Tulisan Anaqi Pesen Cakar Ayam

Adoihai, ai sangat pantang bila semak buku kerja sekolah Anaqi. Sangat sakit mata terutama tulisannya yang macam cakar ayam. Anaqi menulis dengan tangan kiri (kidal die nih) dan selalunya orang tangan kidal dikaitkan dengan unsur-unsur "kekreatifan". Mungkin betul jugak! (tapi Anaqi kalau subjek seni lukis ohh sangatlah tidak menyerlah hahaha)Tulisan makin teruk bila time kerja sekolah banyak untuk hari tertentu. Dan saya memang perasanpun setiap kali ada subjek BM mesti ada kerja rumah karangan. Dan Anaqi ni walaupun dia jenis cam cincai tapi kerja rumah tak pernah miss buat.
Saya perasan juga walaupun seni pada tulisan itu tiada. Buruk semacam. Tapi dari segi penceritaan memang baik so kat situ saya nampak di mananya sifat "kreatif" dalam diri Anaqi.
dan sebentar tadi ketika saya belek-belek buku sekolah Anaqi saya ternampak komen khas dari Cikgu Julia Chee guru Bahasa Melayu Anaqi. Huhu, buruk pun buruk lah tulisan mu Anaqi janji sifat kerajinan itu ada dan cukup membuat seorang ibu happy.

Comments

awjan said…
xper kak...lama2 ok laa tu...asal rajin bt keje skolah...
Mama Zharfan said…
me pun tumpang happy :) tak pe tulisan buruk asalkan boleh dibaca :)
awjan aka cik wa: tulisan tangan mmg cincai,,,rajin tp ada gak malasnya :p

suzz- baca dengan sabar suzz hik hik

Popular Posts