Wednesday, June 8, 2011

Happy Smurftastic Day!!

Aloha Smurftians'... Ya dey Smurf Movie akan ditayangkan bermula pada 1 Sept 2011. Sangatlah besh nak tengok orang kerdil biru dengan pelbagai karektor beraksi di layar perak. Anak2 ai lagi ler siap pesan suh carik tiket Movie Smurf awal2. Belum lagik nak oi, puasa dulu :p Sempena dengan tayangannya pada bulan 9 nanti, Hari Smurf Day telah diadakan pada 7 June 2011 bertempat di IPC.
Sana-sinun penuh dengan patung Smurf yang comel. Rasanya watak Clumsy Smurf tapi rupa semuanya nak sama~kira sepupu sepapat perkampungan Smurf belaka. See my Yana sangat hepi dapat beronggeng ngan adik-beradik laki di IPC.
Banyak kan patung Smurf, geram ai tengok. Tapi yang ni memang khas dibawa dari U.S so memang limited edition even hadiah patung ni tak ada dalam senarai free gift dari Sony Pictures. Huk Huk. Lupa nak habaq di sepanjang acara penuh dengan Q&A pasal Smurf. Ai adalah jawab soalan dan dapat buku aktiviti Smurf sebagai hadiah.
Orang kuat Sony Pictures mengucapkan kata-kata aluan kepada media dan semua tetamu yang hadir. Saya duk nun belakang malaslah nak bersesak dengan reporter kat depan.
Cuppies yang cantek banget. Semuanya ada karektor Smurf. Jamuan untuk semua media dan mereka yang datang ke Smurf Day!
Perarakan masuk Clumsy Smurf, Smurfette (dalam perkampungan Smurf die sorang jer pompuan) dan juga Papa Smurf (ada kat depan Smurfette, :p )
Yup uolls kepada sesiapa yang berpeluang mengambil gambar dengan karektor Smurf anda berpeluang memenangi hadiah TV 42' ini. Bukan setakat bergambar ajer anda kena terangkan juga ‘Why you would like to watch The Smurfs in cinemas?’ (dalam 50 pp ajer). Apa lagi cepat2 ke IPC amik gambar ngan Smurf kat sinun!!
Karnival tu depan die ada kedai FOS. Lepas tu ada SALE. Selamatlah duit yang dibekalkan Dedet untuk ai meronggeng ngan anak2. Flat shoes RM12 (murah ko dari 39.90) dan sling bag ala vintage style RM29.90. Ekceli ai cam ada pasang niat nak melawa ala vintage style. Mak dah boring dah dengan gaya sempoi dan oldies, nak jadi pompuan stylo lak hahaha. Ceh alasan baek untuk suami yang memahami... Hhmm take note Dedet!

P/s: Saya jumpa kak ina kl (kalut sampai lupa ajak kak ina bergambar :p ), cik lily putih dan others hardcore blogger kat sini :). Nak baca posting kak ina pasal Smurf Day... klik sini ya!

13 comments:

mummy_ayu said...

wah..dulu2 masa kecik2 suka sgt tgk smurf nie..best..nie nak kuar movie..harus la gie terjah nie...

AyuArjuna BiGoshh said...

mummy_ayu- ayu dulupun minat kartun ni...kira cam tonton untuk mengembalikan nostalgia lama ler...hik hik

hazman aka species1980 said...

hai... tak sempat kita nak berkenalan semalam...agak kelam kabut kan ngan orang ramai....ingatkan event untuk blogger jee...hope dpt jumpe kat next event...

AyuArjuna BiGoshh said...

hazman- ai ai sir..tu ler kan..cam ramai sgt owang..reporter pun ader :)..next time hokeh

mama tisya said...

suka kartun smurf..cute la cuppies tu

AyuArjuna BiGoshh said...

mama tisya- cute banget sayang nak gigit patung tu :)

Mama Zharfan said...

siyes sgt cute!! kalau dpt cuppies tu beshnya hehe

AyuArjuna BiGoshh said...

cuppies tu comey suzz, sayang nak makan :)

Hermit said...

ni nak buat pengakuan ikhlas utk mi.. selama ni malas nak cakap... i hate smurf citer kartun tu, menyampah, meluat, bohsang etc... (note: kalau u dapat tiket, sila setelkan sendri ngan anak2 yuk) muahahaha

AyuArjuna BiGoshh said...

dedet- i know what u did last summer with iteww smurf,,wahahaha

CikLilyPutih said...

itulah ramai sgt org nak borak2 pun payah.. leceh betul lah.. hehehehe

AyuArjuna BiGoshh said...

cik lily next time kita jumpa sambil chat2 ya :)

Anonymous said...

tak boleh blH Nk pKi vintagw style puler... hahahahah... ada style ke kamu skang macik hoiii :p

-adik mu yg cure-