Mom & Baby Expo 2011~Jom Jom

yeahh! Sakan ai sibuk ari ni ya. Dari kul 9am ke gym, kul 10am ke UTM KL dan kul 2.30 ke MV sampai termiss meeting Fellow kul 12pm. Hik Hik. Lepas tu kul 4.30pm leh sangkut gi survey kat Boulevard (depan MV)~dapat cash RM60, penat tapi boleh senyum gembira.
saya sampai terus daftar nama untuk 2 acara. Cam biase crawling contest (anjuran Heinz) dan faster change (Palmers). Dan gambar di atas masa crawling contest. Siyes lawak giler. Baby2 ni merangkak suka suki. Ada yang tak gerak2 dari garisan permulaan lagi.
My Amani menang masa saringan pertama dan masuk final. And guess what. Dapat no. 2.
Booth ni antara yang ramai peminat. Selain itu produk pampers baru Whoopeee harga RM20 satu paket besar dan baju2 Fiffy sangat menarik perhatian saya :)
Ni hadiah dari hamper Amani dapat. Dah cam atlet baby crawling Amani la ni. Hik hik.
Pertandingan lipat kain lampin dan pakaikan kat baby paling cepat. Saya dan Amani dapat no.2
isi goodies bag untuk pengunjung expo :)
dress comey ai beli untuk Amani, 50% off. So dalam RM20 sehelai. Dan crochet hat yang comey. Duit survey cover balik apa yang saya beli :p
p/s: Malam ni nak gi OU ada event nuff dan Digi. Lotih makkkk!!!!

Comments

Mama Zharfan said…
wohoo..tabik spring kat u ayu--super mommy+pro comper :)
suzz- me not so super ler hik hik
fuyoh...dashyat lah amani. maknya lagi dashyat...congrats!
devi- hik hik...ai takde lah hebat manapun huhu
wah kali ne amani crawling jugak.. yg last masa kita jumpa dia tak mo gerak2 hehe
hahahaha..sebab persaing yang lain langsung tak bergerak hahahaha