Jalan-jalan Di Bukit Melawati Kuala Selangor

Pagi-pagi bangun lepas mandi, makan kat kedai dan segalanya, saya dan famili naik ke Bukit Melawati. Cuaca pagi sangat baik tapi bahang panasnya sangatlah terik. Bersemangat nak berjalan sambil ala-ala boleh menguruskan badan, walaupun sedia maklum tahu bukit itu tidaklah tinggi mana tapi sangatlah besar kawasannya.
Cuba teka batu apakah ini? Ini bukan batu bukit tapi batu pancung yang ada di Bukit Melawati. Ni tempat orang/pesalah dibawa untuk dipancung kepala. Kalau tak salah di zaman pemerintahan Raja Ibrahim (II). Pesalah-pesalah atau pengkhianat raja dan negara akan dipancung disini...
Menara api ini merupakan trademark di Bukit Melawati ini. Pada sebelah malam akan jelas kelihatan lampu berpinar-pinar pusing. Signal khas untuk bagi petunjuk kepada kapal-kapal samada singgah ataupun lalu di kawasan Kuala Selangor.
Perigi Beracun. Ahem, satu bentuk hukuman untuk pesalah. Mereka akan dimasukkan ke dalam perigi ini dan airnya diisi pada aras dagu. Dan airnya telah diracun terlebih dahulu. Pesalah tidak akan diberi makan dan minum. So kalau pesalah ni tak tahan dia akan minum air perigi yang beracun lalu mereka akan terseksa dan mati. Kejam tak? Huhu. No komen.
My kids cakap "Mummy tak dalamlah air kat dalam perigi ni"... Yo lah, cubalah terjun, then baru tahu tinggi mana kedalaman air dalam perigi tersebut. Ada berani?? Bukit Melawati kalau tak silap memang tempat pertahanan dari serangan orang luar. Sebab tu banyak kelihatan meriam-meriam lama dan tinggalan kubu yang dibina satu masa dulu.
Ada Muzium Permainan Tradisional lagi. Posing bersama anak-anak dulu sebelum masuk. Ngeh :p
Yana dan gaya sepak takrawnya...
Posing kejap kat batu-batu kental disitu :)
Siyes memang jauh berjalan. Rasa penat sesangat. Nasib baiklah ada abang yang baik dan bertanggungjawab, boleh gak harap untuk mendukung si Afiq yang memang dah pancit abis.
Last2 otw turun ada tram lalu, dedet terus tahan. Capet dah berjalan sakan. Amani tidur tak hengat sebab terlampau penat (walaupun dia tak berjalan hahaha). Tram tu bawa kitaorang pusing2 kat Kolam Ikan Air Tawar dan last stop dekat jer ngan hotel penginapan kami. Apapun percutiaan yang tidak dirancang memang besh walaupun budget takdelah besar mana :)

p/s: kekadang tempat lama penuh sejarah perlu juga dilihat kembali dan kita akan sedar asal usul penduduk negara kita zaman dulu yang hidup dalam daif dan sentiasa berjuang demi keamanan :)

Comments

Mama Zharfan said…
me sedikit pelik--sbb me kureng kalau nak bwk anak2 tempat gini--me takut ada hantu ker apa hahahah :p
Patriotik sangat ayu....me takut pergi situ sebab monyet banyak....tak kira budget macamana pun bercuti ngan family sangat best!!!
suzz- act i pun takut gak...sbb tempat dier cam spooky sikit...tapi my hubby selalu heret kitaorg tempat cam ni...rumah hantu kat sunway lagoon pun dia suka layan...hahaha

ezz- monyet dia besarlahhh...siap dukung anak...hahaha...tapi kitaorang duk lepak kaki bukit...ada kirat cina perasan tak??? ngeh :p
Hermit said…
loh.. apa mau takut?? patut takut ngan org yg idup coz byk org jahat, bukannya takut ngan yg dah mati... :)

Popular Posts