Adik "Qistina Balqis Maisara" Memerlukan Bantuan Dari Kita Semua

Salam pagi jumaat :)
Saya terpanggil untuk berkongsi cerita tentang penderitaan adik Qistina Balqis Maisara, seorang anak kecil yang sejak dilahirkan mengalami pelbagai komplikasi. Lagi tersentuh bila membaca setiap perkara yang dilalui oleh ibu Qistina terutama apabila melihat perkembangan anaknya itu (dari sini) . Sesungguhnya hati manakah yang sanggup melihat anak kecil terus derita sejak mula dilahirkan pada tanggal 16/1/2010 4.30 petang. Harapan tetap ada, dan sebagai manusia prihatin bukan hanya wang ringgit sahaja diperlukan untuk membantu membiayai perubatan bahkan doa yang tidak putus-putus dari semua ~agar adik Qistina boleh hidup gembira dan sihat sejahtera.
kredit gambar dari catlinaflybaby.blogspot





kredit gambar dari BabyIbu.blogspot

Antara catatan ibu Qistina yang membuat saya tersentuh amat dalam:
26/1/11....7pm..hukm...doc kta akn buat kajian semula ke atas balqis..jantung paru2 otak dan buah pinggang..doc kta balqis bnyk masalah..buat masa ni jantung dan paru2nya kronik..jantungnya membengkak sehingga menutup hampir sebelah paru2nya..ya allah...lemah lutut aku dengar...mcm mana doc hosptal mnjg kta x de ape2..ya allah kurangkan la penyakitnya..jgn disiksa anak kecil ini yg baru mengenali duniamu...berikan la dia peluang..

Dalam kita merasai kenikmatan yang dipinjam sementara jangan lupa masih ada insan diluar sana yang sedang berduka. Saya tidak mengenali adik Qistina secara peribadi tetapi saya dapat merasai kehadiran saya menjadi sebahagian dari dia dan keluarganya melalui sumbangan dan doa yang dititipkan. Harapan saya agar adik Qistina akan segera sembuh dan mampu memberi keceriaan buat keluarganya yang begitu merindui kehandiran selama ini. Dan buat Puan Siti Maisalmah ~terus ya bersabar dan tabah menghadapi dugaan ini.
Pada yang ingin memberi sumbangan ikhlas boleh dilakukan kepada:

AKAUN MAYBANK : 114160850396
NAMA : SITI MAISALMAH BINTI MOHD KAMIL(Ibu kepada Baby Qistina Balqis)
H/P : 017-3476764

Pada semua diharap sudi menyertai Charity Fund Raising for Qistina Balqis Maisara dan boleh sebarkannya melalui FB atau blog

Comments

Anonymous said…
[url=http://hommera1.wikidot.com/cheapest-indoor-grills-hear-ye-hear-ye-how-to-choose-the-bes]indoor grill[/url]

Popular Posts