Sunday, October 31, 2010

Al-Fatihah Buat Sahabatku Mustamirah

*gambar dari facebook Mustamirah Comel

Dalam kenangan wajah seorang sahabat yang baru melahirkan seorang puteri minggu lepas telah pulang ke rahmatullah pagi ini Ahad, 31 Oktober 2010. Arwah dikatakan mengadu sakit dada selepas subuh dan mengalami kesesakan nafas selepas itu.
Saya pernah bekerja rapat dengan arwah sebagai fellow (kami bersama di Mahallah Zainab) dan juga ketika saya memegang jawatan timetable commitee yang mana harus merujuk dengan beliau yang merupakan system analyst/programmer untuk CFS.
Seorang baik dan bertanggungjawab dalam setiap tugasan yang diberikan. Moga roh arwah ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Al-fatihah.
p/s: Sangat sebak pagi ini. Terus mengingatkan diri tentang kita di dunia hanya dipinjamkan sementara. Setiap yang hidup satu hari pasti akan pulang jua kepadaNya.

Friday, October 29, 2010

Entri Hadiah Hari Jumaat + KepalaKu Yang Dah Senoneng

Budak kecik ni letely ni rajin bangun tengah malam. Kadang2 sebab dia batuk (tak selesa tidur), terbuang air agak besar, puas tidur lepas maghrib....adehhh yang menjadi sasaran mummy dielah..kena bersengkang mata bermain sambil borak2 takpun golek2 sambil tu kena kasi tangan sebab dia nak mengigit kalau kasi benda lain dia tak nak...Nak juga gigit tangan mak die... :)
Berbalik entri yang sama setiap Jumaat, hadiah yang diperolehi untuk minggu ni..
Buku dari PTS untuk saya, Yana dan Anaqi. Buku Dedet belum sampai lagi sebab saya baru reply email kemenangan last week so lagi 2-3 minggu rasanya. Ini dari peraduan mengulas cerita kanak-kanak secara online.
ole2 dari Coke. Hantar sms sepertimana yang tertera kat botol coke dapatlah saguhati..Boleh buat air batu ikut rupa paras botol coke ngeh ngeh
susu anmum lagi, mesti uol tertanya apesal tiap2 minggu dapat susu ni. Saya hantar banyak ehsan sudu dari kengkawan dan cikgu kat nursery. Tak pernah beli lagi susu Anmum untuk tahun ini. Cam rugi minta stage 4 banyak sangat....sebab expired dia tahun 2012, kalau minta stage 3 sempat lagi simpan untuk Amani.
Barangan produk kecantikan (lupa deh namanya) nilaian RM550 dari mag HerWorld..guna nama adik..so adiklah yang dapat...hahaha...sedekah kat dia sebab kat umah berlambak lagi tak guna lagipun mak sha n mak bik jer tempatku bergantung harap untuk menjaga Amani bila hendak pergi meronggeng dan berpoya-poya. So kira hadiah belated besday korang berdua ya hahahaha...

Thursday, October 28, 2010

Survey: Panel of Readers HerWorld Magazine

Malam semalam lebih kurang 7.35 malam saya ke Pejabat Blu Inc seksyen 15 (dekat jer ngan rumah saya tak sampai 5 minitpun). Atas urusan (cam formal jer bunyi) panel jemputan sebagai pembaca HerWorld (Hairan betul apesal buat kul 7 malam, apapun kena solat dulu)
Dalam ofis Blu Inc yang sunyi sepi..
Ini kali kedua saya pergi survey kelolaan Blu Inc.
Rasanya sesi yang kedua kurangmengancam sedikit:-
1. Persediaan jamuan ringan terlalu ringan sesangat. Kali ni disediakan pizza ajer dan air mineral. Kalau dulu siap ada tempahan katering makanan lagi.
2. Goodies Bag dia walaupun disedia maklumkan barangan "beauty product" tapi cam lebihan hadiah orang tak amik jer..uiks..tajam gitu. Ok~goodies bag berlainan saiz dan barangan so setiap panel readers akan dapat berdasarkan cabutan undi. Cam pelik dan tak best hoho. Dulu dapat walaupun cam barangan sample tapi "banyak" dan sama barangan pada semua panel "fair n square".
Walaubagaimanapun bila dah duduk semeja berbincang dengan semua readers majalah english tempatan membuka dua biji mata saya sejelas-jelasnya. Diaorang ni memang mentelaah habis-habisan ke apa untuk satu2 majalah. Macam saya, akan belek2 dulu dan memang amik masa nak habis satu majalah bergantung kepada masa, isu dan kelapangan. Biasanya saya terjah borang contest dulu :p. Readers ni boleh explain setiap topik/apa yang hot/rencana/apa yang kureng di setiap isu dengan terperinci terutama apa yang diaorang suka dan tak..Hoho
Apapun saya adalah pembaca setia MWW. Without miss every issues. Penyampaian sangat ringkas, topik yang "all around" covered semua pasal parenting, women's, money matters dan banyak lagi...paling suka baca ruangan yang kat belakang "confession"..sangatlah best sebab ada moral value terselit kat celah2 kat situ...dan paling penting agak murah dan berbaloi ngan isi RM5.60
2 ketoi barangan ni saya bawa balik semalam dengan perut lapaq nak minta nasi. Nasib baik saya sempat masak sebelum pergi diskusi dengan kelam kelibut Amani duk berpaut di sisi.

Wednesday, October 27, 2010

BATA Sale Meletops!!

Wohoooo saya ke sini secara sendiri. Hajat dihati hendak mencari KASUT SEKOLAH buat Yana dan Anaqi. Tapi apakan daya saiz tiada yang dikehendaki. Dipendekkan cerita, lain yang dihajati lain yang pula yang dikecapi..HoHoHo....
Murah Murah...Lelong Lelong....kasut sekolah ada tapi saiz terlalu kecik dan terlalu besar..
cam agak frust..ingat nak borong kasut sekolah..sebab Anaqi sahaja saya memerlukan 5 pasang kasut. Diakan lasak. Adoilah.
tapi mata ni terpanalak kat kasut ladies yang comel2..Harganya RM10 sepasang..
So hasil rembatan maut saya selama 40 minit di Menara Mustapa Kamal (kat area Mutiara Damansara)..
kasut Dedet...harga asal RM107 harga jualan kat sini RM40
Mula2 saya ingatkan nak amik kasut kulit harga RM79 harga jualan RM40..
Alang2 biar saya harga mahal jualnya murah hehehe (berbaloi sikit)..
Cam nak amik keduanya..tapi membazir lak dedet jenis kasutnya hanya satu (jenis orang yg setia citarasa hahahaha)
my new shades yeay! dan tali pinggang aka tali barut perut untuk dedet..
saya beli sebab murah`RM15 dan RM10
yang ni beli masa tgh kompius..sebab dalam kepala berfikir2 "macam dah banyak handbag"
tapi bagi mengelakkan kesan trauma mengingati sebab tak membeli (ianya boleh memberi kesan berminggu2) so saya amiklah satu ~brand Marie Claire harga RM20
Amani punya kasut RM5 setiap pasang kecuali dalam kotak RM10..
Anak bongsu so perlebihkan sikit haha (lagipun murah)
kasut Anaqi, Yana, Akid dan Afiq..rasanya RM15 sepasang takpun Rm10 lupa dah
kasut saya..dan saya...dan saya...RM 10 sepasang
serius....I bayar semua kasut2 dalam gambar ni RM50 ajer...pehhh
lepas dah jumlah kan harga kasut yang sedia murah dia up kan lagi diskaun 50%...
Hoho...Hoho...Saya suke shopping ari ni..Ni senyum boleh sampai ke malam...
uol's nak pergi boleh lagi sale ni dari 27/10 sampai 3/11 kat Menara Mustapha Kamal (dekat jer ngan Tesco Mutiara Damansara)
**pesanan buat Dedet resit saya simpan elo2, rapi + kemas ni~agak2 boleh claim tak boss :p

Tuesday, October 26, 2010

Moody...Monday Blues

Hari Isnin semalam saya dan encik hubby EL gara-gara Amani tidak berapa sihat. Amani cirit-birit sejak Ahad dan saya tidak tahu apa punca. Mungkinkah saya salah makan takpun saya merasakan (tuduhan liar heheh) adik beradiknya sangatlah rajin bagi Amani menghisap benda bergetah seperti puting dan macam2 lagi dan confirm kekadang tak dibersihkan terlebih dahulu walaupun saya bagi warning berkali2. Al-maklumlah Amani sudah gatal gusi dan salah satu aktviti yang paling digemarinya ialah menghisap. Saya telah membawa Amani berjumpa dengan Paed di PPUM dan yang peliknya apabila berada di hospital Amani tidak menunjukkan langsung tanda2 beliau sedang sakit. Mood happy nak rak, tak berak langsung walaupun berada di hospital selama 3 jam, tersengih-sengih tapi bila berada didalam rumah asyik menangis dan membuang air besar beberapa kali (semalam sahaja dah 15 kali), nak berpeluk sambil bergolek2 atas katis, nak tidur bersama kalau saya bangun ketika dia tidor maka secara automatik dia akan tersedar. Dan yang pelik bin ajaib bila kami bawa Amani keluar berjalan dia akan jadi sihat sejahtera~ macamana tu...huhu (rumahku ada viruskah?)


Saya sedang gigih menyiapkan nota2 untuk kelas yang sudah bermula minggu ini. Selain dari soalan mid term yang sepatutnya kena hantar untuk "moderating" minggu ini. Semuanya tak siap lagi huhu. Gara-gara minggu lepas hidup saya pernuh kursus dan anak saya lak ada exam..Dan menambah mood sedey saya untuk hari Isnin~Yana result dia semuanya ok, 90% peratus kecuali subjek english dia B. Anaqi lak semua subjek dapat A walaupun kebanyakannya 80% kecuali BM pemahaman dapat B. Rasa sedey sebab saya sangat bersungguh suruh anak saya belajar tapi saya langsung tak check apa yang dia belajar. Anak saya akan tanya bila dia tak paham. So ada konflik kat situ. Agaknya diaorang belajar ajer dan mengandaikan apa yang dimentelaah semuanya paham..:( Saya lak terover sedey sampai hubby saya duk sound..Cik Ayu oii your daughter and son...baru standard 3 and 1 ...don't push them so hard..so cam nak kena lempang muka ni..Saya sendiri tak duk dan monitor apa yang diaorang belajar so cam rasa BAD MOTHER ajer huhu...
dan semalam Akid warnakan rambutnya dengan water color merah. Habis bilik air dan baju tidonya dan juga leteran Dedetnya yang memecah kesunyian malam..Hahaha
Saper suruh anak ramai...ha jawab hahahahahahah

Sunday, October 24, 2010

Power of Play with Kleenex: Blogger's Family Day

Sabtu 23 Oktober 2010 saya dan anak2 ke Kiz Sports and Gym di Old Wing 1Utama untuk menyertai Power of Play with Kleenex:Blogger's Family Day.

Kami sampai dalam pukul 2 petang, pendaftaran segalanya dan saya perhatikan sudah ramai blogger yang sudah sampai.

Siap ada pledge "To keep our hands clean so that we have freedom to play"

Ucapan aluan oleh Mr Nathan Kandapper MD of Kimberly Clark Malaysia dan Singapura.

Aktiviti pertama: Power of Play with Kleenex jingle & dance bersama Abigail Barragry (Creative Arts Therapist). Masa ni ibu-bapa dan anak2 memasing menyanyi sambil buat aksi.

Stress jer muka memasing mana taknya hati bergelora nak main kat luar (ada gelongsor dan segalanya). Tapi semuanya dengar cakap bila saya kata "main puas-puas sat lagi ya, kita join aktiviti bersama Kleenex dulu"

Sebelum talk Dr Yong bermula semua kanak2 dibawa oleh staff Kiz Soprts & Gym. Jadi diaorang boleh beraktiviti tanpa menganggu ibu-bapa yang nak dengar talk.

Aktiviti Kedua:Saya dengan suka-hatinya dapat mendengar talk dari Dr. Yong Junina Fadzil (Consultant Pediatrician) tanpa gangguan anak-anak.Hohoho..Dalam talk tersebut Dr Yong telah menunjukkan aktiviti2 yang dilakukan oleh anak-anaknya sebagai contoh bermain di permukaan air bersama dengan anak shark, pasir dan macam2 lagi.
Habis talk anak-anak dipanggil semula ke dalam bilik aktiviti. Mood anak saya semuanya dah OK sebab dah diberi main. Kecuali Akid agak muncungness memandangkan perutnya sudah lapaq.

Aktiviti ketiga: "Photo Taking Session". Setiap famili kena menggayakan keseronokan beraktiviti. Ada hadiah menarik akan diberikan kepada famili yang memberikan pose terbaik.

Ini foto famili saya. Hehe. Gambar Dedet dan Amani takde since diaorang berdua duk umah layan F1 Qualifying.

Aktiviti Keempat : "Lukis dan Warna Aktiviti Beriadah Kegemaran Sekeluarga". Lukisan famili saya antara 10 yang terpilih untuk menerima hadiah. Walaupun tidaklah secantik mana berkat usaha gigih kerja sekumpulan "Cepat" dan memenuhi tema, so dapatlah hadiah. Heheh. Afiq menyumbangkan tapak tangannya sebagai awan untuk lukisan tersebut..Hoho

2 penulis berlainan latarbelakang yang sememangnya kegemaran saya. Rina dari Majalah Malaysian Women's Weekly dan Dr Yong Junina Fadzil (Penulis jemputan untuk kebanyakan majalah Parenting seperti Mamy&Baby, PaMa dan banyak lagi)

Aktiviti Kelima: Bergambar beramai2. Ramai Parenting Blogger yang tegar disini. Antaranya Yati+famili (Sawanila.com), Sumjelly.com, Mummy Lyna (superkidz.net), Ros (MombloggersPlanet), Amira+family(Hot's family), azzamoro, Byzura dan ramai lagi.

Aktiviti Keenam:Makan Time! Antara aktiviti yang sangat ditunggu bukan hanya oleh para ibu-bapa bahkan kanak-kanak juga. Macam-macam ada~pizza, nugget, fries, spagethi dan sebagainya. My kids really enjoy!

Aktiviti Ketujuh: Mainlah sesuka hatimu!.HoHo main seronok tahap maksima sampai tak hengat nak balik. Pujuk-pujuk cakap Amani kat umah dah lama baru semuanya nak balik.
Antara goodies bags untuk parents dan kids + hadiah menang dari lukis dan warna. Tersangatlah suke dapat stok tisu yang banyak banyak. Yeay! Satu bag saya kasi kat Mak Sha since dia jagakan Amani dengan gigih sekali.Aktiviti bersama Kleenex sangat lah best. Banyak ilmu penjagaan anak2 dapat saya manfaat selain aktiviti yang disediakan memberi 1001 keriangan dan kepuasan kepada anak-anak saya. Thanks Kleenex for inviting me and my kids, we really appreciate it!

So uol's pastikan guna Kleenex Hand Sanitizing Moist Wipes setiap kali anak2 habis bermain. Selepas guna ternyata tiada kuman dan bakteria di tangan anak anda. Kleenex Hand Sanitizing juga menggunakan bahan semulajadi (selamat digunakan), senang dan mudah untuk dibawa ke mana sahaja.Anak akan lebih merasai keseronokan bermain dan kita tidak perlu gusar tentang tahap kebersihan mereka selepas bermain. Wohoo dah cam agen Kleenex lak :) Sharing is Caring beb!
So selamat berKleenex semua ya!