Preview Screening "The Green Hornet"

Saya telah memenangi 4 tix preview The Green Hornet di GSC Singnature The Gardens Mid Vally City. Disebabkan Encik Hubby tidak biasa dengan lokasi di The Gardens so saya dipertanggungjawab untuk bawa anak-anak untuk pergi menonton manakala Amani dijaga secara sukarela oleh Encik Hubby. Ngeh.
Angkatan tentera di GSC Singature The Gardens. Ini pertama kali saya menonton disini. Memang GSC disini mempunyai kelas dan gaya tersendiri. Keadaan panggung yang mewah dari segi tatarias menjadikannya ia begitu esklusif.
kualiti tiket preview juga berbeza. Cantik, berkualiti dan tahan lama kerana secara fizikal tiket ini seperti foto yang dicuci di kedai gambar.

The Green Hornet jalan cerita OK. Filem aksi dan lawak perjalanan seorang anak orang kaya yang tak bermatlamat untuk menjadi hero. Kalau tengok inti pati cerita memang banyak memberi pengajaran. Terutama perhubungan kekeluargaan, kawan baik dan lain-lain yang berpekerti mulia..heheheh...Tapi saya sangat suka lakonan Jay Chou dalam cerita ini, watak seorang yang nampak serius, cool, terror buat gadget dan canggih tapi sensitif. Dan pastinya Jay Chou banyaklah menunjukkan aksi martial arts seperti kungfu dalam aksi berlawan.

Dah ler tayangan 3D, kerusi duduk pun sangat besh sebab premier Class, diberikanlah set pop corn saiz jumbo percuma untuk setiap penonton. Wahhhh sakan menonton. Apapun anak saya semuanya enjoy menonton kecuali Afiq diseparuh cerita dia sudah terlelap lena dengan jayanya :)

Comments

Em's Family said…
terlelap tak pe, jangan nangis nangis tak nak tengok, hilang nanti mood semua orang
mira- setakat ni anak yang takleh bawa gi movie ialah amani...sbb kalau dia bunyi org bercakap kat skrin dia pun ikut cakap sama..kah kah
kak ina kl (1) said…
wah best tu sebab dapat tenguk 3D..pastu dapat pulak pop corn free..berbaloi-baloi
kak ina kl- berbalaoi kan akak hehehehe...bilalah nuffnang dan preview screening kat gsc signature
Wansteddy Tales said…
anak2 k.ayu semua senang nak jaga. cool je. besh tgk masing2 pakat jaga satu sama lain :) ritu pergi tgk faster xsmpi suku jalan dah balik. jln citr ganas sngt hahaha
wan- diaorg mmg suke tgk movie..sbb mak ayah suke..hheeh..tu la citer ganas2 kadang2 kena control takut bdk terpengaruh tapi biasanya k.ayu akan explain tak elok buat camni cam tu huhu

Popular Posts