Thursday, May 26, 2011

Terberanak Sendirian Dalam Rumah**Me Fainted :(

Bukan ai yang terberanak hokeh! Tapi a good fren of mine :)

Kebetulan hujung minggu tu dia dah rasa sakit2 tapi still rasa kuat and dia ingatlan itu adalah "false alarm" memandangkan tarikh sepatutnya bersalin awal bulan Julai. So hari Ahad si suami pergi keje cam biasa walaupun dalam hati cam rasa lain macam tengok muka bini yang ala control sakit.
Tiba-tiba dalam kul 1tengahari lebih kontraksi makin kuat, tepon laki tak angkat so dibiarkan sampailah satu tahap rasa ada benda kuar dibawah. Kawan ai merangkak-rangkak dari dapur ke ruang tamu nak mencari tepon. Paling sadis anak dia yang dua tahun duk nangis tengok mak die ngerang sorang2..
Alih bayi dah kuar die pun panik tak tahu buat apa. Last2 call kawan-kawan keje (kes no phone jiran tertangga takde + kredit dalam phone ada berapa sen ajer). Kawan-keawan keje semua pakat kalut nak gi umah kawan ai tu (tak termasuk ai sbb ai tak tahupun). Merata-rata datangnya dan yang paling cepat sampai Kak Yah. Dada baby dah biru, kawan ai yang terberanak ni dah lemah.Tali pusat still ngan bayi (tak potong lagik). Plasenta tak kuar, naik lagi atas adoilah..Terus kalut call ambulan panggil jiran2 yang mana patut. Siap org hospital ajar mana ikat tali pusat (siaran langsung dalam ambulan). Ada kot dalam 2 jam lepas bersalin bawak gi hospital. Koyak dalam peranakan yang besar. Dan baby kuar 1.7 kg lebih! Kecik jer.
Sanpai hospital member ai dah lemah sbb bleeding banyak rasanya. Baby kena masuk inkubutor NICU suspect tak cukup bulan (until posting ditulis kitaorg tak dibenarkan lawat baby~pihak hospital tak bagi). Baby tu kecik jer masa lahir sekarang cam besar (member ai cakap) sebab kena cucuk banyak ubat, siap kaki biru dah. Sediiiiiiiiiiiiih giler....adoihai...


Can u imagine that u tengah sakit meneran, anak u 2 tahun menangis tengok u sakit. Subhanallah..tapi nak buat camna dah ianya nak berlaku. Cuma rasa sedih tengok bayi yang dilahirkan yang kena cucuk macam-macam ubat lagilah rasa double adoihaiii. Hopefully kawan ai ngan baby baru die tu takde apa2 dan selamat. Amin


p/s: ai wonderlah macamana orang dulu boleh beranak kat rumah dan proses dier cam senang jer :(

5 comments:

Mama Zharfan said...

sedih+scary baca citer ni..moga2 baby tu cepat sihat & kwn u pun cepat ok...

Cute MuM said...

tadi baru jer baca entri seorang blogger sambut anak buah sendiri sebab tak sempat tunggu ambulans.. yang ada lagi kes pasal nie.. kesiannya kawan ayu & baby tue kan..
semoga cepat sembuh..

BABY(MAMA AMANA&ARIEF) said...

erkkkkkkkkkk.... spechless

RAS said...

ala kak ayu ni buat saya cuak je. saya pon due date 1st july tapi takde plan nak cuti awal. kot2 rasa nak bersalin kat opis, kak ayu le tolong hantar pi sepital! kalau tak, bersalin bawah meja opis le saya jwbnya :))

@e_da said...

sayunya..sedih pun ada..camanala diamelaluinya sorang2...tak sampai hati baca tang anak dia menangis sedang ibu tgh sakit tu..kesian betul,...moga mereka terus sihat