Hari Jumaat Yang Pening!!

Ingatkan bolehlah hari Jumaat saya membuat kerja-kerja yang perlu disiapkan, relax2 walaupun ada meeting pada hari ini.. tapi lain yang dirancang lain lak jadinya..huhu
Seawal 7.00 pagi saya sudah memekik di rumah; puncanya: Anaqi letak susu Dutch Lady 1 liter kat lantai datangnya si Amani, dia boleh bawah susu kotak tu ngan mulutnya pusing satu dapur....Pehhh menyirap darah tengok karpet kena susu, lantai dapur takleh cakap lah melekit dengan susu...Saya takdelah marahkan Amani sebab memang dia terror buat muka seposen tapi abang dialah yang kena jadi mangsa bebelan saya pepagi. Sampai Encik Hubby "Udah2 ler susu dah tumpah, biar jerlah..lap jer"....Yang nak lap tu lah saya rasa malas apatah lagi nak kena basuh karpet. Balik hantar semuanya ke sekolah saya mulalah membuat kerja pembersihan~membasuh karpet dan lantai dapur.

Lepas tu baru perasan,,,adoiii mesin basuh rosaklak. Dia takleh 'spin'..sob sob

-------------------------------------------------------------ni intro kejadian pagi :p

Dah siap kerja-kerja pembersihan. Saya pergi amik hadiah mana-mana yang patut kat kawasan berdekatan; contohnya pejabat Blu Inc, pejabat mahallah etc.
Untuk hadiah minggu ini cikedaut...
4 tix disney on ice....dari voila dan disney magazine :) Yana paling excited nak gi tengok :)
Barangan Crabtree & Eveleyn yang mengancam baunya. Suke! tahun ini 3 produk Eveleyn saya sudah dapat. Wanginya tahan sepanjang hari.
sepasang t-shirt "I Love Nissan"...tak tahu dari saper..tapi rasanya dari fesbuk page Nissan...
cathay cineplax tix~ ada 2...dari contest lays..

dan last sekali dapat email....
Congrats for being selected as the winner of the "Nobby & Friends, The Musical" contest.

Kindly find attached a letter to redeem your tickets for the show this Saturday at KL Pac, Sentul.

Have an enjoyable musical experience with your family!

Best Regards,

Teresa Chin

----saya sedekah kat member yang nak-------- :) saya ada call petang Jumaat, siyes tiket Nobby sold out...kira untung gaklah dapat pegi tengok..

-------------------------------------------------------citer petang jumaat...
saya ada meeting di Mahallah (tugasan sebagai fellow/warden)
Meeting pendek jer..tapi agenda makan tu yang penting dan panjang. Hahaha
Ni yang selamat masuk ke dalam perut. Act dua pinggan ya, Mak ponat membasuh karpet pagi tadi (hihihi alasan terbaekk)
Lepas tu ada sesi pemberian souvenir kepada Kak Zam (admin staff) yang kena tukar ke department lain..
Ni la hadiahnya...cantek tak. Saya yang pilih...

dan perkara akhir yang berlaku dalam hidup saya ari ni..ahem ahem..
"MY LAPPY ROSAK, HARD DISK FAILED"..luluh jiwa dan raga sebab:-
1. saya dan kengkawan kerja tengah buat buku manual untuk student..abis tak de back up part saya.
2. Notes compilation untuk subjek database, hangus...
3. Soalan mid sem untuk 2 minggu lagi juga sudah tada...

Balik telan paracetamol terus tido 30 minit. Bangun terus layan kartun.

Comments

Wansteddy Tales said…
1 hari yang memeningkan. Sian k.ayu... Takpe, cuti weekend leh rehat puas2 ^^
wah....hadiah best dan ader part tak best jugak....
Mama Zharfan said…
hadiah crabtree evelyn tu sgt beshhh!! i like

part lappy rosak tu...me paham, sbb lappy me dok on off rosak ni, jd blank screen (rasanya prob backlight)..nak kena balik repair kat msia...kalau ada bajet, nak rembat netbook bar sbb tension lappy buat hal ni
Mama Zharfan said…
ayu, u tak join ker contest mas traveller tu--kena tulis citer percutian in english..hadiahnya sgt beshh..tp ada gak part voting2 kat FB..emmm
pening kepala tapi dapat hadiah sejuk gak hati hehe.. MZ masukla contest tue annti ila vote korang hehe
wan- cuti pasti penat huhu

ezz- pro n kontra hik hik

suzz- takde masa lah suzz yg undi2 ni..u join la i support

ila- mcm2 hal ila...tapi saba dan teruskan hidup cam biaser :P
Anonymous said…
don't cry over spilled 'Dutch Lady' milk at least u won something this week unlike me...