Outing dan Makan-makan @ Carl's Jr.

Uolls biase makan kat Carl's Jr. tak?
Actually ni pertama kali buat ai dan famili.
Ni pun my Anaqi yang sangat beria request kat Dedet die nak makan kat sini. Memandangkan dah lama tak bawak famili makan tempat2 baru so Ahad time tengahari minggu lepas kami sekeluarga layan makan kat sana. Di Carl's Jr. bahagian Old Wing 1 Utama :)
Gambar founder Encik Carl... Idup lagikah? Ai lupa nak guggle..hik hik

Hepi ler outing satu famili. Lagi hepi My Anaqi akhirnya hajat nak makan berger kat Carl's Jr. udah tercapai. Biasanya die duk ngedeng Mak Biq yang tapau berger ni setiap kali sekembali dari kerja (makan lebihan tapau hahaha).

Ramai tak ahli keluarga ai? Kereta sedan still muat lagik. Lagi 2 tahun sendat udah so Dedet cepat2 tangkap itu MPV yang cun satu buat saya ya... Senang nak meronggeng ngan anak 5 owang.
Salah satu Charbroiled Burgers tapi untuk tambah salsa kat dalam leh buat sendiri kat "Salsa Corner" yang disediakan.
Salsa corner dari spicy ke yang sedang2 pedas. Bolehh amik ikut suka dan selera tekak memasing :)
Berger dia memang besar kalah versi berger King-nyer (McD takyah citer la haha). So kalau betul2 lapar berger Carl's Jr. memang boleh mengenyangkan. Dan rasa daging yang dipanggang di atas bara api memang totally berbeza, rasa kesedapan lain dari yang lain.
Anaqi makan 1 berger + 1/4 berger. Banyak ko!! Silap bulan memang bulatler badan Anaqi ni, sib baik aktif so tak nampak bam bam sangat. Si akid lak makan banyak gak cuma die nampak kurus keding sikit, ai suspect die bluetooth lemak2 die kat Anaqi lar... :P
My Amani cara makan no komen. Tolak batu dan kayu jer die tak telan. Krayon pun bantai nak makan, sib baik sempat diselamatkan dari tertelan ke dalam usus perut :p Kat Carl's Jr. die bantai satu pek fries untuk die sorang.
Hepi boys... Setelah selamat RM81.20 dibayar harga makanan tengahari untuk hari tu ya!
Khas buat Anaqi yang dah lama mengidam nak makan kat sini. Tu less pasal anak2 selagi kederat ada, selagi kemampuan itu berupaya, sehabis-baik ibu-bapa akan realisasikan ke realiti.

P/s: Buat Anaqi dan Yana all the best for your Mid Term Exam ya. My Anaqi siap dah request hadiah dah, kalau satu subjek dapat 90 keatas boleh tukar satu game kat PSP :p

Subjek ada 7, so gambate Anaqi!!!

Comments

Mama Zharfan said…
anak2 penyeri hidup :)
Hermit said…
memang leh tahan gak rasa burger & fries dia... burger pun memang besaq, nak perabih sebijik tu jenuh gak, tak tahan ngan anaqi makan giler banyak hahaha

Popular Posts