Friday, April 15, 2011

Smart Kids 2011

Smart Kids 2011 kembali lagik!!! Kali ini saya dan anak2 menyertai pada hari pertama ianya berlangsung 15.4.2011. Alasannya hari Jumaat saya tiada kelas dan boleh amik cuti. Dapatlah saya beronggeng dengan anak2 senang lenang. Lagipun hari Jumaat belum lagi ramai kelibat lautan manusia berbanding hari Sabtu dan Ahad. Kukuh tak alasan..huhu
Aktiviti pertama di Smart Kids "Rock Climbing!" Tinggi jugak weh, jenuh Anaqi memanjatnya kalau saya idakler sebab saya jenis spesis gayat :)
Kat booth Dutch Lady, layan games X-Box. Paling tinggi Yana score 1880, kalau 2000 dapat susu Duth Lady satu pek, ngeh.
Anaqi masuk acara kat Munchy's booth. Yang lawaknya nak masuk kena ada cop (bila beli pek promosi). Anaqi ni takde cop terus jer mintak cop sebab nak join aktiiviti. Bila main menanglak, berbaloi ehh tebal muka mintak cop hehehe. Ahem dapat 7 pek biskut, t-shirt dan topi Kapten Munchy.
Kat booth CIMB ni paling lama. sebab macam2 aktiviti ada. Selain itu disediakan jugak pop corn, berlibur sambil makan2 memang melekat lebih lama dari biasa.
Disebabkan Anaqi ada daftar untuk join "Nerf" aktiviti. Dan akan bermula lagi satu jam so saya apa lagi pusing satu dewan cari makanan. Makan sushi, roasted chicken, nugget dan air Tinge. Semua ni beli dalam set promosi. Abih gaklah dalam RM20. Makan kat sudut2 mana yang patut, adohai..
Singgah booth FAMA, main pancing buah. Dapatlah sorang satu Yana dan Anaqi satu beg berisi buah-buahan tempatan seperti jambu air (4 biji) dan sebiji pisang montel.
Yang ni kat booth Astro. Main jig saw puzzle sambil jawab soalan. Memang fun!!
Ni port yang ditunggu. Anaqi memang cekap abis bab2 menembak tapi silapnya dia tertembak benda penalti iaitu "ITIK"!!! Hehehehe
Bersungguh2 buat banyak kali percubaan sebab memang betul2 minat...
Ni antara goodies yang saya dapat. Buku 3 buah ehsan dapat jawab kuiz kat atas pentas~saya, Anaqi dan Anaqi. Beshh buku 3D dengan wikipedia berpuzzle mengenai dinasour. Dan macam2 lagi, Itupun kitaorang tak terjah semua Booth sememangnya sangatlah banyak kalau ikutkan yang ada di situ. Dan lagi satu saya jenis malas nak join kalau dia suh purchased dulu..hehehe...
Dua ekor ikan gapi ni dapat kat booth CIMB. Unikkan kitaorang kaut sendiri lepas tu diberikan plastik dan tali rafia. My kids memang excited abis cuma masa posting ni dibuat salah seekor ikan itu sudah mati selamatpun ditanam di tepi padang. Huhu rasanya sebab kitaorangg lambat bagi makan takpun mati sebab terkezut tengok kejakunan anak2 saya yang duk main ngan anak ikan gapi dalam air. Hisshhh.

Apapun sampai rumah kul 6 petang yang mana dari kul 1.30 tghari lagi kami berada di Smart Kids karnival.

Enjoy to the fullest!!!!

8 comments:

Wansteddy Tales said...

Memang dapat agak la esok n lusa confirm lagi heboh. Xboleh tidak kena pergi sabtu juga ahad hari berlibur di rumah hahha... besh je tgk anak2 k.ayu enjoy2 kat smart kids!

Em's Family said...

ayu, i tunjuk gambar gambar u dekat emir.. kate nak pergi tak.. dia kate nak nak sebabbbbbbbb tengok anak u dapat banyak goodies :D

AyuArjuna BiGoshh said...

wan- ejoy ler kalau kena ngan aktiviti bdk2 tu main...heheh maknya ngantuk semalam tido kul 5.30 pagi

mira- heheheh...tapi rasanya hari sat n sun ramai....try cari booth yg kurang popular tak serabut...CIMB booth plg besh lah bagi ai ..huhu

mama_umar_maryam said...

suke sgt tgk sis slalu join event2 camni,tgu budak2 kt umh tu beso sket baru best ;), byk goodiessss,sukeeee

AyuArjuna BiGoshh said...

support anak jer ni hehehe...isi masa luang mereka.... :)

Ezay Hadry said...

best nye..tak pernah pergi pun, tapi untuk budak2 je kan..ezay budak2 lagi kot..hahaha kalau budak besar tak boleh maen la yer madam? haha

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

kesian ikan jadi mangsa.. kalau budak2 ne pun sama kot. ne hsbd ila sibuk nak beli akuarium..umah kecik mcm semak je tambah lagi satu benda hehe

Mama Zharfan said...

ur kids memang enjoy these kinds of activities..my hubby jenis tak suka me pegi tempat2 crowded dgn my kids,,adess