway

Cantikkan hairband2 kat atas...hmmm

Ummi dari Sentuhan Jejari Ummi blogspot berbesar hati untuk menghadiahkan hadiah seperti yang tertera kepada semua blogger dan juga bukan blogger. Syaratnya amat mudah boleh lihat dan baca dengan teliti dari LINK ini ya!
Sebab hairband ni kalau dapat saya nak bagi kat Yana. So Yana dengan suka sesangat dengan hairband D atau E..."ada bunga-bunga Mummy"....
Yolah kalau dibandingkan ngan bunga yang sebesar telapak tangan ayah die kat kepala baik bagi guna hairband bunga2..kehkeh..mesti comel..huhu
So pada mereka-mereka yang kepingin nak hairband free..silalah cuba nasib membuat posting atau sebarkan kepada 5 rakan yang lain sebelum 28hb Feb 2010....wokehh

Wednesday, January 27, 2010

Aktiviti mingguan yang tak pernah ter"miss"

cam biasa pepagi Ahad, perkara pertama yang akan ditanya oleh anak-anak I ialah "Mummy hari ni nak kena pergi Mall mana?"...sebabnya memang tiap2 minggu kitaorang ke Mall. Kalau Dedet kena kerja Mummy angkut jugak lah ke mana-mana so biasanya kitaorang samada pergi ke Giant Kelana Jaya, Carefour Subang Jaya ataupun Tesco kat Kota Damansara..Mydin jarang sangat pergi..Anak2 I pun dah tahu peranan masing2..Anaqi tukang amik dan tolak troley, Yana tukang kutip barang, 2 budak comot tukang menyibuk, dedet bertanggungjawab mengeluarkan duit dari walletnya sewaktu pembayaran di kaunter..mummy tukang bagi arahan dan sentiasa demanding untuk barang yang rasanya sebagai keperluan untuk minggu itu..kehkeh...

tapi sejak 2-3 bulan ni kedai CD/DVD kat OU dan speedy kat Giant Kelana Jaya menjadi port tetap..dedet dengan cerita animasi Jepun, Mummy cerita korea, latest Anaqi dan Yana beli "Jangan Pandang Belakang Congkak" (itupun setelah tawar menawar dengan Dedet yang membayarnya dengan syarat elaun harian sekolah sebanyak Rm4 dikurangkan menjadi RM3 selama seminggu)..huhu
Tapi rasanya untuk permulaan tahun baru ni kena tukar aktiviti lain lah plak..rasanya kena gi swimming, library dan kedai buku...so dedet amacam, bolehka...ni hasil terpengaruh rancangan AmMax TV3 la ni..heheh

Justify Full

Tuesday, January 26, 2010

Lea Khalid Giveaway

sempena besday Puan Lea khalid, beliau ada menganjurkan contest Kira dan Menang..siapa cepat dan tepat boleh memenangi wang tunai sebanyak RM 50 tunaii...untuk keterangan lanjut boleh KLIK LINK ini ya!

Moga panjang umur dan dimurahkan rezeki selalu..aminnn...

Monday, January 25, 2010

'Saat Manis Si Manja'

Salam Ezna aka Ibu Dania,

Saat manis Si Manja,
Begitu banyak tidak dikira,
Hendak berkongsi sesama blogger,
Kerana ianya pengalaman istimewa.

Ibu Dania bermurah hati,
menganjurkan peraduan menarik sekali,
Marilah reramai kita sertai,
nak tahu lebih lanjut sila KLIK link ini!


Akid Zulqarnain bin Zulhazmi
(masa gambar diambil berusia 8 bulan)
Umur sekarang : 5 tahun
Saat manis pertama kali membawa Akid bercuti ke Pulau Kapas, Terengganu. Dengan kenangan menaiki bot laju, bermain pasir, melihat anak-anak ikan di pergigian air cetek adalah satu pengalaman berharga buat diri, keluarga dan Akid. Walaupun beliau ketika masih kecil tapi dari riak wajahnya begitu teruja terutama ketika bermain pasir. Memori ketika bercuti itu sempat jua kami rakamkan dalam lensa kamera. agar dapat dijadikan kenangan buat Akid dan keluarga selama-lamanya.Check Spelling

Adabi..Adabi 2 bulan ku menanti...

Tengahari ni baru sampai..hamper adabi dari TV3 dalam Program MHI bersama "Spice Route Adabi".. Duk pikiaq gak bakpe lama hadiah ni nak sampai....tapi akhirnya sampai gak...so jimatlah belanja stok 1-2 bulan kicap dan segala rempah-rencah ratus..huhu (camlah I ni rajin sangat masakkan dedet)....:P

Al-Fatihah buat Allahyarham Tengku Mohammed Onn

Tengku Mohammad Onn dalam kenangan
Gambar insan sorang sahabat..copy dari facebook
(halal dan maafkan ya)

Al-fatihah bekas pelajarku, Allahyarham Tengku Mohammed Onn yang telah kembali ke Rahmatullah pada pagi hari Sabtu 23 Jan 2010 kerana kemalangan jalanraya. Seorang pelajar yang baik, menyenangkan hati pensyarahnya dan sentiasa murah dengan senyuman. Kehilangannya amat dirasai oleh semua yang mengenalinya. Semoga beliau ditempatkan rohnya bersama orang-orang yang beriman dan dicucuri rahmat hendaknya.
Amin.

My-Alia.com Giveaway Special!

Berkonsepkan pada cabutan bertuah.... dengan syarat anda mempunyai salah satu tiket, 2 dan selebihnya bagi melayakkan anda menyertai cabutan bertuah ini...
Tiket2 boleh diperolehi melalui....
4 tiket - untuk satu entry di blog anda
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di My-Alia.com
1 tiket - sekiranya anda menjadi Follower di Danial's and Eva's Diary
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Facebook anda (sertakan link ke page ini)
1 tiket - sekiranya anda war-warkan Giveaway ini di Twitter anda (sertakan link ke page ini)
1 tiket - sekiranya anda letak banner My-Alia.com di blog anda (banner ada di sidebar)
1 tiket - sekiranya anda letak banner Danial's and Eva's Diary di blog anda

-total : 10 tiket ...wokeh boleh cuba semua...mana tahu "tuah ayam nampak dikaki tuah manusia siapalah yang tahu"

Hadiah sangatlah menarik...
Grand Prize:Satu (1) Baby Slings brand Little Pods Pouch Style Baby Carrier (retail price RM80.00) warna biru turqoise
Consolation prize:Tiga (3) hadiah lagi berupa barangan dari Lovely Lace yang berharga sekitar RM20-RM30 setiap satu.

so apa lagi meh meriah contest oleh ibu alia ni...tarikh akhir penyertaan 31 Januari 2010 (tgh mlm)..

Keterangan lanjut boleh klik ini LINK ya!

Thursday, January 21, 2010

I Love U Adik Contest

Puan Lea Khalid dengan suka citanya menganjurkan satu contest posting di blog memasing.."I LOVE U ADIK"...syarat-syarat dan keterangan lanjut boleh klik ni LINK!

Mudah sajer dengan syarat tepek jer gambar yang menunjukkan kasih-sayang antara adik-beradik (max 3 keping ajer)... Jom-jom join tarikh akhir buat posting adalah pada 1 feb 2010..
Gambar Yana (7 tahun), Anaqi (8 tahun) dan Akid (5 tahun)...yang begitu teruja menunggu mummy di klinik...huhu masa ni rasanya hubby tengah try handphone baru die :)

2 budak comot yang begitu happy...Akid (5 tahun) yang begitu gagah mengangkat si Afiq cenggeng (3 tahun)...
Kasih-sayang antara adik-beradik adalah sesuatu momento yang terindah terutama apabila mereka sudah pandai mengambil berat, prihatin dan sentiasa gembira apabila bersama. Ibarat isi dan kuku , air dicincang tidak akan putus...sesungguhnya ikatan kasih-sayang yang dibina bukan hanya berdasarkan nama persaudaraan bahkan silaturahim menjadi lebih kukuh pabila mereka dibesar serta didik bersama dengan kasih sayang diberikan sama-rata tiada beza.
Harapan ayahnda bonda moga persaudaraan tanpa sengketa ini kekal bahagia selamanya.

Wednesday, January 20, 2010

Mari Selamatkan Bumi dan Berjimat!!

Kempen dari opis sudah bermula Isni lepas..."Eco-Friendly Food Packaging"...
Kat sana-sini duk sibuk tempek banner camni....

Ni lah rupa bio-pack baru..so kalau nak beli makanan dan tapau bawa balik...cafe akan kenakan extra charge 20 sen untuk satu bio-pack ni....

untuk lebih jimat bila nak beli untuk tapau bawalah bekal makanan kosong sendiri...cam I...huhu..buruk benar bekas makanan I kan walaupun kat rumah penuh ngan tupperware...hmm

"Reddish Contest : Nama Utk Amoi Merah"

Nama yang disyorkan oleh akal fikiranku ketika ini: aZiJa Reddy

Keterangan lanjut mengenai Giveaway KLIK sini ya...!
Nak join mehler sebelum tarikh ni--> 28/1/2010

Tuesday, January 19, 2010

Cerita Pak Pandir versi Moden

Dari seorang teman...Boleh baca untuk menghilangkan stress...

Pak Pandir penternak itik yang berjaya. Hasil pendapatannya yang pertama Pak Pandir membeli sebuah motorsikal.

Apabila Pak Pandir menunggang motorsikal tersebut dia hanya menggunakan gear satu. Perlahan dengan gear satu, laju dengan gear satu, naik bukit dengan gear satu. Akhirnya kerana hairan, seorang temannya Pak Kadok pun menegur, "Oi... Pandir, gunalah gear dua, tiga atau empat."

Pak Pandir menjawab, "biar berjimat, habiskan dulu satu persatu."

Sampai di lampu merah semua kenderaan berhenti, termasuk Pak Pandir. Namun ketika lampu telah hijau dia masih terus berdiri. Dari hijau ke kuning, merah kemudian hijau lagi, dia masih belum menjalankan motornya. Akhirnya datang polis, "Hei... kenapa belum jalan?"

"Belum ada warna lampu yang saya sukai Encik," jawabnya.

============ ========= ========= ====

Setelah setahun, usahanya makin maju. Kemudian Pak Pandir memutuskan untuk membeli kereta. Sampai di lampu merah Pak Pandir kembali berhenti, namun pintu dibuka dan kakinya diturunkan sebelah. Melihat tingkahnya polis terus menghampiri. "Kenapa kaki awak diturunkan sebelah, Pak Pandir?" tanya polis.

"Aduh... lupa la Encik. Saya biasa naik motorsikal."

============ ========= ========= ====

Pak Pandir ingin membeli tv warna. Dia pun ke kedai..

Pak Pandir : Awak ada jual tv warna?
Penjual : Ada.
Pak Pandir : Kasi saya tv warna hijau......

============ ========= ========= ===

Pak Pandir mahu pastikan segala kerjanya dilakukan dengan baik. Jadi setelah membuat fotokopi untuk dokumen-dokumen itu, dia selalu membandingkan salinan itu dengan salinan yang asal. Takut kalau-kalau terdapat salah ejaan...

============ ========= ========= ===

Pengurus : Pak Pandir, jika terdapat kecemasan, awak dail 911. Jangan lupa lagi.
Pak Pandir : Saya tak lupa Tuan. Masalahnya, saya tak nampak angka 11 di talipon ini..

============ ========= ========= ===

Kerani : Tuan, ini faks dari Pak Pandir..
Pengurus : Macam mana awak tahu? Tak ada nama dia pun
Kerani : Di faks ini ada setem......

============ ========= ========= ====

pak pandir pandai skit la cakap bahasa inggeris, takat i am sorry, one sampai seven tu biasa bagi pak pandir.

alkisah, suatu hari pak pandir jalan-jalan naik keta ngan mak andeh gi kl. tetiba dia telanggar keta orang lain. alamak, orang putih la!, pak pandir mula gelabah, mak mandeh kata relaks abe?(ore klate) kecek la camana pun...

pak pandir pun keluar dari keta, orang putih pun keluar gak, pak pandir pun kata - i am sorry. orang putih tu pun kata - i am sorry 2. pak pandir dengar 2 apalagi dia jawab la - i am sorry 3. orang putih tu penin, dia kata - what sorry 4.

pak pandir apa lagi, dengar 4 dia terus jawab - i am sorry 5. orang putih 2 lagi pening, pastu bini orang putih tu kuar dari keta, dia pun berkata - i thing this man must be sick(6). pak pandir dengar 6 dia jawab lagi dengan selamba - i am sorry 7.....

============ ========= ========= ===

pak pandir: mak andih.. oo mak andih..
mak andih : ya bang.. awat nya?
pak pandir: rasa nk makan pisang la plak.. wak mai pisang emas kt
dapoq tu..
mak andih : pisang tak masak lagi bang..
pak pandir: laaa.. gas abih dah ka?
mak andih : ????

============ ========= ========= ===

Ketika menaiki sebuah pesawat Nuri ke sebuah kampung orang Asli di Paloh Inai, Pekan, Pahang, seorang pegawai Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) berkata:

"Panasnya dalam helikopter ini ...".

Maka menjawablah Pak Pandir yang turut berada dalam helikopter itu:
"Mahu tak panas tuan ...kipasnya besar ...tapi di luar ..."

============ ========= ========= ==

Satu ketika di kampung Pak Pandir jauh di pendalaman Pahang, seorang pegawai kerajaan melihat Pak Pandir mempunyai handphone ...
"Wah Pak Pandir ...ada handphone ...ada coverage ka dekat sini ...?"

Jawab Pak Pandir: "Sini tak ada, tapi kalau encik mahu talipon saya punya handphone, kasi tau sama saya, saya boleh pergi ke bandar Rompin, sana ada coverage"

============ ========= ========= ===

Pak Pandir yang menjual petai di tepi jalan berkata kepada seorang lelaki yang bercadang membeli petai itu ...

"Encik satu longok, RM1 sahaja.Tapi, kalau encik ambil semua, kira murah...RM20 sahaja."

Tanya lelaki berkenaan : "Berapa longok semuanya?"

Jawab Pak Pandir : "Semuanya 20 longgok ..."

============ ========= ========= ===

Pak Pandir yang bekerja di sebuah kilang sebagai pengawal keselamatan berjumpa dengan manager minta cuti ...
"Tuan saya mahu minta cuti seminggu balik kampung, ada urusan keluarga. Bolehkah?

Jawab manager : "Cuti seminggu ...oklah, saya bagi cuti seminggu.

Selepas 14 hari, baru Pak Pandir balik bertugas.

Tanya si manager : "Kenapa dua minggu cuti?"

Jawab Pak Pandir : "Saya minta seminggu cuti. Tuan bagi seminggu cuti. Jadi dua minggulah ..


SEKIAN...

tukang copy n paste...

Give Away Barang Deko English Style

Perhatian segala semua mahluk alam...

Adapun kisah Mrs Noor dari MrsNoorHobi.blogspot dengan bermurah hati hendak memberi hadiah seperti yang diatas dengan hanya satu syarat - iaitu anda semua yang berminat hendaklah meninggalkan sebarang komen dibawah posting seperti tajuk tertera di blog Mrs Noor itu sendiri. Pemilihan pemenang adalah berdasarkan encin Random.org..

ok..jom reramai cuba nasib...mana tahu kalau menang boleh tambah aksesori kat umah memasing...Tarikh akhir bagi komen sebelum atau pada 29 januari 2010

Keterangan lanjut sila KLIK sini Ya!

Monday, January 18, 2010

Kenduri Kahwin Pertama Yang Dihadiri Untuk Tahun Ini

Sebenar-benarnya untuk awal tahun ini, saya mendapat 3 jemputan untuk menghadiri majlis perkahwinan...tapi disebabkan masalah teknikal dan peribadi yang begitu busy dan tidak boleh dielakkan saya telah dengan sengaja "miss" majlis tersebut..keh..keh...

Tapi disebabkan gas dapur saya sudah habis sejak Jumaat, kedai runcit mamak tak nak hantar gas dengan alasan road tax motor dah mati ditambah bebanan suami yang terpaksa balik lewat gara2 kerja menimbun pejabat..saya pun pergilah kenduri kahwin anak kepada kawan suami saya pada hari Sabtu malam Ahad...so tak payah nak pikir malam Ahad nak makan kat mana...
mempelai diatas pelamin...yang baru pertama kali saya jumpa..huhu

ni adalah sedara-mara pengantin bersama Roslin Hashim... rasanya bapa pengantin 2 dari kiri..kitaorang panggil die Mr. Foreman.. .

antara tetamu yang hadir..begitu majmuk sekali...ada cina, melayu dan india dengan pakaian mengikut budaya masing2...

nasi minyak yang best banget...

tukang mesin ais buat cendol yang posing bila saya sibuk nak mengambil gambar..sebenarnya sasaran target adalah mesin cendol..tapi tukang buat cendol lak yang kena tempias...

kereta pengantin...sewa ke sendiri..wa pu ci tau...tarak kisah janji perut kenyang...

Friday, January 15, 2010

Generasi Y vs Generasi X

Saya hanya manusia biasa yang bukannya terlalu bijak bermain kata ataupun berpura-pura seolah sentiasa memahami setiap masalah yang dihadapi terutamanya dari mereka yang berada dalam golongan Generasi Y..Generasi ini sering dikaitkan dengan suka hiburan, semua mahu disiapkan dengan pantas, lebih kreatif dan banyak lagi...

Peranan saya (dari golongan Generasi X) sebagai seorang pendidik dan fellow (penjaga, pemerhati segala banyak "P") kepada golongan Generasi Y adakalanya memeningkan kepala..Contoh yang diberikan adalah berdasarkan pemerhatian saya terhadap siswi2 dan siswa2...

Apabila dianjurkan program seperti ..
Kalau tajuknya "Kecemerlangan Pelajar...." atau "Islam pada hari ini ...." Segala bentuk tajuk yang berbentuk ilmiah maka..bilangan yang hadir boleh dikira puluhan saja..saya pernah hadiri forum sebegini yang dihadiri tidak lebih dari 20 orang daripada jumlah siswa/siswi disini lebih dari 1000 orang...

Tapi kalau tajuk forumnya...
"Wanita dari pandangan lelaki", "Keburukan dan Kebaikan Berkahwin Muda"...maka berduyun2lah pelajar yang datang...cam nak pecah dewan tu....kalau dewan tu dah penuh...dengar dari luar dewan pun sanggup...huishhhh

Bila selalu tak datang kelas bila ditanya...
"saya tertidur madam,,," (walaupun kelas tu pukul 10 pagi)..."assignment saya banyak, tak sempat nak pergi kelas"..."saya sakit perut sampai tak larat nak pergi ke klinik..apatah lagi nak ke kelas"...

Tapi bila dapat markah rendah dalam ujian atau peperiksaan...
"Madam, boleh tak saya nak satu jer lagi markah"...."Madam boleh tak saya buat semula kuiz ni sebab saya tak begitu sedia masa kuiz hari itu"..."subjek Madam jer harapan saya untuk naikkan CGPA"...

Bila setiap kali hadir kelas tak bawa buku...
"Saya tersilap bawa buku"..."Saya nak kongsi buku dengan kawan masa dalam kelas"..."Saya tak beli lagi sebab duit tak ada"..(loan dah masukpun kata takde duit)....Saya pernah marah dengan 2-3 orang student bila datang kelas saya bawa sehelai kertas dan pen....Ingat ini kelas lukisan ke?....

Bila datang kelas pakai selipar jepun..
"Saya lupa nak tukar masa kuar tandas" (saya pernah dapat reason cam ni sekali sampai satu kelas gelak), "Kasut saya tapak tercabut...." .."Terlupa Madam, sorry ya"

Saya pernah terkantoikan student ketika beliau keluar asrama dengan melopmpat pagar..alasannya...
"Pak cik security tak kasi keluar ikut pagar depan..kitaorang stress"..."teringin nak makan KFC"....hmmm

dan banyak lagi....ni belum kes gugurkan anak, lesbian, merokok, kes yang berat2 dan sebagainya....

So saya sebagai Generasi X...perlu lebih banyak belajar kecenderungan generasi Y..lebih banyak memahami, jangan bersikap hipokrit dan negatif terhadap mereka...ini kerana mereka antara pewaris-pewaris yang akan meneruskan kesinambungan pembangunan negara...

Apa yang saya setakat ini mampu lakukan hanyalah dengan memberi lebih banyak teguran dan tunjuk ajar membina...serta lebih banyak berdoa untuk mereka...

Ini juga mengingatkan saya bahawa anak-anak saya adalah merupakan Generasi MTV yang belum tentu tahap mana kita boleh bersabar dan memahaminya terutama apabila mereka sudah menginjak ke alam remaja....Moga saya lebih banyak kekuatan ketika itu...
Disebabkan stress kerja dan masalah student yang menimbun...saya pun ajak anak saya kuar shopping dan makan mc d waktu lunch tadi...haha...nasib baik gaji minggu depan...hmmm

dan terima kasih buat Kak Lyn n Kak Faridah...diatas ole2 dari Mekah...insyaAllah pemberian itu begitu bermakna sekali mendekatkan diri ini kepada Illahi..dan moga akak2 sentiasa rahmati dan diberkati...trimas..hait

Thursday, January 14, 2010

Wii...yang kedua telah tiba...wehoo

Pagi ni dapat bungkusan dari GDex....terima kasih pada kak Ita tolong "sign" penerimaan barang...huhu
Jeng..jeng...nilah Wii dan Guitar Hero set..hadiah dari Contest Idola Kecil Dutch Lady..so rasanya I hantar 3 borang untuk 3 minggu...satu borang tu tak banyakpun proof of purchase (lebih kurang 3 points)..hmm..rezeki I teka Dayana K04 yang jadi Juara tu menepati sasaran...
Ni Wii yang kedua pernah I dapat dengan menyertai peraduan..alhamdulillah..so 2 tv kat rumah dah boleh pasang ngan wii...hmm
:) Thank You Dutch Lady...

Wednesday, January 13, 2010

Yang Terlepas Datang Berganti...

Masih teringat peristiwa minggu lepas bila I perasan notis pengambilan hadiah untuk satu contest online telah tutup sejak akhir tahun lepas. Disebabkan nama pemenang hanya ditepek di laman web tanpa diberitahu secara lansung samada melalui phone atau email. So memang I tak perasan langsung. Bila I called person in-charge, die kata sorry takleh claim sebab lebih dari duedate utk mengambil hadiah. Masa tu rasa frust jugaklah tapi nak buat macam mana takde rezeki...

Tup2 semalam petang hubby balik bawa bungkusan parcel menang barangan yang lebih kurang sama yang sepatutnya I dapat...huhu..tapi kali ni dari contest yang lain...Grand Prize for "The Taking of Pelham 123" Contest anjuran Utusan/Buena Vista...

Syukur....