Friday, February 25, 2011

1 Tesco, 1 Produk, 3 Tanda Harga?

Al-kisah, tadi before sembahyang Jumaat singgah Tesco Extra kat Shah Alam. Kebetulan lalu area sana lepas 'meeting' ngan client. Teringat nak kena cari 'extension wire' baru sbb yg lama dah buruk sangat, risau lak kot2 my wife kena kejutan letrik, dah la dia fobia 'karen'. Patut dilahirkan zaman Paleolitik je, takde karen, nak cahaya guna je kelip2, nak microwave guna busut sumbat kayu api, nak dengar radio tangkap mawas suruh nyanyi wahaha (bestnya ngutuk bini sendri).
Oklah, dok cari2 tu jumpalah satu 'extension wire' yg luarbiasa murah berbanding kualiti produk (i selalu tengok2 barang elektrik so dah tahu 'range' harga). Terus sambar...
Dok jengjalan tergerak hati nak scan harga. Tup2 tengok RM 29.90... Loh? Kok ngapain nggak sama? Harga kat 'shelf' RM 17.90 je, so i pergi balik kat 'shelf' nak 'double check' mah, mana tahu kot2 tadi rabun...
Dah check, memang betul harga kat 'shelf' RM 17.90... Oh? kena komplain nih. Dok cari2 dak Tesco kat area sana baru perasan ada banting produk sama. Harga RM 25.42.. Biar betik? Takkan sampai 3 harga berbeza meh? Korang nih letak harga memain ke?

So i 'tangkap' dak Tesco & komplain kat dia, cara cakap cam 'trainee' je & dia suruh follow harga scan. I terus cakap kalau kes macam ni kat Carrefour amalkan polisi 'honour the lowest price'. Dak tu cakap tak tahu. Ceh, I tak puas hati. Disebabkan tadi baru lepas 'perang' mulut ngan client & semangat nak 'argue' still berkobar2 so i ambil produk tu terus pergi kat 'customer service'. Kat sana terus la komplain & tunjuk pics yg i dah ambil. Diorang suruh check if bar code number kat shelf tu sama atau tak ngan bar code number kat produk. Jika sama, just bawa je tag kat 'shelf' tu & bayar kat kaunter.

I terus check la, memang sama so i bawak & terus gi bayar. Kat kaunter, kelam kabut la sket tapi still diorang kasi harga RM 17.90... Ngehngehngeh, memang murah... Next time korang kena hati2 ngan harga kat 'shelf' sebab memang kitorang dah biasa kena harga berbeza (tapi biasanya takdelah beza banyak sangat, ini kali pertama beza harga sangat besar), Tesco banyak kali kena, Giant pun ada gak, even Mydin kitorang dah 'tangkap' berat timbangan berbeza... Carrefour paling bagus dari segi ni, konsisten :)

P/s: So arini jimat RM12, leh asapkan "Bukit Dun" sekotak eh Mi? Hahahaha

7 comments:

Mama Zharfan said...

tq for sharing--jahat betul trick tipu harga tu..mesti tak ramai yg pro aktive mcm u kan..me pun kdg2 overlook, balik umah baru perasan brg tu mahal..nak kena hati2 ah gamaknya

AyuArjuna BiGoshh said...

oi oi zaman paleolitik ya...nanti saya masak ubi rebus, jagung bakar jer...biar betul2 merasai cara idup sebenar zaman paleeolitik hahaha. Saya dah lebih 3 kali kena kejutan elektrik ..sbb tu tersangat fobia...huhu

xhah ibrahim said...

mmg pon slalu terjadi.
byk kali dh perasan.tesco atau giant.xpasti la marketing strategy atau tektik nk bg laku.
klau jenis beli brang sket2 maybe ler perasan.Tp klau jenis beli brg byk2 susah gak nak check...

lg satu yg slalu perasan klau item yg jual 2atau 3 barang with one price.spatut er lg murah tp bila dh bahagi lg mahal dr harga asal...

mama_umar_maryam said...

kt giant pon sllau gak letak harge confuse kan org

aku mama chami said...

pernah kena kat care4..complaint kat customer service n dapat barang tu free..best..

mama tisya said...

kita pn slalu check rege..beza skit pn kena report..kdg2 diorang untung cz rmi yg amik brg trus byr saje

BestBro said...

Yup, biasanya company besar camni memang akan bagi harga yang paling murah antara semua harga yang tertera. Aku pun penah kena kat Ke4.