Saturday, May 14, 2011

Test Drive KIA On Tour 2011

Kali kedua saya gi test drive! First time dulu kereta Ford under aktiviti Majalah MWW. Kali ni anjuran KIA sendiri. Semangat betul sebab nak try Kia Forte yang mengancam itew. Kali ni KIA buat promosi besar-besaran sebab saper yang test drive dapat 2 borang cabutan bertuah dan kalau buat booking kereta dapat 5 borang cabutan bertuah :) Hadiah cabutan Kereta Kia Forte (warna putih). Kira betul2 nasib lah boleh dapat. Cabutan diadakan pada bulan 10 di The Curve PJ.
Ada gak kuiz yang perlu diselesaikan. Dan task last kena amik gambar kat sini. Layan ajo!! Kebetulan semasa saya buat pendaftaran untuk test drive ada kereta Forte available so tak perlu tunggu lama :)
Cun!!! sebab ada kamera kat mirror. Nampak tak petak merah, kuning dan hijau. Tu menunjukkan jarak kenderaan di belakang. Boleh guna aplikasi ni masa nak "reverse" kereta.
Butang untuk "start kereta". Hik hik dah cam rasa bawak keta mainan lak. Tapi kena tekan brek dan butang baru enjin kereta boleh hidup.
Cantik kan... air-cond bole set auto so dia bergantung pada keadaan suhu dalam kereta. Maknanya kalau panas dia akan kasi sejuk sikit.
Afiq dan Akid adalah antara penumpang kereta yang dipandu. Anaqi siap boleh tertido lagi. Apapun memang beshlah kereta KIA Forte ni. Rasa selesa ketika pemanduan selain dari penjimatan minyak (katanya dari Grik ke Rawang hanya RM50 ajo). Kalau statement saya ni tipu kita salahkan promoter KIA yang habaq kat saya ya!!
Cam biasa selain dapat borang lucky draw menang kereta (fuhhhhhhhhh) dapat gak goodies KIA sebagai souvenir sebab test keta KIA. Uols nak pegi test drive, esok Ahad 15/5/2011 kat OU ada lagik. Meh meh kita berongeng bersama itu Miss Forte.

2 comments:

Mama Zharfan said...

me doakan u menang :) nama u sellau lucky :)

AyuArjuna BiGoshh said...

suzz- amin :) me pun kurang lucky dalam bab2 lucky draw