Tuesday, November 30, 2010

Sup Tulang Special dari Dedet

Bukan senang nak tengok dedet bekerja di dapur terutama memasak...
dipendekkan cerita last week dedet begtu terover rajin nak memasak sup tulang...
hasilnya...oklah
walaupun tak nampak bayangan berkilauan seumpama Restoran Sup Ani Utara..
bolehlah rasa pun not bad...isi pun lembut...kentang dan carrot empuk...
nilah sup pantai timur abe Jul*

Monday, November 29, 2010

Di Bangi Kopitiam Pada Petang Ahad

Petang Ahad...hujan renyai-renyai menyambut ketibaan kami di Bangi Kopitiam... Bangi Kopitiam ini tidaklah terletak di Bangi tetapi di Ampang Putra (cawangannya).. Jauh, ya memang jauh kalau nak diukur dengan jarak rumah saya yang terletaknya di PJ..
tetapi bagi melunaskan voucher RM50 yang saya dapat baru2 ini... so satu famili saya angkut untuk pergi makan tengahari free :)
Cantek dekorasi dalaman Bangi Kopitiam..banyak sangat barangan antik... cuns... anak2 saya semuanya kejakunan hendak bergambar dengan barangan antik yang jarang dijumpa... mana taknya, generasi sekarang apa yang mereka tahu cuma internet, PSP, robot gundam, hotwheels, maskot armor hero, sponge bob (ni feveret dedet) dan banyak ntah apa2 lagi...
Ni antara air yang diorder (takde dalam gambar air kosong~korang takkan herannya ngan air kosong yang berharaga RM0.80 hehehe)
Dried mee... goreng pon sodap walaupun tiada kelihatan secebispun haiwan didalam tapi rasanya sudah cukup kaw2...makan ngan telur goreng yang didatangkan sekali..licin Afiq makan..
Fish n chip set untuk Yana... yang mana segala sayuran berwarna hijau diserahkab secara rela tanpa paksaan kepada dedet terchenta... dan sesungguhnya dedet tidak pernah menolak segala rezeki yang datang ke pinggan :)
Chicken chop Akid...disebabkan cam banyak untuk perut kempis Akid dia nak share ngan Anaqi (anaqi order telur masak separuh 2 biji dan sebenar2nya Anaqi dah melantak 1 pinggan penuh nasi kat umah sebelum datang ke Kopitiam)
Nasi dagang makcik apa ntah namanya... korang boleh google kat Bangi Kopitiam...
standard jawapan dedet "takleh lawan nasi dagang mak saya"... huhu
sebab tu sampai sekarang saya tak pernah buat nasi dagang walaupun saya tahu cara nak membuatnya... sebab saya takut remark dari dedet seperti yang diatas..hahahaha
Masa kecil..ditimang2...busyuk2...dipeluk2...
Jadi pujaan seluruh isi keluarga...

*****
***
**
*
*
*

so yang sebelum ni bongsu dilupain... shian Afiq... ala2....kejam lah korang!!!
apapun Bangi Kopitiam Banyak Pilihan Sesuai Untuk Satu Famili Berposing Sakan Sebelum Makan..kahkah...

Korang Nak Tak?

Yeba Yeba Ranggek...Saya Suka Ais Krim..Saya Suka Baskin..Saya Peminat Blog Mama Tisya..
Cuma tak pernah berpoya-poya makan-makan ngan aimi aka mama tisya...kebetulan ada peraduan yang best ni so saya teruja untuk mencuba nasib...fuhhh

Pilihan : Kategori A (A for aiskrim :p )
Kenapa saya bersungguh sangat nak makan ais krim kat Baskin bersama Mama Tisya..
1) Saya peminat Baskin Robin~ walaupun jarang2 makan tapi kalau dapat makan nikmatnya sampai angkat kenit 45 degree...lagi2 kaler tema warna pink cam sesuai jer ngan jiwa remaja ku..ahaks.. (perah santan anak dah 5 doh hahaha)
2) Me time...bersama kawan2 pompuan (pompuan diulangi ya kena kasi highlight biar dedet perasan hehehe)...serius kadang2 saya teringin gak keluar ngan kengkawan kat tempat best2..biasa kawan opis ajak saya makan kat cafe opis tak pun kat Giant jer (ya ampun opis mateku) :p..Dapatlak makan ais krim Oreo® Cookies ’n Cream~ meletops my feveret..senyum mesti sampai ke telinga...3) Ni paling penting...saya nak jumpa, nak borak-borak, nak kenal, nak kepoh-kepohchi ngan Aimi aka Mama Tisya..siyes lama gila duk baca blog Mama Tisya...so kan best dapat jumpa secara dekat..hati ke hati...ais krim ke mulut...& akan dapat jumpa lagi sorang rakan blogger..so bertambahlah kanalanku di alam siber yang tanpa sempadan ini...
Ais krim dan manusia di dunia tanpa sempadan tiada perbezaan~falsampah baru
ok...entri saya habis sudah ...
uol's nak join meh klik eskrem! eskrem!

Sunday, November 28, 2010

Baby, Children and Parents Expo di Mid Valley

Rasanya ramai yang ke Ekspo ini yang diadakan di Mid Valley bermula dari 26 - 28 November 2010. Biasanya terdapat banyak barangan bayi yang dijual dengan agak murah.
Booth ini paling popular mana taknya pihak MamyPoko menjual pampers sampel untuk saiz NB, S dan M ~60 keping dengan harga RM20..berkotak2 orang borong..
Banyak aktiviti kat atas pentas...banyaklah orang berebut untuk menyertai...saya jadi penonton kejap lepas tu rasa boring...hehe baik gi shopping :)
Antara booth yang menarik kat sini.... ada sassy gurl...
Baju kanak-kanak dan bayi dari RM5 hingga RM20...lelong2
3 anak teruna saya yang lebih suka pameran kereta Peugeot..cam Encik jul*
See..ni bukan kaedah memancing belanja dah ni..ni namanya menjala sakan..hahahaha
baju untuk amani (2 rompers, satu seluar + shirt) dan Afiq (shirt+seluar)
balik umah Encik Jul* buat2 terkezut "amboi banyaknya"...ahaks

Saturday, November 27, 2010

Ben 10 Ultimate Boot Camp di 1 Utama

Peminat Ben10 sememangnya menantikan acara Ultimate Boot Camp yang diadakan pada hari Sabtu 27 Nov 2010 bertempat di 1 Utama. Dan anak lelaki saya juga begitu berkobar untuk meyertai aktiviti-aktiviti yang dianjurkan.
Pendaftaran sememangnya sangat panjang. Memang kena banyak bersabar. Saya dan anak datang pukul 11 pagi no. giliran sudah 150 lebih...pehhhh..
see muka yang gumbira
booth 1: kena buat aksi Ben Ten...AAaaAaaaa
booth 2: cari alien sampai jumpa...dah jupa kena namakan...
booth 3: paper n tornado...kutip sebanyak mungkin..
booth 4: susun..kena susun ada nombor. Sayapun tak paham tapi anak saya main susun jer..ahaks..

booth 5: lukis ikut garisan... (ni kat upper roof)
booth 6: merangkak dalam jaring..
booth 7: lempar kat nombor (cam main dart tapi dia guna bola)
booth 8: tiup belon dan pecahkan dapat token untuk main aktiviti booth 9
booth 9: cam main baseball...kena pukul bola (guna token)dapat semua cop...cop 1 masa pendaftaran amik bag dan landyard
kena tukar kat booth last..ada dapat hadiah final dan sijil penyertaan :)

paling cun beg ini..saya suka sangat...
ni sijil penyertaan..esklusif gitew...

anak saya sangat suka dengan key chain Ben 10...(dapat kat booth no 3 dan 6)

antara hasil lumayan setiap booth ..nampak banyak sebab anak saya ramai ahaks..
kul 1.15 balik...yahooooooooo

Peter Pan the Musical Gala Premiere

Hari Jumaat Malam Sabtu, saya dan anak2 ke Sunway Lagoon untuk menonton Peter Pan the Musical. Saya mendapat 6 tix untuk menonton musical tersebut ehsan dari AMBP.
My kids bersama ikon sunway lagoon..paling penting itu itik biru huhu
Posing tak berapa ready kat depan pintu masuk Sunway Lagoon bersama Peter Pan...
Ni lak kat depan pintu masuk teater..sememeh jer muka memasing :)
Persembahan selama 60 minit.. .anak saya yang begitu tekun menontonnya untuk 45 minit pertama... yang selebihnya dah panas punggung heheh
Antara babak2 dalam musikal ini. Ada adegan terbang2 gitu...
Saya baru tahu kisah ni yang mana Peter Pan menyintai Wendy. Nampak sangat zaman kanak-kanak saya tak rajin membaca. Tapi persembahan keseluruhan not bad lah.. ada mesej. Dah sah filem musikal banyaklah nyanyian... Tarian pun boleh tahan hebat..pakaian.. ohhh no komen berdasarkan konsep cerita :p
Panorama malam di Sunway lagoon...cantekkkkk
Ending musikal tu ada dikeluarkan bubble (ala2 buih sabun)... Akid sungguh teruja melonjak2 nak letupkan bubble itu.. huhu
Dapat lagi 2 kupon ini sebelum balik dan saya nak kasi kat Ezz..
Komen peribadi dari saya~bagus juga kalau ditonton bersama keluarga. Buat anak2 selain daripada jalan cerita yang menghiburkan ianya juga membantu meningkatkan pemahaman mereka dalam penggunaan lontaran bahasa inggeris cara betul (untuk kes my kids lah)
Outing with kids really fun. Ohh Peter Pan (not that hot Peter Pon "Tak Bisakah") kehkeh