Setelah 33 Tahun Akhirnya...

Saya menjejakkan kaki di wilayah Genting. Wahaha. Bukan saya dan anak2 sahaja, suamipun buat pertama kalinya berkunjung ke Genting. Yang lawaknya percutian kali ni memang tak plan. Packing baju terus jejalan kat kawasan Lanchang, arah balik ke KL mula2 ingat nak bercuti di Colmar Bukit Tinggi tup tup tersasar ke sini :)
Sarapan kat dalam taman tema, not bad! Walaupun harga agak mahal tapi kalau pandai memilih dapat masakan yang sedap. Kitaorang order pizza yang harganya RM10 (regular size), rasa so-so tapi kenyang sampai ke tengahari.
Rupa-rupanya banyaklah permainan kat taman tema ni. Cam berbaloi gak masuk pagi2, mainlah sepuas-puasnya. Yang besh tu walaupun cuti sekolah tapi ianya hari weekday~ Selasa. Ramai gak orang bila dah masuk tengahari tapi still takleh lawan time weekend kan?
Ai cam nak gelak bila tengok Akid main permainan ni. Cam malu2 jer berbanding dengan adik cina kat sebelah yang gelak sakan.
Fenin-fenin berpusing-pusing...
Ai tak main permainan ni. Cam gayat jer berpusing2 tinggi...
See dah tinggi, laju lak die berputar. Mak gayat dik!Carousel yang special. 2 tingkat gitew. Naik setakat pusing2 pun dah menakutkan si Amani.Ferris Wheel bentuk cawan ais krim. Yang lawaknya, si Anaqi punyalah eksen "Ala cam tak besh naik ni, cam tak mencabar langsung". Hamik ngko sampai kat atas dengan keadaan berkabus, lepas tu cawan tu bergoyang-goyang, tengok bawah memang tak nampak apa :(. Siyes takut gak. Anaqi sampai kat atas duk bising ~ "Gayat!, Gayat! Dedet jangan gerak!". Nasib baik 2 kali pusing kalau lebih dari tu cam menyesal naik. Gayat!!
Actually banyak sangat aktiviti tak larat nak citer dan upload gambar (amik masa). Aktiviti yang paling besh dan sangat teringin dilakukan oleh saya akhirnya sudah tercapai ~ MAIN GO-KART. Berlumba dengan 10 pelumba yang lain dan akhirnya saya orang terakhir sampai ke garisan penamat. Huhu... Bayangkan pukul 8 am dah masuk (antara orang terawal), kuar kejap untuk makan tengahari, lepas tu masuk balik taman tema, kul 4 p.m balik kuar dan terus masuk Snow World. Turun Genting memang semua dah kepenatan tapi seronoklah dapat bercuti sambil berlibur dengan ahli keluarga tercinta :)

P/s: Shian Amani, nampak penat walaupun dia tak main banyak sangat (4 mainan jer).
Setelah 33 Tahun Akhirnya... Reviewed by AyuArjuna BiGoshh on June 07, 2011 Rating: 5

13 comments:

  1. amana dah bawa ke sini masa 7 bulan.. arief dah nak 2 years tak sampai2 lagi hehe

    ReplyDelete
  2. mmg srnok cuti2 Genting..
    kami pun suka g Genting..kami br jerk g awal thn hari tu..tp bila dgr org cite pasal genting rasa mcm nak naik lagi..tp nmpknye kena tunggu my new baby dh besar sikit baru bole g sekali lagi kot...hehe

    ReplyDelete
  3. heheh me sgtlah lerap pegi sini--time bujang2 me mcm every month naik genting-sajer mkn2 kat situ sbb suka udara sejuk heheh time dh ada anak pun, sethn sekali at least wajibpegi sini hehe

    ReplyDelete
  4. kalau kat sini mak ayah pun boleh joli katak jugak kan.. ye lah mase kecik mane lah merasa.. hehe..

    i pun baru sekali je pegi masuk theme park ni.. yang lain setakat kaki bukit jer sebab dulu one of my auntie tinggal kat sekolah ape tah kat kaki bukit tu..

    ReplyDelete
  5. hehehe ni la tmpt yg paling saya suka sekali..
    dulu masa mula2 declare kapel pon kat genting hehee

    ReplyDelete
  6. aik kak, tak naik roller coaster ke?? corkscrew ke... hehehe

    ReplyDelete
  7. Tengok entry ni rasa teringin nak pergi sini pulak..hahahahaa. Maybe tahun depan. Tahun ni dah banyak sangat perancangan.

    ReplyDelete
  8. ayu last pegi masa baru kawin dulu..masa couple2..balik ekja pun leh gie jab...layan coffe bean..
    sejak ada anak..tak pernah naik lagi..bila la nak gie agi...

    ReplyDelete
  9. rasa bosan ashik gi sini tapi anak-anak sukalah pulak..

    maaf blurr kejap masa hai..hai dgn kamu tu..tak sempat ambik gambar..

    ohhh kamu yang gi proton tu ek..ada gto bagitau kat akak tapi akak tak perasanlah pulak

    wah kamu lagi best dapat hadiah macam-macam

    ReplyDelete
  10. bestnya..
    amani dah sampai genting..
    dania hujung bulan nie..
    :)

    ReplyDelete
  11. lama tk p genting..last p genting time 2nd anniversary thn 2008 tp lepak hotel awan je tk p main game2 tu cz tisya tk sihat..main games buaian tu best tau..hehehe..p time cuti sek pack gk ler even weekdays

    ReplyDelete
  12. woho... selama ni tak pernah teringin nak jejak kaki kat genting, kebetulan kahwin lak ngan wife yg pun tak excited nak g sana... kalau bukan sebab anak2 rasanya nak buat rekod umoq 60 baru naik genting hahahaha... not my kind of place but layan je lah demi anak2... (cam kak ina cakap la pulak) hehe :P

    ReplyDelete

Sharing is caring...

All Rights Reserved by Enchanted Life Begins © 2019-2020
Powered By Blogger

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.