Deerland Tempat Anakanda Bermain-main

Otw balik dari Pusat Pemuliharaan Gajah, singgah jap kat Deerland. Asalnya tak nak masuk sebab dah lewat tapi bila dapat tiket half-price so alang2 masuklah anak-beranak.
Kedatangan di sambut dengan spesis haiwan diatas. Takde pelawat pun kat situ, ai dan family ajer. Maybe sebab baru lepas hujan + dah lewat...
Jalan berlenggang dengan senang hati sebab lawatan "kita-kita". Dalam hati tak risaupun kalau anak ilang sebab kawasan kecik dan boleh nampak anatara satu sama lain.
Port paling besh~ "deer in da house". Sakan kitaorang bagi makan kat "deer-deer" ni. Paling lama kami anak-beranak berada kat sini.
Mula-mula rasa takut jugak sebab tengok deer yang pelbagai saiz dan nampak macam lapar sangat.
Comey tak saya??? Hahaha. buat muka kesian sebab nak makan (yo lah tu)
Kiss me kiss me... erkkkk aksi Akid secara spontan (nampak jer berani tapi penakut gak tu).
Takdelah banyak sangat binatang kat situ. Tapi bolehlah dengan bayaran tix kanak-kanak RM3 (sorang) dan dewasa RM6 (sorang).
Antara yang menarik kat sini ~Beruang! Ada sesi bergambar ngan beruang lagik, kul 11 pagi dan 1.30 petang.
Dan secara tidak sengaja Yana terjatuhkan botol air coke yang berisi air masak. Abihla. Beruang terus penyek2 botol tu. Hmmm tapi beruang tu sangat sedey sebab die tertipu ingatkan air coke rupanya air masak. Hahahaha.

P/s: Yana cuak lepas terjatuh botol terus kalut2 nak kuar dari situ. Anaqi lak sebok2 nak bagitau penjaga kat situ. Hik hik.

Comments

Mama Zharfan said…
tak tau pun kewujudan deer land ni hehehe
kecik jer tempat die suzz klu dah alang2 ke kuala gamdah boleh singgah :)
Hermit said…
i think oklah fee dia tu... siap kasi ubi keledek potong2 khas utk kita kasi rusa makan, 1 bakul kecik tu isinya banyak gak, 5 tiket so kasi 5 bakul (afiq & amani tak perlu bayar tiket masuk)... jenuh gak nak perabih suap makan sbb my kids (plus mak diorang skali) kecoh2 takut... riuh-rendah cam kat funfair hahahaha... & also k/tgn kat sana very friendly :)