Adakah Perlu Memaki Anak Di Khalayak Ramai Hanya Kerana....

Hari ni saya nak share satu peristiwa yang saya masih ingat sehingga hari ini walaupun ianya sudah 3 hari berlalu. Saya sebenarnya tidaklah suka bercerita tentang orang lain tapi kejadian ini benar2 buka mata saya tentang "bagaimana hendak menjadi seorang ibu bapa yang baik". Kalau uol perasan dalam posting "Smart KIds 2011" saya ada kisahkan tentang anak saya Anaqi ada main satu games di booth Munchies. So masa main tu rasanya ada lagi 5-6 orang peserta yang berentap sama. Salah seorang adik pompuan yang rasanya sebaya Anaqi ataupun lebih berusia dari Anaqi (Saya pun tak sure). Masa main Anaqi memang buat cepat dan siap paling tinggi towernya. Adik pompuan ni pulak cam terkial2 nak bina tower itu. Okey.... Part saya tak tahan masa die tengah bina, mak die duk jerit "Eh Bodoh, ko tengok budak lelaki tu buat camne". Siap tolak kepala anak pompuan die. Abang dia lak boleh amik beg sandang belakang libas kepala die.. Wohooo saya tengok menyirap darah...sampai saya jerit..woiii woiii dah dah apa ni...datang akak dia (rasa dak tingkatan) tarik baju budak pompuan ni. Dan budak pompuan tu jatuh dah terus meraung nangis sampaikan pekerja Munchies tolong leraikan.... Subhanallah... hadiah satu beg biskut, t-shirt ngan topi..Haruskah anak diperlakukan macam tu. Even kalau hadiah beribupun perlukah mereka dialayan macam tu. Anak saya Afiq siap jerit cakap apa..Ya Allah YA Allah Mummy. tengok tu sian kakak tu.... Back to menyertai acara/aktiviti untuk anak2...Apa tujuan kita sebenarnya? Ganjaran diakah? Popularitikah?......TIdak....Kalau saya secara personal kenapa saya suka libatkan aktiviti-aktiviti macam ini bersama anak saya. 1. Anak saya memang minat terutama Anaqi. Tetapi tidak Yana, kalau dia tak nak, dia tak akan masuk. Selalu kena motivate baru dia nak. Itupun tiada paksaan. 2. Saya nak mereka ni membesar menjadi seorang yang berani ke hadapan. Jangan ada sikap tidak yakin dengan potensi diri. 3. Saya ada 5 orang anak dah setiap sorang ada +ve dan -ve. Contohnya anak saya tak akan menyertai mana2 aktiviti yang melibatkan nyanyian sebab dia malu tapi tidak pada Akid (dia cam suke nyanyi). Anaqi suka aktiviti yang mencabar. Yana suka bercerita. Afiq lak dia jenis berani dan yakin dalam semua aktiviti tapi bergantung mak kena sama kat depan stage atau kat sebelah. Amani ikut mood (contoh kalau saya masukkan crawling contest kena angin dia tak merangkak duk sengih2 dari titik permulaan lagi). 4. Join aktiviti di atas pentas dll antara aktiviti yang saya dan anak suka menghabiskan bersama2. 5. Ganjaran yang dapat itu hanya BONUS paling penting anak2 gembira dan seronok menghabiskan masa dengan saya.

Sejauhmana kita mempunyai perangai panas baran kita kena tahu limitnya. Kalau nak marah sekalipun bukanlah disebabkan perkara-perkara yang tak sepatutnya. Melainkan anak itu nakal dan perlu ditegur itupun kena ada cara. Jangan sesekali marah dan herdik apatah pukul anak di khalayak ramai. Jangan aibkan mereka sebab mereka BUDAK!.


Kejadian yang berlaku di Smart Kids adalah sangat tidak rasional. Sampaikan ada sesetengah ibubapa kat situ kaum cina, india dan melayu duk geleng kepala. ?Nak jer "Amiklah hadiah yang anak saya menang"...tapi ya lah dalam kalut tak terpikirlak...

Jadilah ibu yang bijak pandai mengawal emosi, kalau tak anda serupa jer ngan Encik Baboon diatas. Pikir2 lahhhhh p/s: Sori entri emo sikit...

Comments

yatie chomeyl said…
kesian budak kecik tu. mesti tiap2 hari dia ken amarah kat rumah utk hal2 kecik je kan
Wansteddy Tales said…
Sebak hati baca entry ni. Damia pn walopun perempuan nakalnya bukan main. manja mungkin sbb dia je sorg. kdg2 buat peel dpn org ikut suka je, tp salu depan org xde la nk marah2 dia malukan dia. koman2 buat muka je bg dia gempak sikit. tp kat rumah jgn... wan bg sivik education! hahahha... nk marah pn kena ada cara. bkn tala je herdik2 maki2 gitu gini. haih... situasi k.ayu tu sama mcm kes jiran dpan rumah wan. anak dah xpandai respek mak sbb salu mencarut kat anak bila2 masa boleh bergaduh sakan xkira malam ke pagi buta ke...
ila bila jadi benda2 mcm ne..yg ila pikir "apa persepsi bangsa asing pada kita melayu islam ne?" itu ke yg islam terap pada kita sbg parents. bukan ke kita ne pelindung anak2.. sampai hati dia buat mcm tue.. dah nampak abang & kakak dia pun mengikut sikap mak diorang
apa tujuan sbnr mak budak tu suruh anak die join? maknye tu kene pk abes2 la..kalu semata2 nak tunjuk kt dpn org ramai cara dia didik anak, hemm, mungkin la kot..sampai kakak n abangnya pun join maknye marah2..cess!tak patut sungguh!
ruha said…
ish ish memang x patut
adoii, emonye bc citer nih,zt plak penah nmpk chinese laki bini, bini die marah kt anak die yg umo baru nk 2tahun kot dengan cara sepak anak die,blh? mase tu ya Allah, ras enk terajang je cine pompuan tuh, x sayang anak ke..

semoga ibubapa yg bace citer sis nih same2 amik iktibar dan bljr utk jd parent yg baik..zt pon masih bykkkk kene bljr lagi esp nk handle baran
Yatie said…
kesianya kat budak tuh.. patut dorang kena support dia...bukan maki dia
I sgt sokong u buat n3 ni...i rasa mak dier ni ada ciri2 baboon tu...ya allah ayu, i klau kat situ pun akan sound jugak....huh....
Anonymous said…
Ayu, apasal tak tangkap gambar mak budak tu boleh saya tolong teriak kat muka die klu terserempak kat mane-mane... lol
Mama Zharfan said…
me tumpang emo..cian budak kecik tu..:(
Em's Family said…
ade jugak mak ayah macam ni.. i memang pantang kalau mak gunekan ayat bodoh, menyusahkan dekat anak cos i have heard a mother said that. tapi macam u la, terkaget tak mampu nak buat ape. nak tego pun, tu bukan anak kite, dunno laa ..

harap2 anak tu bile besar, tak ikut perangai ibu nyer..
Hermit said…
hmm... memang kadang2 boleh ter'emo'... lebih2 lagi bila kalah, mungkin sbb semangat bersaing tu tebal, cuma kena selalu ingatkan diri apa tujuan kita or anak2 tu sertai contest.. just for fun & secara tak langsung tingkatkan tahap interaksi anak2 ngan sekeliling... kadang2 terselit kecewa kalau anak kalah (itu normal) tapi tetap jgn lupa puji & tell them how proud u r with them... sama2 cuba yg terbaik :)

Popular Posts