Bersenamrobik Sambil Ber'barbeque :p

Semangat giler dua beranak ni kuruskan badan. Alehai.
Apapun seronok tengok mereka beronggeng dengan pelbagai aksi.
Cam saya juga suka bersenamrobik cuma bila dah dapat Amani asyik tak menyempat jer. Alasan berat badan dah naik dengan jayanya,

Apapun sambil2 bersenam aktviti sampingan membakar ikan, ayam dan hot dog telah dijalankan. Formal ehh bunyi ayat. Terbawa-bawa ayat skema sebab baru abis ajar Anaqi tulis ayat majmuk, ngeh :p

Orang kuat mengipas ialah Abe Anaqi sampai berpeluh-peluh satu badan. Dan tidak menjadi kehairanan fikiran manusia waras kenapa badan Anaqi dah cam bau ayam panggang. Hahahaha. (Mummy yang sengal, layannn). Tidak dinafikan sama sekali atas usaha gigih Anaqi mengipas banyak juga ketulan ayam, hot dog dan ikan selamat ditelan ke dalam perut mummy. Arigato, hait, tocei-tocei...

Seronokkan sekali-sekala ber'barbeque kat rumah. Jimat gak selain daripada bersama-sama berhempas-pulas, kecoh memangang macam nak gi berperang tapi apabila ianya melibatkan aktiviti bersama keluarga memang seronok. Uol suke ber'baque tak :)

Comments

Mama Zharfan said…
besh tgk anak2 ayu dh besar tu :) kecuali amani heheh
Em's Family said…
yeah.. mak nyer dah boleh ngarah kan dah.. i memang suke tengok u n anak2 u..
Aishah Megahasz said…
Aishah memang suka berBBQ kat rumah. Anak2 dah besar boleh minta tolong kipaskan..hehehehe
yujiayao said…
For those of you who are purchasing Faucets,we realize that this is one of the most important purchasing decisions you will make. You have made the best choice in choosing one of our Bathroom Sink Faucets,Kitchen Faucets or Shower Faucets, as they are constructed of the highest grade materials to ensure that your new Faucets lasts forever. You can be confident in your purchase as each item comes with a no hassle 30 day return privilege.
sumaiyah said…
madam,sama macam tmpat bbq kt rumah saye!! hahaha

Popular Posts