Bake With Kuali and MIB

26.2.2011 saya secara suka-suka mendaftarkan diri untuk menyertai program "Bake with Kuali" anjuran Kuali dari TheStar.com. Bayaran RM30 ajer dan diajar teknik membuat roti bersama 3 jenis hidangan yang besh~ sweet bun, shortbread cookies dan muffin choc cake (yang ni sedap sebijik cam rasa muffin kat Kenny Rogers). Start kelas kul 9am dan diajar sendiri oleh Dr. Baked..ahem Dr ni ada kilang roti yang supply muffin dan bread ke Starbuck, Kenny Rogers dan Shakeys di Malaysia.
Perkakas dan bahan-bahan yang akan digunakan seperti diatas. Apa yang saya perhatikan kelas masakan disini agak berlaianan sedikit dengan kelas2 masakan yang pernah saya sertai. Mula2 diajar teknik cara saintifik pembuatan roti. Dari segi measurement, persekitaran (terutama cuaca di Malaysia) dan teknik yang berkesan dari segi pembuatan roti, kek dan pastri. Lepas tu dibahagikan beberapa kumpulan secara random dan juga resepi sebagai guide. Siyes cikgu ni tak demo langsung dia suruh kita sukat sendiri dan follow direction dalam buku resepi. Sambil dibantu oleh pelajar2 dari MIB. Memang gamatlah. Yang lagi besh kita buat sendiri dan setiap aktiviti dilakukan akan diterangkan secara detail kenapa, bagaimana, macamana samada oleh Dr. BAked sendiri atau pelajarnya. Praktikal lebih beb. Huhu. Berpeluh saya :p
Cuma bila part dekorasi roti, Dr Baked ada tunjuk beberapa teknik. Sangat menarik dan mudah. Wohohho suka saya :) Sebab akhirnya saya tahu macamana nak buat roti dengan pelbagai bentuk.
Gamat tak kelas. Setiap meja ada 4 orang kecuali meja saya 3 orang. Heheh. Bagusnya kelas ni, saya kini dah tahu fungsi setiap utensil didapur yang boleh digunakan. Dan sebenarnya kalau nak buat roti, cuma perlu ada oven dan pengadun (yang biasa) tak perlu beli "bread maker" pun.
Siyes dalam masa 1 jam lebih kitaorang boleh sediakan 3 jenis hidangan dalam kuantiti yang banyak lak tu. Tapi masa bakar roti ni pelajar MIB tolong buat finishing dengan meletakkan telur diatas permukaan roti agar nampak lebih cantik dan berkilat.
Wangi betul...jadi lapar bila duk lama kat situ...
ni hasil kerja kumpulan saya.. Cantik tak....?????
Saya bersama ahli kumpulan yang lain(melayu, cina dan india semuanya huhuhu) dan Peter (student MIB yang banyak berjasa). Thanks so much Peter...especially tips2 yang diberikan ya :)
balik rumah dengan kotak kek dari MIB. Nak tahu isinya..jeng jeng jeng

*****
****
***
***
**
**
*
*
*
*
*
*
roti dan muffin yang saya buat di kelas tadi..dan juga...
Shortbread cookies yang sangat shodap :)

ok uol kalau nak join boleh, hanya lawat kat site kat kuali.com (under thestar). Program ni setiap bulan, dan setiap bulan resepi berlainan dan tempat sangatlah terhad,~kiranya siapa cepat dia dapat....

Comments

Mama Zharfan said…
siyes terbaekkk ayu!! yummy :)
Yatie said…
wahhh best nye....
suzz-- heheh belum terbaekk sgt lagi :)

yatie- mmg beshhh :)
pandainye buat kek!!! jeles neeeeeeeeee
ila- roti, muffin dan biskut..huhu
Ezay Hadry said…
best nye masuk akademi ni.ezay lame dah nak belajar wat roti ni..nak ajak cik kiah la masuk..
bln mac nanti kita join nak...nanti mdm beritahu bila kena start reg...