Kisah Perjalanan Tanpa GPS, Tidak Dirancang dan dot dot

Catatan Memori Perjalanan Cuti-cuti Sempena CNY yang pasti ingat sampai bila-bila.
Antara cadangan untuk pergi bercuti in very last minit adalah:
a. Chalet/Resort di Kuala Kubu Bharu
b. Cameron Highlands
c. Hulu Selangor
d. Kuala Selangor

Lepas tu Encik Hubby dok google sana-sinun. Dia jumpa satu tempat perkelahan siap ada kawasan penginapan yang menarik di Kuala Kubu Bharu. Dan part paling besh Encik Hubby jumpa satu penginapan yang kononnya cantek di pinggiran Fraser Hills, GAP Resthouse. Katanya Rumah Kerajaan lama...

Dan bila sesat mencari pusat perkelahan Kuala Kubu Bharu, kitaorang straight naik ke Fraser Hills. Walaupun masa tu minyak tinggal 3 bar lagi tapi disebabkan sentiasa mengharapkan "miracle" stesen minyak ada di atas bukit so gagahi jugaklah. Dan tempat pertama kitaorang nampak sebelum papan tanda Fraser Hills adalah Gap Resthouse. Ceh. Tangga menuju ke Rumah Rehat Gap...
Projek untuk pengubahsuaian yang tak siap-siap. Dan akhirnya terbengkalai.
Seram siut tengok rumah ni.
Dedetlah sibuk suh amik gambar. Oh kalau saya tidaklah teringin nak bergambar. Sangat menakutkan.
Antara view rumah terbengkalai.
Hmmmm... Tarikh siap dah tak nampak (atau dipadamkan?). Hilang sudah tulisan dier.
Patutlah sepanjang saya naik ke Bukit Fraser tak nampak sebijik kereta pun naik sama. Yang saya nampak cuma kereta turun ajer. Dan bila sampai kat jalan masuk Bukit Fraser lagi satu jam baru kitaorang boleh gerak naik.
Besar jugak kawasan Bukit Fraser kalau tengok dalam peta.

Tapi last-last kitaorang patah balik sebabnya hasil sesi soal jawab bersama pengawal keselamatan kat situ. Di Bukit Fraser takde stesen minyak. Hahahaha. Kitaorang pun turun dari situ dan kembali ke Kuala Kubu.
Otw balik singgah jap kat Empangan Sungai Selangor. Terang secara ringkas konsep empangan kat kanak-kanak yang terdapat didalam gambar di bawah.
Yesza...mereka sudah paham, yang masih tak paham2 adalah si Afiq sebab dia duk sibuk ajak mandi. Dengan alasan "Mummykan bawa swimming suit"...Alehai

Comments

Mama Zharfan said…
owhh...me memang suka pegi frasers hills--dh 4-5 kali kot me ke sana, termasuk time me honeymoon thn 2004 :)
penah naik FH nih dok dlm 1 banglo nih,mmg best & besar,tapi banglo tu ayah kwn punye,mase tu g rmi2 tgh bujang lagi
suzz- i kalu bukit tinggi rasanya cameron highlands jer pernah singgah

mama_umar_maryam- wow beshhh tido kat banglo :)
thank u for the post. esp the photo time naik & time turun..hehehe...coz initially my family plan nak pi sana tapi tak jadi..biasalah impromptu..hehehe. best kan bercuti bersama famili tercinta
Hermit said…
kalau ikutkan rasanya cukup lagi petrol naik Fraser Hills tapi tak sure sempat tak sampai Kuala Kubu Bharu bila time balik... disebabkan isteri terchenta dah cuak (sbb ada pengalaman abis minyak hahaha) so patah jelah balik... haru gak dok tengah2 hutan bukit ngan anak bini.. takpe ada pengajaran berguna, next time kalau nak divert g lain tempat make sure minyak isi penuh2... hehe..
dedet- hahahahaha belajar dari pengalaman...serik dah
This comment has been removed by the author.
devi- have fun ya ....as for me tak tahu bila nak pergi bukit fraser itu lagi :p
Anonymous said…
pagerank internet seo backlinks building backlinks

Popular Posts