PANAS!!: Kek Secret Recipe Tidak Halal??

Bikin panas jer ari ni, bila member2 fesbuk tag kat ai isu ini "Kek Secret Recipe Tidak Halal". Waduh, dah beberapa bijik kek dari SR dah ai telan adeh. Camne nak samak ni...

PENEMUAN DNA BABI DALAM BAHAN RAMUAN SYARIKAT PURATOS MALAYSIA SDN BHD
Mesyuarat Panel Pengesahan Halal Malaysia Bil.14/2011 yang diadakan pada 12 Mei 2011 telah memutuskan permohonan Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd ( JAKIM-20100609-123757 ) adalah tidak berjayaberikutan penemuan Deoxyribonucleic Acid (DNA) babi dalam bahan ramuan ( Whole Egg Powder dan Whole Milk Powder ) yang digunakan syarikat tersebut. Sehubungan itu, semua pemegang ataupemohon baru Sijil Pengesahan Halal Malaysia yang menggunakan produk keluaran Syarikat Puratos Malaysia Sdn Bhd dikehendaki untuk melakukan perkara-perkara seperti ketetapan berikut :
  1. menukar produk tersebut kepada produk lain yang memiliki sijil halal yang diiktiraf;
  1. mengemukakan resit pembelian produk baru daripada pembekal yang memiliki sijil halal yang diiktiraf ( jika berkaitan );
  1. melakukan proses samak; dan
    4. mengemukakan bukti surat akuan samak daripada pihak Jabatan Agama Islam Negeri.
tengah-tengah ai panas-panas~ panas hati, panas badan, panas telinga...
alih2 dapat info dari page SR, sepantas kilat, guruh belum sempat bergegar lagik!

Secret Recipe MalaysiaMaklum-balas terhadap Artikel Blog di Harian Hullahup dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia
.
Saya, Wan Zawani Bt. Wan Ahmad, Eksekutif Halal daripada syarikat Secret Recipe ingin menyatakan maklum balas di sini berhubung hebahan atau kandungan artikel blog yang telah dibawa untuk perhatian kami. Kami amat kesal kejadian seumpama ini boleh berlaku walhal perkara ini langsung tidak terjadi di syarikat kami kerana kami sepenuhnya menggunakan bahan-bahan ramuan yang halal serta mendapat pensijilan halal dari daripada badan yang diiktiraf iaitu JAKIM. Jika terdapat sebarang kemusyikan berhubung perkara ini, anda boleh berhubung terus dengan pihak kami di talian 03-78034891 dan berhubung dengan saya. Dengan ini, kami juga ingin memaparkan kenyataan rasmi daripada syarikat Secret Recipe berikut:

So kesimpulannya: Meh kita bako..kita bako kek buatan sendiri sebab TERJAMIN KEHALALAN-Nya...(Prinsip idup ai: Biar kek senget + tak cuns, sedap tak setara mana, janji masuk perut kenyang dan dijamin suci murni buatannya) Hik Hik
PANAS!!: Kek Secret Recipe Tidak Halal?? Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on May 23, 2011 Rating: 5

7 comments:

  1. susahnya zaman sekarang nie kan.. banyak sangat benda makanan yang tak halal.. harap dijauhkan dari makanan2 mcam nie..

    ReplyDelete
  2. cutemum- hmmm tu lah kan..yang sedap banyak pulak ramuan yang haramnya hmmm

    ReplyDelete
  3. tu la kdg2 rumors camni kena bc btul2 kn...smlm pn kita dh inform kwn2 gk psl ni...so bole la mkn kek SR..lama tk jejak ke SR..hehehe

    ReplyDelete
  4. beli kat kawan2 yg teror buat keke kalau tak reti buat. aci tak??

    ReplyDelete
  5. me fail bab2 buat kek--mkn kek ajer me reti heheheh

    ReplyDelete
  6. mt- tu la ayu ader vou SR klu tak halal cam rugi lak hehehe

    ila- boleh ajo kira membantu kawan jugak :)

    suzz- me pun kekadang fail gak bab buat kek makan stkt ni tak pernah fail lagik

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.