Thursday, June 9, 2011

Menonton Preview "Super 8"

Yesza ai dapat 6 tix preview untuk menonton 'Super 8' di Cathay Cineplex pada hari Rabu 8 Jun 2011 pada pukul 9.30 malam. So dapatler ai bawak satu famili menonton sama kali ni. Cam seram jer kan tajuk filem ni kan. Tapi ianya bukan citer hantu tapi citer alien :p
Anak ai kul 9 malam mata still cerah lagik. Tapi Hari Rabu memang ramai sangat orang nak tengok movie (half price tix). Ditambah lagi dengan majlis hari jadi untuk anak seseorang disitu lagilah gamat (siap buat majlis sambil tengok Kung Fu Panda 2, berapalah agaknya kos yang dikenakan ya?)
'Super 8' jalan citer dier not bad. Pembikinan filem ala zaman 70-an. Cara berpakaian, bercakap semua style orang lama. Kisah 6 sekawan ni tengah buat shooting filem yang mana salah satu scene mereka menjadi saksi dalam kejadian perlanggaran keretapi. Elemen kekeluargaan, kepercayaan dan persahabatan sangat kuat dalam filem ni. Walaupun sasaran isu yang dipertengahkan adalah mengenai Alien.
Wajah alien yang menjadi misteri kepada penduduk Lilian. Ada gak babak yang suspen, lawak dan ada jugak yang touching bila hero tu imbas kembali kenangan bersama ibunya yang baru meninggal dunia. Anaqi emo part ni, siap menitik air mata lagik. Bagi Encik Huby citer ni biasa2 ajer, si Pary lak "tak besh langsung" but not for my kids (kecuali Amani dia duk tido dari lepas iklan sampai lah abis citer) semuanya siap kata "Beshla mummy". Anaqi siap request nak beli DVD 'Super 8'. Tapi tak berbaloi rasanya sebab 'Super 8' ni jadi besh kesan dari sound system yang hebat. Kalau setakat TV jer mungkin tak rasa besh mana :) menontonnya.
Selingan kepada peneka2 yang berjaya. Hadiah anda ai dah pos semalam petang. Just roger eh kalau dah sampai. Harap uoll sukalah walaupun ianya tak seberapa mewahnya :p


6 comments:

Nana said...

cite ni antara cite yg sy nk tgk hehe
ayu camane leh dpt pas tu

Liz Rohaizat said...

hoh, nyesal baca. akak ni bg spoiler la... pasal alien rupanya. saya pergi tgk malam esok.

i love steven speilberg!

Mama Zharfan said...

mr hubby sibuk nak pegi tgk citer ni :)

tq in advance for the gift!!! *tak sbr tunggu hadiah hehehe

eynda said...

Bestnyer dapat tengok free :-)

AyuArjuna BiGoshh said...

nana- dari flyfm

liz- hahahahahaha ..sowi :p

suzz- not bad citer ni la

eynda-mmg sangat best bila free utk satu famili..

Anonymous said...

bicho pelu de pimenter mmmmmm con cebito. ohhh garrochales arecibo