Posts

Showing posts from July, 2011

Juara Chef Muda Kawan di Sinar Fm

Image
Akhirnya 8 Chef Muda berentap di acara akhir pada 30 Julai 2011 di Jusco AU Setiawangsa. Acara bermula seawal 11 pagi dan berakhir pada pukul 3 petang. Dan saya telah tiba bersama Anaqi di Jusco AU sejak pukul 10.15 pagi untuk pendaftaran.
Anaqi sorang yang sangat sempoi. Biasanya kalau dia masak kat rumah pun ikut apa yang dia rasa nak makan. So bila masuk bertanding, cam suka-suki campak macam-macam bahan, hahaha. Takleh blah dia boleh perah lemon kat atas roti~finishing!
Anaqi dapat stesen pertama. Masa ni tengah gril ikan salmon.
Masa yang diberikan untuk memasak adalah selama 1 jam. Cukup 60 minit setiap peserta kena bawa hidangan masing-masing untuk dihakimi para pengadil ~ CEO kawan, Chef Zaidah dan Pak Tam boss Sinar.fm
Jom layan gambar-gambar hidangan setiap peserta. Photographer : Encik Dyat, tengkiu dik non.
Ni hidangan manisan..
Ni ala2 curry puff :)
Lasagna. Masakan ni menang no. 2
Ini masakan Anaqi, hahahaha. Uduh nyerr hahaha.Chef Anaqi bersama hidangan masakannya "Salmon …

Citer Disebalik Sale Sogo Member's Card Day

Image
First time sebenarnya saja join Sale khas untuk member Sogo. Lagipun saya baru jer join jadi ahli Sogo bulan 5 tahun ni, hik hik. Saya sampai dekat kul 10 di depan pintu Sogo dan saya sangatlah terkejut bila melihat betapa ramainya manusia yang berasak-asak di depan pintu. Ini belum melihat mereka yang sudah memborong (walhal pasar besar ini baru jer bukak tak sampai 1 jam) berplastik-plastik mereka mengendong keluar.
Masuk-masuk di ruang legar utama memang dah ramai orang. Saya nak menyelit masuk pun jadi gerun. Lepas tu saya terus straight naik ke Bahagian kanak-kanak (kalau tak silaplah level 4). Dan seperti yang dijangka level ini paling ramai manusia. Nak jalan pun susah. Mana taknya banyak barangan sijual pada harga SALE didiskaun lagi. Contohnya seperti jualan barangan baju kanak-kanak diatas, katakanlah harga baju tu RM80, diberikan diskaun 50% so harga jadi RM40 lepas tu tambahan less lagi 40% dari harga diskaun, jadi harga bersih kena bayar RM24. Tu yang gila2 makcik2, pakcik…

Saya BZ Tapi Nak Hapdet Jugak Pasal Hadiah :)

Image
Lately ni banyak benda nak kena settle. Memandangkan bulan depan dah nak pose, saya perabihkan kerja-kerja mana yang tersangkut. Agar di bulan Ramadhan saya mempunyai banyak masa mencari lebih pahala, paling tak sabar nak bertadarus dengan rakan setugas dan juga terawih!
Minggu ni My Hubby dan Afiq sakit. Keruan sangat hidup, tapi Encik Hubby tu sentiasa positif jer hidupnya. Sakit-sakit pun still nak keje jugak, huh. Oklah nak hapdet cerita hadiah dan souvenir yang saya dapat dari minggu lepas.Hadiah atas nama Yana dari Nickelodeon :)
Pen Stabillo 6 batang, yeay! Rasanya kawan2 fesbuk ramai yang redeem jugak. Sukalah pen ni, selesa sangat bila menulis.
Hadiah saguhati untuk Yana dan Anaqi dari majalah Tunas Harapan (foc). Both dapat set puzzle, set ensiklopedia dan sijil penyertaan. Contest sempenea "Hari Bumi".
My hubby menang cash RM300 dari contest Drypers Carefour. Yang lawaknya masa saya beli, promoter sibuk suh masuk contest. Sayapun bersungguhla isi dan lukis2. Alih2 ten…

Practice Makes You Perfect!

Image
Memandangkan kain-kain pasang dah murah sekarang ni.
Tapi bila hantar tempahupahnya saja 2-3 kali ganda dari harga baju, saya pun bercita-cita nak belajar jahit baju. Sebagai motivasi Encik Hubby hadiahkan saya mesin jahit ala-ala jenama Singer (hahaha) yang dibeli 10 hengget jer dari Jualan Penghabisan Stok di Carefour Subang Jaya. Dengan alasan kalau jahanam mesin ini tidaklah rasa keRUGIan besar sangat, adeh!
Saya akan mulakan menjahit sepentot2 anak saya yang sudak koyak, kain sekolah Yana yang koyak dan berangan membuat gaun barbie sehelai untuk Yana. Inpirasi menjahit datangnya dari Yati Sawanila yang serba-serbi terror~ menjahit dan memasak. Jeles, jeles dan jeles.
Doakan saya berjaya menjahit dengan jayanya, jangan hanya berangan "hangat tahi ayam sahaja"~la la la

Hi-Tea Bersama Sheila Majid :)

Image
Tarikh: 24 julai 2011 Masa: 2.45pm-5.30pm Lokasi: Restoran Rebung, Bangsar Saya dapat "special invitation" dari Jerneh facebook fans untuk menghadiri Hi-tea bersama Sheila Majid pada hari Ahad yang lepas. Walaupun saya tidak menang apa2 hadiah dari peraduan yang telah diadakan tapi peluang untuk bertemu secara rapat dengan Dato' Sheila tidak akan saya lepaskan :) Sebab saya memang meminati Sheila Majid!
Hadiah untuk para pemenang. Kalau tak silap ada 3-4 orang pemenang dari Indonesia (tapi dowang tak dapat datang)
Sheila Majid sampai dalam pukul 3.30 petang.
Dan beliau bukan datang seorang bahkan satu famili hadir sama. Kecuali anak lelaki Sheila Majid iaitu Megat tak nampak pulak saya kelibat beliau. Anak perempuan paling besar (hasil perkahwinan beliau dengan Roslan) dah besar panjang~yang pakai handbag pink peach. Cantek pulak tu, muka asia abis :)
Awet mudakan Dato' Sheila Majid ni kan? First time saya jumpa secara dekat ngan Dato' Sheila Majid dan memang saya sanga…