Amazing Race Bersama InTrend!!

Wa wa wa... Speechless sebab seronok walaupun penat setengah mati, hahaha.
Bersempena dengan Ulangtahun InTrend ke-6, terdapat banyak aktiviti yang dianjurkan oleh majalah InTrend untuk pembacanya dengan kalaborasi beberapa artis Malaysia yang terpilih. Untuk menyertai setiap pembaca perlu memilih aktiviti yang hendak disertai dan WAJIB membuat slogan khas ulangtahun InTrend. Sebab ianya acara esklusif bersama InTrend.

Dan saya antara yang terpilih, Syukran :)
Suke mak noks!
Lepas tu boleh ajak member lagi sowang. Susah gak nak buat pilihan ni dan kebetulan Suzz on9 fesbuk (ketika saya dapat panggilan untuk menyertai)~Terus saya ajak my BFF ni join sama :).
Kami berkumpul di Sunway Piramid dalam kul 1.30 tgh, lepas tu gerak ramai2 ke Sunway Lagoon.

Ekceli kitaorang takde idea apa nak buat kat Sunway Lagoon walaupun asalnya kami dipahamkan nak main go-kart. Tapi pihak InTrend memang dah pesan suh bawa baju lebih~so dah agak mesti ada aktiviti melibatkan air. Tapi tak sangka lak ada AMAZING RACE~ waduhhh ini sungguh BEST banget (cam terpengaruh dengan marshall kat setiap check point, hahaha)
Zoey dan Shila ND Lala join we olls, grup leader yang sangat dedikasi nih. Hik Hik. Untuk grup saya Zoey abang Gerak Geri Gasing. Setiap team ada 6 owang termasuk team leader dan nama team saya "Super Doope". Sesuka hati jer kami bagi nama sebab disuruh fikirnya selama 2 minit. Janji bahagia hahaha.

Ada 10 check point yang perlu dibereskan selama 1 jam 30 minit. Tapi kami sempat siapkan 6 tasks jer (tu pun kira banyak tau). Antara simpton/fenomena/alasan logik kenapa kami tak sempat siapkan tugasan:-
1. Sunway Lagoon besar, rasa nak patah pinggang duk lari dan marathon jalan tak berhenti. (Rasanya boleh turun 1.05 kg main aktiviti Amazing Race dalam masa satu hari, hik hik)

2. Team kitaorang tersilap strategi. Ingatkan dalam TnC "delegate task"~ boleh bahagikan tugas so kami berpecah. Rupa-rupanya tak boleh berpecah. So ended-up kami buang masa dalm 40 minit untuk berkumpul balik. Menjadi problema sowang pun tak bawak phone kecuali team leader. Sib baik dapat jumpa Zee *orang kuat Intrend, pinjam tepon dia dan contact Zoey.

3. Disebabkan kegigihan mencari Zoey dan adik baju merah saya dan yang lain gigih memanjat tangga yang tingginya ala Batu Caves lepas tu turun balik, so kePANCITan tenaga sudah berlaku di situ. Siap berhenti kat kedai minuman. Member kuar duit ada 5 hinggit air mineral 3 hinggit, beli sebotol lepas tu merayu kat abang jual mintak cawan + ais secara percuma. Sebabnya kami dahaga giler! Air lepas tu tadah kat water cooler, hahah sadis tapi cam kiraorang sonok jer~adventures beb dalam survive.

3. Masuk rumah hantu takleh lupalah pengalaman rasa nak menyepak hantu-hantu kat situ. Seram siott. Tengok citer KARAK pun tak seseram ini. Dah sebabnya kami peserta saya rasa level keganasan hantu kat Rumah Hantu tu memang luar biasa. Tapi yang heran tu Zoey saja yang cam tak berperasaan. Tak takut langsung. Kasut saya beberapa kali tercabut siap saya terpaksa meraba-raba balik carik. Ada satu part tu ada hantu cam Zombie siap nak curik kasut yang tercabut. Banyak kali saya tarik baju si Dyat, abih kembang t-shirt dia, hahaha. Sowi eehh Dyat besday ko nanti akak kasi presie t-shirt Sunway, hoho.

4. Naik canoe splash pun antara aktiviti yang banyak kami buang masa. 3 kali beb turun naik. Kesnya orang yang jaga canoe tak kasik kitaowang naik. Sebab dia tak tahu ada games kesnya baru tukar shift. Tapi last2 kami dapat naik juga. Seram sebab canoe tu menjunam agak tinggi dan kami kena pastikan belon yang ada air (kena bawa) tak pecah. Sib baik tak pecah :p

5. Main air yang dalam pelampung besar sangat besh. Rasanya nak terjun jer dalam air. Benar2 hilang stress. Tapi kelakarlah gelagat Zoey time ni. Sebab dia takut baju basah~dalam pelampung tu yang ngam2 6 owang siap si Zoey melompat2... Hahahaha.

6. Kena kiss biawak yang tak habis menjelir2 lidah. Yuckkk. Dahler tu kena cium kepala iteww biawak. Menggigil mulut saya kena comolot ngan spesis yang paling digeli oleh saya di abad ini.

7. Banyak... banyak sangat pengalaman yang dikongsi. Tapi dalam hati alangkah baiknya dapat habiskan semua aktiviti. Kitaorang miss buat go-kart dan papan luncur :p
Zoey, Shila dan PIC dari Sunway Lagoon yang bertanggungjawab menyediakan task, terbaeklah Bro!
Zee orang kuat InTrend. Thanks so much for your support ya (pinjam tepon untuk carik Zoey!)
Gambar amik semua lepas beraktiviti. Sebab kamera dan beg2 kami simpan dalam locker. Kepenatan dan kelaparan :)
Yea dehh!! Kami menang walaupun dalam 40 minit tak buat apa2 task tapi masih mampu menghasilkan 6 tugasan dengan cemerlang. Aktiviti yang sangat happening dan best! Terima kasih InTrend dan Sunway Lagoon, u really make my day. Dan tak lupa juga my team mate Suzz, Dyat, Adik baju merah~ aishah(betul tak?) dan adik baju hitam~lupa deh nama dan Zoey yang sporting. You Guys Rock!!!
2 perfume Adidas, yeay! So khas buat Dedet yang memahami dan izinkan saya beraktiviti. Muahhh.

Comments

Mama Zharfan said…
besh baca entry u ayu hehehe ala2 advertorial ni heheheh

at least ada gak sekeping group pic tu..:)
wah bestnya baca entry ni, terhibur panjang huraiannya,tahniah menang hadiah best tu
bestnye jadi budak2 balik... like ittttttttttt
suzz- semangat kan i bercerita

anje :) tenks anje

ila- sonok mak budak jadi budak luar biasa aktifnya
Nana said…
wow sangat menyeronokkan
bez dapat adiah tu plg bez
naNA- WINk wink...pancit...ahaks