Cabaran Kuat Kekal Kuat Kraft Singles

Hari sebelum acara saya dapat sms seperti diatas. Pukul 2.52 pagi beb! Dan acaranya esok pukul 11 pagi. Terkezut bila bangun subuh dapat sms suruh menghadiri acara pukul 11 pagi hari itu jugak. Terpilih antara 10 finalis ke cabaran memang besh tapi saya sebenar-benarnya sudah ada plan lain iaitu "Mother & Daughter's Day Out"...tapi kita kena sentiasa berfikiran positif..Hmmm saya pasti boleh mengharunginya :) Hehehe
**Menang bergaya, kalah tak kecewa ahaks :)
Anaqi datang dulu ngan Mak Biq dan Mak Sha di 1 utama. Lepas daftar dalam kul 11 pagi ++ terus inform saya yang kat Gym (time tu) tentang acara ibu dan anak ini akan bermula pada pukul 1 tengahari.
Ini adalah antara peserta-peserta cabaran anjuran Kraft Singles dan radio Sinar Fm.
DJ yang menceriakan pagi anda dari SinarFm. Memang ngam lah trio penyampai ini. Sangat meriah dan kecoh sebab saling mengusik antara satu sama lain. Terutama Salih Yaacob teruk kena hentam ngan Raja Azura, adeh kes kahwin 4 ler :p
Ada 5 check points. Antaranya kena buat jumping jack/star 10 kali...
Merangkak...tolak anak menggunakan skateboard, skipping dan lari kat lubang tayar. Pemenang adalah berdasarkan masa yang paling pantas. So saya peserta no.5 beraksi. Lajukah saya dan Anaqi, wahahahah...ntahler weii saya merangkak cam siput gak :p
Sementara menunggu pengumuman pemenang..ada suprise untuk Khairil.....Besday Cake!!! Waahh kitaorang semua nyanyikan lagu hepi besday untuk Khairil. Gamat suasana time ni :)
Di belakang Khairil tu ada wife dan anak2nya yang terchenta.
Sebab program "kita-kita" ajer so "kita-kita" ajer yang memeriahkan. Sangat simple tapi tetap meyeronokkan.
Selain dapat makan kek, peserta diberikan makanan tengahari. Roti-roti yang sangat mengeyangkan.
Yesza, saya dan Anaqi menerima hadiah saguhati dari pihak penaja.
dan inilah juaranya...satu-satunya peserta cina yang menyertai dan menang GP lagik. Tapi memang dia dan anaknya sangat hebat. Makan cheese hari-hari ni sebab tu kekuatan luar biasa :p
Dapatlah beg tahan beku, cheese 24 slices dan voucher Jusco RM100.
Hik Hik mak dah pancit la...kena exercise lebih ni barulah fit. Anyway grats to all finalist too. Uolls tetap hebat. Meh meh makan cheese hari-hari, tulang kuat seperti besi. Boleh gitew :)

Comments

Afida said…
best la akak nie...macam2 akak ngan anak2 join kan...i like so much!!!!!nk kena menuntut dari akak nie...banyak sgt :)
salam perkenalan jgk utk akak dr saya :)
Hermit said…
hmm.. kalah 3 saat... lain kali kalau nak kalah, kasi kalah kaw2 mah... LOL.. apa2 pun tak kisah, for fun mah :)
Mama Zharfan said…
congrats ayu! tabik spring :) besh dpt voucher tu :)
Afida- hoho kena rajin masuk site esp radio stesen :)

dedet- kan kan kan

suzz- :) for fun ajor