Wednesday, June 30, 2010

3 cerita yang menarik perhatian saya

Pertama: Isu Beg Sekolah Yang BeratIsu dibincangkan dalam salah sebuah stesen radio baru-baru ini. Ramai ibubapa yang memberi feedback negatif "mengenai bebanan buku teks" yang perlu dibawa setiap hari ke sekolah. Kajian juga menunjukkan peningkatan masalah tulang belakang di kalangan kanak-kanak.
Pendapat saya: Tidak dinafikan bebanan beg itu semakin bertambah. Namun jika diperhatikan buku teks anak saya agak nipis cuma buku tulis yang perlu dibawa setiap hari terlalu banyak. Pihak sekolah perlu membuat jadual waktu lebih terperinci mengenai buku apa yang perlu dibawa. Sebagai contoh hari Isnin Bahasa Melayu, Buku Tulis (Pemahaman) ataupun pihak sekolah perlu sediakan locker khas untuk murid-murid di sekolah.
ini contoh kesan fizikal. beg sekolah Anaqi yang sudah koyak-rabak (baru setengah tahun pakai)

Kedua: Isu harga setem akan naik
Dengar cerita berkuatkuasa bulan Julai akan mula naik. Alasan gaji posmen sudah lama tidak naik..hmmm..tak de dah setem untuk nilaian 30 sen untuk satu sampul biasa. Paling best saya jumpa mesin (24 jam) untuk beli setem kat bangunan stesen minyak Petronas TTDI Kl. Kita tekan nilaian, masuk duit ada scan itu ini dan akhir keluar label. Tampal dan pos...efisioonn

Ketiga: Basikal Alam Sekitar
Kat stesen Esso jalan universiti, ada 3 basikal comel guna kuasa bateri. Terpegun saya tak tahulah kalau boleh guna kuasa solar jugakke..

saya sangat suka kaler ini...kalau beli sah-sah jadi perhiasan kat pintu masuk rumah takpun persediaan awal untuk buat tukun ikan (besi karat)...hoho

abih dah 3 cerita..ok daa nak sambung tido

lucky-draw-by-shasha.

jom kalau ada rezeki duit sebelum puasa hoho..
nak tahu lebih lanjut klik shasha
tag: ezna dan mama amana&arief

3fs first giveaway

2 yang menjadi pilihan dihati dan mata adalah:
Saya berkenan hitam putih..sebab boleh pakai dengan jenis pakaian apa sahaja

yang ni sangat comel...pink kaler..
jom join...klik 3Fs

Monday, June 28, 2010

Saya Hepi Hari Ini...Sebab

:)
Dapat CD Lunatots dan serbuk pencuci dari MAk Chiek Niekiet!!! whohoho
Untuk Amani...
Hitam gitu...Amani punggung look so slim when she used black CD :)


Bola untuk Anaqi...sangatlah best mendidik anak supaya tidak menjadi kaki bangku ya!

4 tiket wayang dari RAM...boleh tengok IP Man 2
Dan Juga 4 tiket The A-Team movie...

Hoho...
Jangan sangka saya nak buka kedai runcit di rumah lak ya...
Saya menang 2 Karton Cheezels dari FB...hoho
yang paling kelakar dalam hidup saya..first time saya seorang sahaja yang menyertainya..kira rezeki lahhh...


******

*****

***

*

*

*

*

*


dapat dalam 120 paket...
pueh lah nak mengagih-agihkan..
Saya sangat hepi hari ini...
kerana cheezels keju berkrim...nyummy nyummy

Saturday, June 26, 2010

Begitu Cepat Masa Berlalu

Sangatlah sakit mata dan hati. Bila ambil gambar beria-ia, hasilnya sebegini..Ni bukannya teknik ambil gambar atau super-imposed...
Hampehler kameraku, walaupun ianya percuma tapi sayangnya setelah bertahun pakai tidak tahan lama. Kualiti mencorot adakalanya "card reader cannot read", bateri cepat kong dan macam-macam "peel" yang kadang menyirap jugaklah terutama time-time "on demand" nak ambil gambar. Jalan penyelesaian ambil gambar guna kamera HP yang tak semenggah mana..ni lak teknik "blur" ke apa...bukan main model bola sepak bergaya. Hasilnya macm tengah ambil waktu berlaku gegaran gempa bumi.Gambar ni saya salahkan model..ekekeke
Sebab tak nak sikat rambut. Kualiti gambar 50-50, sharpness kurenggg..
Jadi disebabkan saya sangat suka merakamkan gambar untuk koleksi peribadi dan sebagainya. Mulut saya pun tak berhenti komplen pasal ketidak efiesionan kamera pink kesayangan saya. Semalam habis kerja Encik Hubby terus membelikan kamera baru untuk saya..dibelinya warna blue walaupun saya amat suka kaler pink atau white..oo saya yang sangat demand ya!...Encik Hubby kata tinggal warna ini sahaja dan kamera yang dibeli pun yang terakhir...
takpelah saya tetap suka..
Yeay..ada kamera baru...
Dapatlah saya merakamkan pelbagai kenangan..
kerana masa itu berlalu begitu cepat dan saya mahu merakamkan segala memori yang ada!
Hampir sebulan saya sudah bercuti..
Saya mencongak diri. apa yang telah saya buat sehingga hari ini?
Hmm saya katam begitu banyak majalah. Untuk bulan ini sahaja lebih tujuh majalah saya beli dan habis dibaca dari muka kulit depan sehingga ke bahagian iklan terakhir.
Saya juga melayan segala drama swasta dari pukul 11 pagi sampailah ke malamnya.. see sangat menimbun majalah koleksi saya.
Sayang nak buang. Hoho
gelagat anak yang nak membesar juga adakalanya memeningkan kepala..
Akid sudah berusia "5" tahun ini menjadi seorang kaki merajuk yang sangat tegar.

saya sudah lama tidak menulis.
duk layan fb dan bercucuk tanam di Good Games Farmer online.

Sebenarnya senarai things to do list saya banyaknya DD akhir bulan ni..
menconggak2 ada 2 hari lagi..
sempatkah???

Wahai masa mengapa cepatnya berlalu, saya begitu capett!!

'Lovelygift Giveaway Contest'

Create your own banner at mybannermaker.com!

jom join GA ini...cikedaut...!!
klik sini ya..untuk tahu lebih lanjut LOVELYGIFT!

Friday, June 25, 2010

Afiq demam, makanan pun demand!

Bila Afiq demam..
Semua masuk dalam mulut dia akan keluar ya..
Walaupun itu antara makanan kegemaran..contoh coklat, susu, pringles etc..
Kali ni dia demam demand nak makan spaghetti meatball secret recipe..
last time nak berger Mc D.. tapi bila makan apa yang dia hendak...
memang banyaklah...
berselera sungguh...
tak ada mengada muntah ke apa..

yang ni cabonara seafood selera siapalak ya..

hoho...

Wednesday, June 23, 2010

Sukan Tahunan SK TTDI (2) 2010

Saya memang tak de mood hari ini..
Hubby keluar out-station..
Saya kena bawa anak pergi sukan tahunan..kat Stadium di area Kelana Jaya
Pagi-pagi dah keluar, memandangkan surat jemputan kata acara bermula seawal 7.45am
Punyalah lama menunggu VIP...
Dalam pukul 9.40pagi baru acara sukan bermula..
Memang hanginlah, walaupun VIP kenalah menepati masa..
dah cam tunggul batu stadium jer I kat situ... 2 budak kecik ni awal2 dah request tak nak pergi sekolah..
semangat nak tengok sukan sekolah abang dan kakak depa..
angkut sekali...
inilah rupa ibu-bapa yang sabar menanti acara sukan bermula..
si Afiq dan Akid pulak sibuk main lompat kijanglah, lompat jauhlah, lompat pagarlah dan segala sukaneka kat stadium tu ya...tak kuasa nak marah dan bebel...
so end-up bila jumpa I muka dah cam ni...
duk main tepi dinding...ni bukan bedak..ni kesan cat kering..
sebab dah tak kuasa...nak berangin...
suka hati korang lah nak buatlah stadium cam umah sendiri ya memasing..
Anaqi masuk persembahan kawat..
Yana terpilih untuk lari pecut 50 meter Tahun Satu wakil rumah Merah...
disebabkan Yana dapat nombor 3 dalam acara itu..
I pun dengan rela hati sabar menunggu sehingga acara habis..ahaks
Sebenarnya kalau ikut sejarah I dulu..
I memang selalu masuk acara balapan terutama 100m dan 4x100m
tapi setakat peringkat sekolah, peringkat daerah tak pernah lepaspun..
Paling I nak gelak semalam masa acara 4x100m, lumba dengan sekolah jemputan..
Antara sekolah yang dijemput SKTTDI (1), Sekolah Bandaraya dan Sekolah Kg Penchala..
Paling bergaya Sekolah Bandaraya..wahh memang tengok cara praktis kat tepi padang dengan jersey takde lengan, seluar ketat pendek..hoho cam atlet Sekolah Bukit Jalil...SK TTDI(1) spike sponsor, cantik beb dan Sekolah Kampung Penchala-reserved jer, bertudung elok, ada satu pelari tu I tengok seluar die siap koyak kat lutut...hmmm keputusan nya...
SK Kampung Penchala (laki dan perempuan)- lari laju meninggalkan punyalah jauh bermeter2..tu ler orang bandar menang bergaya...tapi untuk 4x100 lelaki SKTDDI(2) menang, sengit tu ngan penchala...moral of the story...biar kalah dalam bergaya..ahaks
Ada gambar I amik semalam, tapi guna handphone takde lawa mana...
2 medal Yana (Acara larian dan sukaneka), 1 Anaqi (tarik tali)

Bersukan adalah bagus terutama dalam membentuk keperibadian positif dalam diri anak-anak..I tak pernah force anak2 untuk bersukan tapi I sangat menggalakkan mereka bersukan..
Selagi mereka happy dan cuba yang terbaik buat diri (work smart, play hard)

Majulah Sukan Untuk Negara!!

Tuesday, June 22, 2010

Better Something than Nothing... :)

Semua akan merasa gembira jika memperolehi sesuatu.. lebih-lebih lagi apabila kita membuat sedikit usaha untuk memperolehinya.. sangat suka :) beberapa hadiah yang saya perolehi dari minggu lepas...
Musim Prince of Persia, encik hubby menang 3rd prize..wrist compass + notebook 3-D, cantik...hmm..
Anaqi, karate kid shoes bag...
Shopping bag dari msn online "letters to juliet" , atas nama cik hubby...sangat smart kalau dibawa shopping terutama pada hari sabtu sebab "no bag plastic will be given"
Project Alpha/Ruums weekly winner..saya menang 2 kali..
jadi dapat 2 set..satu set saya bagi kat Echot since dia tolong ambilkan hadiah.
Saya menang GP di tupai website..masih menunggu 2 hadiah lagi..Lego Prince of Persia..ohh saya sangat sabar menanti..
Bangle PoP..tapi cam tak sesuai untuk diguna..hmmm
tangan model yang besar itu adalah encik hubby ya!
voucher KFC untuk bulan ni...saya dapat 2...huhu
satu dapat dari snax.com, satu lagi e-chicky mail
satu dah claim..satu belum...
hamper kacang Pagoda...dapat 2 kotak...satu kotak isi2nya adalah seperti diatas..

pa..goda goda
so sekarang saya tengah mengoda kacang...

aiseh jerawat naik lah...

Saturday, June 19, 2010

Arwah Tok Yem Sentiasa Dalam Ingatan Semua

Pada pukul 11.30 pagi, hari Sabtu 19 jun 2010
Atuk saudara yang paling rapat di hati saya telah kembali ke ramatullah...
Saya tidak tahu kembalinya beliau sehinggalah pada pukul 3 petang saya mendapat informasi dari abah yang Tok Yem sudah tiada..
Tok Yem agak rapat dengan saya dan suami..
Malah beberapa nasihat daripada arwah menjadi pegangan saya sehingga kini..
Antaranya..
"Kalau mula bekerja jangan "give-up" terus nak berhenti, sekurangnya bagi masa 30 hari, kemudian 3 bulan dan akhirnya 3 tahun. Selepas 3 tahun baru decide nak tukar kerja atau stay. Masa tu pengalaman kerja dah ada"
Ni pula nasihat masa beliau dah jatuh sakit n tapi masa tu saya lihat beliau masih bersemangat..
"Memang dah tanggungjawab kita menjaga, membesar dan didik anak2 tetapi bukan tanggungjawab mereka untuk menjaga kita. Maksudnya kita jangan lari tanggungjawab sebagai ibubapa tapi andaikata anak kita tidak menjaga kita bila dah tua jangan ungkit atau salahkan mereka"
Sebab tu sebelum beliau pergi, beliau sudah menyediakan tempat tinggal dan simpanan secukupnya untuk isterinya. Walaupun tidak dinafikan beliau mempunyai 3 cahayamata, menantu yang sangat baik dan penyayang. Arwah juga ada mewasiatkan agar tidak diadakan majlis tahlil.




* lokasi di Tanah Perkuburan Bukit Kiara KL
Sebenarnya banyak lagi kenangan arwah Tok Yem bersama saya, suami dan keluarga..
Terlalu banyak hendak diluahkan...
"Moga Tok Yem ditempatkan dalam golongan orang yang beriman" amin
Al-Fatihah**